Syoknya Bercuti Ke Langkawi

pulau-langkawi-permata-kedah

Where we go? Ke mana lagi kalau bukan ke pulau yang terbesar di Malaysia iaitu Pulau Langkawi. Yeay! Dikenali juga sebagai Pulau Lagenda kerana sarat dengan sejarahnya dan sangat kaya dengan alam semulajadi yang masih terpelihara. Pulau yang kaya dengan misteri ni tak pernah jemu dek pengunjung dan tak kira musim apa pun tetap ramai orang, baik dari pelancong luar mahupun tempatan.

langkawi-hotels-cenang

Selain mempunyai pulau-pulau yang cantik, kewujudan Langkawi Hotels yang menarik di sekitarnya juga menjadikan ia salah satu destinasi pelancongan yang paling popular. Aktiviti apa yang seronok? Please laa guys, banyak sangat kot aktiviti menarik yang boleh dilakukan. Im sure korang pasti tidak akan menyesal dengan aktiviti yang disediakan di sana.

pantai-cenang-langkawi
http://www.langkawi-info.com/cenang

Yes truelly, have so many fun things to do in Langkawi but better korang senaraikan dulu dan rancang aktiviti apa yang korang nak buat di sana nanti. Bagi korang yang sukakan suasana yang meriah dan banyak aktiviti yang boleh dilakukan hanya di satu tempat, aku suggest-kan korang visit ke Pantai Cenang. Ia merupakan sebuah pantai yang cantik dan popular. Selain mandi laut dan berkelah, korang juga boleh cuba melakukan aktiviti sukan air seperti jetski, berkayak, parasailing dan banana boat. Di sini juga terdapat pelbagai kemudahan pelancongan seperti hotel, resort dan chalet untuk penginapan, restoran dengan pelbagai pilihan makanan, operator pelancongan serta perkhidmatan kereta sewa.

langkawi-night-market
http://www.langkawi-info.com/shopping/night-markets-langkawi.htm

Selain itu, kalau bercuti ke Langkawi, korang jangan terlepas untuk singgah ke Night Markets Langkawi kerana terdapat pelbagai aneka makanan yang korang boleh rasa, pakaian serta pelbagai barangan lain dengan harga yang sangat murah. Apa yang best lagi, pasar malam ni buka pada tiap-tiap hari cuma tempatnya saja berlainan. So, hari-hari korang dapat makan makanan yang best-best.

padang-matsirat-nightmarket

Antaranya, ada gerai yang menjual pelbagai jenis ayam percik, somtam, kuih tradisional, kuih moden dan banyak lagi. Bukan setakat bersih saja, tapi masyarakat dan penjualnya sangat peramah dan mesra. Dengan pelbagai pilihan yang ada di sini, tak hairanlah jika ramai pelancong asing yang turut ambil kesempatan untuk berkunjung ke sini dan mencuba pelbagai variasi makanan tempatan yang murah.

Langkawi-Island_Hopping-Pulau-Beras-Basah
Island Hopping – Pulau Beras Basah Langkawi

beras-basah-langkawi

Korang suka island hopping? Kalau suka, yes kita geng! Bagi korang yang tak pernah lakukan aktiviti ni lagi, korang patut cuba sebab island hopping adalah the best things to do in Langkawi. Korang boleh ambil pakej menaiki bot yang telah disediakan dan korang akan dibawa ke beberapa tempat tarikan utama seperti Pulau Beras Basah.

pulau-singa-besar

Di sini korang boleh berehat, berjalan-jalan di tepi pantai atau mandi laut. Korang juga pasti akan terpesona dengan kecantikan hutan semulajadi yang menghijau nyaman. Seterusnya, korang akan dibawa singgah ke Pulau Singa Besar yang merupakan habitat semulajadi burung helang, monyet dan juga beberapa spesis haiwan lain. Aktiviti menarik di sini adalah korang dapat melihat gelagat helang menyambar makanan yang dilemparkan ke dalam laut. korang juga akan dibawa ke Pulau Dayang Bunting yang terkenal dengan tasik air tawar yang luas dan menarik. Korang boleh melakukan pelbagai aktiviti air yang disediakan seperti meredah hutan, berkayak, mengayuh bot dan mandi-manda.

oriental village
http://www.ronanpalliser.ie/blog/2009/08/29/oriental-village-langkawi

Seterusnya, korang juga boleh kunjungi ke Oriental Village Langkawi yang terletak di kaki Gunung Mat Cincang. Agak rugi juga tau kalau korang tak berkunjung ke sini kerana terdapat banyak tempat menarik seperti Sky Cab, Sky Dome, Sky Adventure Park, F1 Simulator dan banyak lagi. Korang juga boleh cuba beberapa aktiviti tasik yang menyeronokkan seperti roller orb, orb ball dan water bike.

galeri-produk-langkawi

Selain daripada tarikan gambar-gambar yang unik di 3D Art Museum, korang juga boleh lawati ke Galeri Produk Langkawi yang mengumpulkan pelbagai produk tempatan seperti ukiran kayu, barangan seramik, kristal, ukiran pisau dan keris, produk dari tempurung kelapa dan buluh, lukisan serta lain-lain lagi. Kalau nak mudahkan lagi perjalanan percutian korang, apa kata korang try check this link out, https://www.traveloka.com/en-my/ untuk book bilik pada rate yang paling best. Okay, have fun korang!

