Fathia Lattif Sebagai Gadis Glamour Berhijab Mia Tiara

Fathia-Latiff

Dah sah… Fathia Latif akan memegang watak ‘Mia Tiara’ dalam filem judul sama terbitan Tenview (M) Sdn Bhd ini. Maka dengan itu aku nak mengumumkan tutup sudah ‘Pencarian Mia Tiara” yang telah dibuka pendaftaran permohonannya sebaik sahaja majlis pra pelancaran filem berkenaan berlangsung pada bulan Disember tahun lalu.

pencarian pelakon baru 2017
Korang sudah tentu tahu kan bahawasanya watak Mia Tiara telah ditawarkan kepada Fathia Latiff pada ketika pra pelancarannya namun pelakon berkenaan masih belum memberikan kata putus kerana sibuk dengan urusan menunaikan ibadah umrah.

Rosmadewi Zain
Dan hari ini… aku mendapat perkhabaran Fathia Latiff sudah pun bersetuju untuk berlakon dalam filem ‘Mia Tiara’, sebuah karya penulisan Rosmadewi Zain yang mengetengahkan dunia peragawati seorang gadis muslimah berhijab.

Korang yang belum hantar profil masing-masing pasti hampa dan sedih kan… tak apalah mungkin rezeki kalian ada di tempat lain. Bagaimana pun bagi mereka yang dah pun menghantar biodata masing-masing jangan risau dan sedih juga.

Norazah Sahud
Walau pun watak Mia Tiara sudah pun dipenuhi tetapi mereka masih ada peluang kerana kata pengarahnya, Norazah Sahud, pihak penerbitan memerlukan beberapa orang lagi wanita berhijab untuk watak sampingan.

Nah… itu janji pengarahnya… aku dah boleh bayangkan senyuman korang bila aku berikan perkhabaran ini ya… mana tahu daripada watak sampingan kelak boleh digilap menjadi watak utama.
Ya lah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu ya tak. Seperti kata produser Mr.David Teo, “bintang dicipta bukan dilahir” gitu… Jadi aku percaya rezeki ada di mana-mana yang penting usaha dan jangan putus asa.

Jadi… bila dapat panggilan untuk sesi uji bakat jangan pula tolak ya sebab dah tahu heroin dah ada.
Ok kembali pada filem ini, khabarnya penggambaran akan bermula April depan dengan sebahagian besar lokasi berlangsung di Malaysia sahaja dan barangkali jika ada penaja bolehlah dilanjutkan ke luar Negara.

“Buat masa ini, shooting akan berlangsung di dalam Negara tetapi sekiranya ada penaja bolehlah kami membuat penggambaran ke luar negara,” ujar Norazah pada majlis pra pelancaran yang turut dihadiri ‘mentor’ nya, Ahmad Idham selaku penerbit bersama.

Sudah empat tahun sebenarnya Ahmad Idham menyepi sejak menguruskan sebuah akademi di Johor Bahru yang khabarnya sudah pun ditutup gara-gara tiada sokongan mahu pun sambutan daripada pihak tertentu.

Aku tak mahu lah ungkit kisah itu…. Biarkan sahaja… apa yang penting sekarang aku lihat Ahmad Idham sudah kembali ke Kuala Lumpur untuk menyambung bisnes akademinya (AIFA) dan ‘Mia Tiara’ merupakan ‘comeback’ untuk pelakon yang terkenal dengan watak romantis dalam drama “Cinderella” pada tahun 1998 dulu.

ahmad idham

Pun begitu, kata Ahmad Idham, beliau hanya akan membantu Norazah dalam soal teknikal waima tidak akan campur dalam urusan pengarahan. Beliau percaya dengan kebolehan Norazah yang sudah 20 tahun aktif dalam menghasilkan drama tv, dokumentar dan majalah malah pernah memenangi Anugerah Drama Rantaian Terbaik di Anugerah Skrin dan Pesta FIlem Tokyo 2009 untuk drama ‘Bicara Aur Dengan Tebing”.

“Mentor itu adalah satu gelaran yang besar untuk Norazah tujukan kepada saya. Saya sekadar membantu dari segi teknikel dan memberi sokongan kepadanya. Yang lain semua di bahunya,” tambah pengarah filem aksi drift Melayu pertama di Malaysia “Impak Maksima” ini.