Kalau jumpa dekat Langkawi tegur-tegur la.  😎

3,568 total views, 6 views today

Hari Ketiga : TICD Berjaya Tioman Resort

berjaya-tioman-resort-superior-chalet-room-interior

deluxe-chalet-berjaya-tioman-resort

Alaa…. Dah masuk hari ketiga TICD 2016 – Pulau Tioman. Hari ketiga lebih kepada mood free and easy sebelah pagi sampai tengah hari. Malam kedua baru la dapat rasa keempukan tilam dan bantal Deluxe Chalets Berjaya Tioman Resort ni. Sampai tak sedar bangun-bangun je dah pukul 9pagi. hahaha

Apa-apa pun jom breakfast dulu di Sri Nelayan Restoran.

Steamed Baked Bean + Beef Strips + Chicken Sausage + Spicy Potato Wedges. English set breakfast. Nyums2.

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Hari ketiga ini juga merupakan hari yang panjang buat kita orang. Pukul 11 pagi check out, lunch lepas tu pergi Duty Free Shop Kg Tekek, Pulau Tioman. Masa naik tram pergi duty free shop ni baru la dapat tengok kawasan kampung Tekek, kedai-kedai, rumah dan sekolah rasa nyaman gila. Dekat kedai duty free shop ini banyak jual barang-barang coklat, souvenirs, t-shirt dan banyak lagi. Tapi aku rasa harga coklat tu lebih kurang sama je dengan harga KL, lebih baik beli dekat KL je. hahaha. So aku just beli t-shirt Tioman Island. Itu pun tak banyak design best! Beli pun untuk koleksi tanda aku dah sampai Pulau Tioman! gitu..

Dah setel apa semua lepas tu naik feri dekat Jetty Kg Tekek, Pulau Tioman bertolak ke Jetty Tanjung Gemok. Dari Jetty Tanjung Gemok naik bas terus pecut ke Johor Bahru. Trip akhir kami di bawa ke Berjaya Waterfront Hotel, JB. Salah satu hotel under berjaya yang ada di JB. Memang ekstrem gila perjalanan ke Johor Bahru sebab ikut jalan kampung.

Sesudah sampai je tengok dalam Berjaya Waterfront Hotel, JB. Wow! bapak gila cantik. Rekebentuk macam dalam kapal cruise. Tak sangka pula tengok dari luar macam kecik, sekali masuk tengok dalam gila besar. Kemudian kita orang dinner di Chinese Restaurant, Berjaya Waterfront Hotel.

Next entry nak cerita pasal 9 Course Chinese Meals yang sedap ya amat. Yang jarang-jarang dimakan. hehehe

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Perut dah kenyang, apa lagi terus balik Berjaya Time Square Hotel, KL la pulak, baru nak berangan dapat stay 1 malam dekat Berjaya Waterfront. Hahaha. Perjalanan balik KL ikut jalan highway lancar je. Masing-masing tidur dengan nyenyak siap berlawan-lawan siapa berdengkur paling sumbang, lagi-lagi Baha. hahaha. Aku tak boleh tidur, just pandang tingkap tengok luar dan orang sebelah yang teranguk-anguk kepala. Kesian dia, ngantuk ye.. Tidur la, saya jaga awak ye..

Baca : Hari Pertama dan Kedua (klik link biru)

739 total views, no views today

Art in Paradise, Langkawi

Pulau Langkawi terkenal dengan pulau lagenda dan sumpahan Mahsuri. Merupakan Pulau terbesar serta antara destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. 10 tempat menarik yang menjadi pilihan orang ramai seperti Pantai Cenang, Pekan Kuah, Pulau Dayang Bunting, Mangrove Tour Sungai Kilim, Pulau payar Marine Park, Kota Mahsuri, Oriental Village dan Cable Car, Underwater, Galeria Perdana serta Air Terjun Telaga Tujuh. Tapi pada entri ini saya tak dapat nak ceritakan kesepuluh-puluh tempat, saya cuma nak highlight tarikan terbaru yang terdapat di Oriental Village dan Cable Car.

3d art langkawi

Art in Paradise, Langkawi 3D Muzium.