698 total views, 2 views today

Aku, Mewangi dan Duta Produk

duta mewangi satu dunia

Aku tak pernah serajin nak pakai pencuci muka setiap hari, sehari dua kali pula tu. Satu-satu produk review yang aku guna sampai habis. Nak tahu apa nama produk? Pernah dengar Mewangi Satu Dunia tak? Selalu juga la iklan Mewangi ini keluar dekat timeline facebook aku. Selalunya iklan video demo pakai Mewangi. Aku ingatkan siapa, rupanya pemilik produk sendiri yang buat demo.

Aku pun whatsapp Kak Ayu, Kak Ayu ni la pengasas Mewangi. Lepas whatsapp Kak Ayu aku pun datang office Mewangi di Denai Alam, Shah Alam. Masa tu dapat Mewangi Chew Gum Soap dan Peeling Scrub. Mula-mula pakai dah rasa excited gila. Mewangi Chew Gum Soap buka-buka je bau wangi, lepas tu apply cuci muka. Best betul pakai rasa tegang dan licin kulit muka sebab bahan dibuat daripada madu dengan kulit kayu manis. Pakai 2 kali sehari, pagi sekali dan malam sekali. Peeling Scrub untuk bagi buang kulit mati dan daki yang ini pakai seminggu 2-3 kali je cukup. Keberkesanan dia memang terbaik. Rasa macam kejap je pakai lepas habis aku stop pakai. Biasalah penyakit M dah sampai. Lepas tak pakai produk Mewangi muka aku jadi tak best dah! Menyesal stop. huhuhu

Lepas-lepas tu Kak Ayu call aku nak invite aku ke Majlis Pelancaran Mewangi Bagi Memperkenalkan Duta dan Pengasas Produk. Wah! Mewangi baru ada di pasaran Februari 2016 tak sampai setahun lagi dah nak ada duta. Fuh! Siapakah itu. Tertanya-tanya juga aku. Artis mana kah menjadi duta Mewangi? Hebat sangatkah artis tersebut nak bawa nama Mewangi. Biasa la artis ini suka guna produk-produk antarabangsa je. Bila jadi duta produk tempatan ni sekadar nak promosi jela tu. Tapi dekat luar pakai produk lain. Nampak tak pemikiran jahat aku. hahaha.

Majlis Pelancaran Ekslusif Mewangi Bagi Memperkenalkan Duta dan Pengasas Produk

pelancaran duta mewangi

Maka sampai la waktu yang di nanti-nantikan 06 December 2016 satu Majlis Pelancaran Ekslusif yang diadakan di lobby hotel Hilton KL. Masa ini terkejut dapat tahu duta Mewangi adalah Noraniza Idris. Tertanya-tanya juga kenapa pilih Noraniza Idris agaknya? BTW sebelum tu nak bagitau aku adalah peminat Noraniza Idris tau. Dulu-dulu masa tu Dato Siti dengan Noraniza Idris popular aku lebih meminati Noraniza Idris.

Dah lama sebenarnya tak dengar khabar Noraniza Idris atau lebih mesra dipanggil Kak Ani, adalah sesekali jumpa di event Akar Kita Zapin. Baru-baru ini beliau jadi juri profesional Irama Malaysia dalam rancangan 3 juara. Komposer lagu Irama Malaysia, Suhaimi Mohd Zain (Pak Ngah) pun turut dijemput bersama peserta 3 juara irama Malaysia membuat persembahan nyanyian dan tarian tradisional Irama Malaysia.

Kenapa Pilih Noraniza Idris Sebagai Duta Produk Mewangi?

noraniza idris duta produk mewangi satu dunia

Pada mula nya aku pun tak tahu, tapi bila ditanya rupanya Kak Ani adalah pengguna Mewangi sejak MEWANGI mula berada di pasaran. Memang tak dapat dinafikan ternyata nampak keanjalan dan kegebuan kulit muka Kak Ani selepas mengamalka  memakai Mewangi. Bagi aku pemilihan NORANIZA IDRIS sebagai Duta Produk adalah satu pilihan yang tepat. Tepat daripada segi apa? Daripada segi sasaran pelanggan. Sasaran pelanggan Mewangi adalah Wanita, kak Ayu ada cakap “Setiap Wanita Berhak Untuk Cantik”. Masa interview TV haritu kak Ani pun ada cakap dia sendiri pun terkejut kerana dipilih untuk menjadi duta produk Mewangi dalam usia yang sekarang. Kulit muka kita mengikut usia semakin meningkat usia kena jaga betul-betul, cuci muka dengan Mewangi Chew Gum Soap dan Peeling Scrub untuk buang kulit-kulit mati, jerawat, jeragat dan menjaga kulit muka.