Tahukah anda sekarang terdapat tarikan terbaru yang ada di Panorama Langkawi yang terkenal dengan produk Cable Car, Skycab. Bila korang datang ke Panorama Langkawi ada banyak tarikan dan aktiviti lain yang terdapat di sini seperti SkyBridge, SkyPos, Skytrail, SkyBoutique, SkyBistro, 6D Cinemation, SkyAdventure Park, Sky Dome, F1 Simulator, Lake Activity, dan tarikan terbaru paling awesome adalah 3D Art Museum.

Berkesempatan ke Langkawi selama 2 hari 1 malam dengan menaiki pesawat Malindo Air serta menginap di Landcons Hotel, Pantai Cenang. Turut tak melepaskan peluang aksi gila-gila di dalam muzium 3D 3 tingkat yang dihasilkan cara artistically hand painted oleh 23 orang Korean Master Artist otai-otai yang berumur 60 tahun merupakan generasi terakhir serta juga mendapat sentuhan daripada artist tempatan kita.

Seperti yang dijanjikan dalam facebook saya upload gambar-gambar 3D untuk tontonan korang semua mana tau boleh jadi sumber inspirasai untuk korang mengayakan masa tangkap gambar nanti.

Langkawi 3d

3D Langkawi

3d art langkawi

Angle 3D Art

3D Istana

ombak 3d

istana 3d

Dah puas bergambar dengan semua lukisan-lukisan 3D pintu keluar korang akan lalu souvenir shop, boleh la nak beli apa-apa barang untuk dibuat kenangan. Boleh juga nak print & edit gambar yang korang dah tangkap dekat dalam muzium tadi. Untuk print gambar sahaja RM15 tambah frame RM35.

Cenderahati Langkawi

Last but not least korang akan jumpa Cafe in Art selepas keluar daripada muzium 3D. Jemput la singgah di sini cuba rasa pelbagai dessert berasaskan durian dan aiskrim.. Memang sedap! saya dah rasa Fried Durian (Durian Goreng) bila makan durian tu cair di mulut beb. Dan ada lagi satu macam kueh koci pon bila gigit cair dimulut memang khayal kejap la layan durian d24, diantara durian terkenal sebagai gred premium. Rasa lemak berkrim, pahit-manis dengan tekstur sederhana. 100% berpuas hati secukup rasa.

Art in Cafe

Fried Durian

Durian Mochi

Tiket Masuk Muzium 3D Langkawi

Ticketing Counter 3D Art

Category My Card (RM) Foreigner (RM) Langkawian
Adult 30.00 38.00 15.00
Child 20 28.00 10.00
OKU/SCITEZEN FREE 50% OFF FREE

Fasiliti yang ada : Tandas, Cafe, Kedai Cenderahati, Tempat Penyimpanan Kasut/Barang
Jumlah Gambar 3D : Lebih 200
Jumlah Point Bergambar : Lebih 200
Waktu Operasi : 9.00am – 6.00pm (Setiap Hari)
Konsep : Hiburan Pendidikan Seni Interaktif

3,901 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • muzium 3d langkawi

Destinasi Hotel dan Taman Tema Bayou Logoon Park Resort

bayou lagoon park resort

Pada percutian kami yang lepas kami blogger dan media bercuti di Negeri Melaka Bandar Teknologi Hijau selama 3 hari 2 malam. Sepanjang 3 hari 2 malam di sana penginapan kami disediakan oleh Bayou Lagoon Park Resort yang merupakan taman tema air ekslusif beserta apartment yang luas seperti resort.

Ok la. Setiap peserta blogger di beri satu bilik 2 orang. Bukan bilik biasa-biasa tau sekali  Studio Room dapat. Studio Room Besar dalam saiz 491(sqft). Katanya tempat ini hotel 4 bintang.

Untuk kali ini aku sebilik dengan Huzairie Yahya.Ok best! sangat selesa, ada 2 katil, aircond 2, TV pun ada, Sofa, Jakuzi dan lain-lain yang boleh dikata kan lengkap.

 

3 hari 2 malam program promosi Cuti-cuti Malaysia kami, makan sarapan pagi, tengah hari dan malam disediakan oleh Bayou Lagoon sekali. Setakat ini aku tak ada apa-apa komplen. Aku berpuas hati dengan segala layanan dan masakan mereka. Makan sedap! Superb!.

Pengalaman 3 hari 2 malam di Bayou Lagon Park Result satu pengalaman berharga bagi aku, jika diberi peluang diberi rezeki lebih mungkin aku akan kembali ke sini.  So untuk ada di luar, jika ke Negeri Melaka pilih la Bayou Lagon Park Resort sebagai destinasi Hotel dan taman teman keluarga atau rakan-rakan anda.

Waterpark

bayou park resort

9,021 total views, no views today