Mewangi Satu Dunia Dirasmikan Oleh Oleh Y.M Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al Haj

Paling membanggakan produk Mewangi Satu Dunia di rasmikan dan di tanda tangani sendiri oleh Y.M Tengku Hishammuddin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al Haj.

Tahniah Mewangi @mewangisatudunia sudah ada Duta Produk sekarang. Pemilihan Ratu Irama Malaysia @noraniza_idris sebagai duta produk bagi saya adalah satu pilihan yang tepat dengan golongan sasaran wanita. Setiap wanita berhak untuk cantik! Putih. Anjal. Gebu. Cantik Menawan. Mewangi…..

Lagi satu lagi satu tak sabar nak tengok 3 lagi produk keluaran Mewangi. Tak sabar nak cuba. Rasanya aku boleh cuba yang nombor tiga tu je kot, yang lain-lain tu macam tak sesuai je. hahaha

  1.  Gincu Bibir MEWANGI dengan 4 pilihan warna – Pink Ayu, Pink Mawar, Merah Pinang dan Black Magic
  2.  Bedak Alas MEWANGI – Ting Ting Foundation
  3. Minyak Wangi MEWANGI – Wangian Gadis Desa merangkumi 7 kelopak bunga mawar
Ini aku sertakan sekali nombor talian untuk hangpa-hangpa sekalian yang berminat nak order Mewangi Satu Dunia. Harap bersabar ye, sebab Mewangi sekarang tengah menjadi Fenomena selepas keluar Blog, Social Media dan Tv baru-baru ni.

Dikhabarkan semua team sales Mewangi termasuk stokis dan agen bertungkus lumus untuk melayan banyak pertanyaan dan tempahan.

Alhamdulillah, niat yang ikhlas. Insyallah dipermudahkan.

1) Hotline : +6016 444 7131 / +603- 7813 7707
2) Alamat Pejabat :
No 23-G, Blk 2 Jalan Elektron Nu16/N, Sek U16, Denai Alam 40160, Shah
Alam, Selangor, Malaysia
4) Instrgram : MEWANGI SATU DUNIA
5) Youtube : TV MEWANGI

1,356 total views, 3 views today

Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” Muzik Video Animasi Manusia

music-video-jeng-jeng-jeng

Les’ Copaque Production dengan kerjasama KRU Studios melancarkan muzik video lagu “Jeng, Jeng, Jeng!” nyanyian Yubi Band bersama Upin dan Ipin (Asyiela Puteri). Lagu “Jeng, jeng, Jeng!” yang berkonsepkan pop-santai mempunyai lirik yang sesuai dan mudah dinyanyikan. Muzik video ini juga memaparkan gerak tari yang dicipta khas untuk lagu ini dan diharapkan menjadi ikutan yang popular. Lagu ini dicipta sepenuhnya oleh tenaga kerja Les’ Copaque dan KRU Music telah memberi kerjasama untuk menyusun semula muziknya.

Lagu ini merupakan lagu utama di dalam filem “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” yang bakal ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 24 November 2016, edaran Primeworks Distribution. Muzik Video ini dapat ditonton di YouTube Channel Les’ Copaque Production bermula pada 16 Ogos 2016.

upin-ipin-3d

“Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” merupakan filem Malaysia pertama yang menggabungkan teknik animasi dan lakonan hidup. Filem yang diterbitkan secara usahasama di antara Les’ Copaque Production dan KRU Studios, menggabungkan kepakaran animasi dan kesan khas antara kedua-dua studio yang terkenal di negara ini. Keunikan filem ini telah mendapat kepercayaan peneraju syarikat D’Herbs Holdings, syarikat kosmetik gergasi Malaysia, Dato’ Aliff Syukri yang merupakan peminat tegar Upin dan Ipin, untuk menjadi penaja utama. Dato’ Aliff , merasakan jenama “Upin & Ipin Jeng, Jeng, Jeng!” serasi untuk mempromosikan produk keluarannya, Jus Pintar dan Syampu Kanak-Kanak yang menjanjikan kegembiraan kepada pemakainya.

jeng-jeng-jeng

Kos penerbitan keseluruhan filem ini dianggarkan mencecah RM4 juta dan sebahagian dari kos ini turut dibiayai oleh FINAS iaitu di bawah Dana Kesan Khas (CGI). Ia turut disokong oleh MDEC yang sentiasa inginkan satu penanda aras baru di dalam lanskap teknologi terutamanya animasi. Di samping itu, Penyedia Perkhidmatan Internet gergasi negara iaitu Telekom Malaysia Berhad (TM) dan PT Mega Pharmaniaga turut menjadi penaja bersama bagi filem ini. Semestinya penaja-penaja ini tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan filem ini. Sempena promosi filem ini, pihak Les’ Copaque Games Development Incorporated (LCGDI) turut melancarkan aplikasi khas “Augmented Reality” yang direka khas, membolehkan peminat Upin & Ipin berinteraksi bersama Upin dan Ipin. Aplikasi ini boleh dimuat turun di peranti iOS sekitar September 2016.

majlis-pelancaran-jeng-jeng-jeng

Di majlis pelancaran ini juga restoran Lepak@Les’ Copaque turut dirasmikan. Restoran yang bertempat di Market Place, Subang Parade ini menyediakan hidangan istemewa Ayam golek Luar Biasa, Nasi Bubur Berlauk dan Yong Tau Foo. Pelbagai produk asli daripada animasi popular Upin & Ipin, Ultraman Ribut, Puteri dan Pada Zaman Dahulu keluaran LC Merchandising boleh didapatkan di sini.

2,853 total views, 1 views today

Jumpa Artis Dekat The Mines

 photo the mines shopping complex_zps1uctyyb7.jpg
Ingat lagi dulu first time pergi The Mines, naik ktm turun dekat stesyen Serdang. Masa tu dah survey cara nak pergi The Mines. Terjumpa la naik bot ke sana. Mula-mula macam pelik, really naik bot pergi shopping complex? Macam menarik! mana tak nya tengah-tengah bandar naik bot. Rupa-rupanya jalan seberang KTM Serdang, nak ke The Mines tu ada ada tasik besar.

So untuk korang-korang yang nak pergi the mines  tu try la naik bot. Harga RM2 je sehala. Best je duduk atas bot kena angin bertiup. Tak ada la penat nak kena jalan kaki ke sana. Dah sampai, apa lagi pergi shopping puas-puas. hahaha

Btw, cerita pasal The Mines, ini nak cakap sikit. Saya selalu juga follow event-event OMGFEST. Untuk bulan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, OMG bekerjasama dengan The Mines Shopping Mall untuk anjurkan The Mines Celebrity Fest. Bila tu? Pada 25 dan 26 Jun 2016 bertempat di Ruang Legar Utama (Center Court) tingkat 3 dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam.

 photo the mines celebrity fest_zpsvpehxgbp.jpg
Sempat juga saya hadir ke Press Conference yang dibuat di Teh Tarik Place dan diberitahu ada 10 orang artis macam penyanyi, pelakon dia orang berniaga di satu bumbung bagi mempromosikan produk-produk hasil tangan mereka sendiri. Lepas tu jual dengan harga murah sempena Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Korang dah tahu belum siapa artis-artis terlibat tu?? Meh nak habaq sikit, artis-artis yang akan turut serta Erry Putra, Arja Lee, Nas Adilla, Alif AF6, Khai, Rosma dan ramai lagi. Mesti ada artis yang korang minat kan? So jangan lupa serbu The Mines Celebrity Fest pada 25 dan 26 Jun 2016 di tingkat 3. Pastikan korang dapat bawa balik sesuatu daripada barangan jualan-jualan artis seperti tudung, jubah wanita & lelaki dan banyak lagi dan yang paling penting jangan segan-segan untuk bergambar dengan artis-artis favourite korang. Nanti boleh la eksyen dengan member-member korang dapat bergambar dengan artis.. Aih.!! tu pun nak kena ajar… Hahahaha

Aihhh ! Mesti tak rugi nya korang datang, 2 hari punya acara dah diatur baik punya dengan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik seperti persembahan pentas, pertunjukkan fesyen tutorial dan juga demo ekslusif untuk para pengunjung.

Macam mana nak datang? Tadi dah cerita dekat atas, bagi yang naik public transport ke The Mines boleh naik KTM turun di stesyen Serdang kemudian naik bot untuk seberang tasik ke The Mines.

Nah pergi dekat facebook The Mines Shopping Mall (klik) untuk tengok lebih detail dan pertanyaan ke lokasi event The Mines Celebrity Fest 2016.

717 total views, no views today

Incoming search terms:

  • cara pergi the mines
  • cara pergi ke the mines
  • komuter ke the mines
  • ktm serdang ke mines

Dewan Perkhawinan D’Saji di Puncak Jalil

sidang media dsaji yayasan jabal nur

Aku kagum betul la tengok Felda D’Saji ini. Sekarang dah ada 12 cawangan D’Saji. Diantaranya D’Saji KL Titiwangsa, Asmara Penchala, Kajang Perdana Avenue dan yang terbaru di Puncak Bukit Jalil. Boleh dikatakan katerer yang mempunyai tempat perkhawinan sendiri terbanyak di Lembah Klang yang menyediakan pakej perkahwinan murah dan lengkap

image

So cawangan yang kedua belas ini D’Saji kalaborasi dengan Yayasan Jabal Nur. Masa majlis sidang media dibuat aku berkesempatan hadir untuk tengok sendiri perjanjian kedua-dua pihak. Fuh! Memang best betul la tempat ini, dah mula da berangan nanti majlis kahwin nanti nak buat dekat DSaji Puncak Jalil lah, tak mau tempat lain nak yang ini juga. hahahaha

image

Korang nanti nak kahwin buat dekat DSaji Puncak Jalil tau pilih dewan DMahligai, boleh muat ramai orang dalam 400 orang camtu pada satu masa. Ok! la untuk majlis yang tak terlalu besar, orang kata buat sederhana jemputan macam ini.

Kemudahan-kemudahan macam ini penting, siapa buat tempahan perkhawinan disini datang cuci kaki je, parking kereta percuma, ada aircond pula tu, tak payah susah-susah naik tangga lif pun hado disediakn just picit dan naik. Bilik persalinan pun ada kot-kot la majlis kahwin korang ada VIP kan, bilik menunggu VIP pun ada siap ada tanda dan bilik solat. Ala! bilik VIP ini korang bagi mak korang tunggu kat sini tak pun makcik-makcik selesa sikit dia orang nak berehat.

Bab makanan jangan risau la. Memang tiptop memang best terbaik dijamin sodap! Alahai rugi betul la kalau penduduk sekitar Bukit Jalil, Sri Petaling serta Bandar Kinrara tak manfaat tempat ini untuk kegunaan majlis perkhawinan supaya jadi majlis yang meriah dan diingati. Ini tak nun jauh punya tempat pergi tempa. ish3.

Sekarang D’Saji Puncak Jalil sedang buat promosi majlis perkahwinan denga harga serendah RM25 seorang dengan harga pengenalan. Kalau tak nak buat majlis kahwin boleh juga guna dewan D’Mahligai ini untuk buat majlis pelancaran produk, seminar, mesyuarat dan lain-lain. Masa ulang tahun projek travel yang kedua mereka buat event di DSaji Titiwangsa.

PAKEJ MINIMA PAX  HARGA 

(Per Head)

BIASA 600 RM25
PREMIUM 600 RM30


Untuk Tempahan, HUBUNGI!

Emilia – 017-419 9948
En.Sa’arizal – 013-999 8046
Pejabat – 03-2698 8302

Alamat :
Dewan D’Mahligai, Kompleks YJN,
No. 1 Jalan Jalil Perwira 2,
off Jalan 3/155, Bukit Jalil
58200, kuala Lumpur.

966 total views, no views today

Vapefest Untuk Badan Amal Bakal Diadakan di Shah Alam Convention Centre

Cait!

Geram je aku tengok member-member hisap vapor.  Sekali-sekali jumpa member yang hisap vape tu memang kena pau lah sikit. hehehe

Macam-macam flavour vape dah rasa. Yelah, dah apa diaorang hisap yang tulah kita rasa. Ada yang rasa lembut, buah dan ada juga yang keras. Silap cara boleh terbatuk-batuk dibuatnya. Tapi vape ni lagi bagus dari merokok. Bau pun wangi tak busuk tak lah kacau orang sekekeliling.

Aku ada terfikir nak beli vape sendiri juga, tapi risau tersalah kot termahal sangat ke, beli murah tak best punya ke kan dah membazir. Nasib baik ada Karnival Vapor anjuran OMGVape yang akan dibuat pada tarikh 17 – 18 Oktober nanti. 2 hari karnival boleh lah survey-survey vape apa yang sesuai.

pc-vapefest

Pada sidang media yang dibuat dikhabarkan dalam karnival ini sebanyak 100 usahawan-usahawan vapor seluruh Malaysia berkampung di Shah Alam Convention Center (SACC) malahan dari Indonesia dan Brunei pun turut serta bagi menjayakan acara ini. Dalam 2 hari karnival ini nanti pihak penganjur telah merancang pelbagai aktiviti menarik seperti persembahan artis yang bakal menghangatkan suasana, cabutan hadiah bertuah, pertandingan “cloud competition” dan “cloud skill” yang mana hadiah utama bernilai wang tunai RM1000.

cloud skill

Cer korang tengok dekat youtube cloud competition atau cloud skill . Pergh! dasyat beb orang luar negara punya skill. Nanti kita tengok pula skill orang kita baik ke tak baik. huhuhu

vape for charity

Tujuan utama Karnival Vapor diadakan untuk mengumpul dana sebanyak mungkin untuk disalurkan ke badan-badan kebajikan seperti anak-anak yatim dari Pusat Budaya Harapan, Tabung Gaza dan lain-lain. 
Sasaran 50,000 orang pengunjung yang datang dapat membantu dengan pembelian tiket masuk RM3 dan RM10 untuk VIP. 50% daripada hasil jualan tiket akan disalurkan terus ke tabung kebajikan.

vape-fest-2015

Tiket Biasa
Pembelian pada waktu karnival, kena beratur dan daftar di kaunter. (1000 pertama akan dapat goodie bag)

VIP PASS
1. Tunjuk IC anda dan pantas untuk masuk HALL. Tak payah nak register lagi dah dan tak payah beratur panjang. hahaha

2. Goodies bag bernilai RM150 dah selamat untuk vip pass tak kira lah pukul berapa anda datang pun. Goodies bag tetap jadi milik anda. Best kan?

3. Automatik nama tersenarai dalam hadiah cabutan bertuah. Hadiah pun best-best juga nanti.

4. Dan semestinya 50% tiket jualan akan disumbangkan pada badan amal.

Cara nak beli VIP Pass senang je.

HOW TO PRE-BOOKED IT?

1) PM US AT FACEBOOK OR WATSAPP/SMS/CALL 011-2626 1656 / 019 279 6275 OR EMAIL : OMGVAPEFEST@GMAIL.COM – PREBOOKED VIP PASS @ VAPEFEST #VAPE4CHARITY

2) PROVIDE US BELOW DETAILS :
FULL NAME AS IC :
IC NO :
ADDRESS :
EMAIL :
HP NO :
QTY TIX :
COLLECTION : SELF COLLECT / COURIER

3) 1 VIP PASS IS RM10/PERSON. MAKE PAYMENT TO BELOW DETAILS :
BANK : ALLIANCE BANK
ACC NAME : OMGFEST VENTURES
ACC NO : 140820011064105

BANK : CIMB BANK
ACC NAME : DAZRINA CHE DIN
ACC NO : 7603168837

4) FORWARD THE PAYMENT SLIP TO OUR FB INBOX,WATSAPP OUR HOTLINE OR EMAIL.

5) OFFICIAL RECEIPT WILL BE EMAIL FOR CONFIRMATION

6) PLEASE SHOW THE RECEIPT DURING COLLECTION.

7) FOR SELF COLLECTIONS, YOU CAN COLLECT AT 2 PLACES
I. SHAH ALAM CONVENTION CENTRE LOBBY AREA
(11AM – 8PM) STARTING 14TH OCT – 16TH OCT
II. SETIA ALAM @ VACKER VAPOR SETIA ALAM
(8PM – 4AM) STARTING 12TH OCT – 16TH OCT

8) FOR COURIER OPTIONS, ADDITIONAL RM6 FOR POSTAGE. DELIVERY WILL START ON 7TH OCT – 13TH OCT ONLY

VIP PASSES ARE VERY LIMITED!! SO GET IT FAST NOW!!

Ok! jumpa nanti. Aku dah book VIP pass satu. Senang! tak payah nak tunggu beratur bagai. hihihi

gambar oleh : Firdaus Feeq.

2,205 total views, no views today