Pelancaran Album Baru Opick ” Sahabat Sejati”

Pertama sekali tahniah buat Opick untuk Album baru Sahabat Sejati yang dilancarkan baru-baru ini. Pada minggu lepas 19 June, aku berkesempatan ke sidang media pelancaran album baru pak opick yang berjudul “Sahabat Sejati” di restoran Hadramawt, The Curve Mutiara Damansara.

Pelancaran Album Baru Opick Sahabat Sejati
Pelancaran Album Baru Opick Sahabat Sejati

OPICK – Sahabat Sejati

Kelunakan suara, penghayatan dalam menyampaikan bait-bait lirik lagu merupakan kekuatan yang dimiliki oleh penyanyi yang dikenali Opick, disamping melodi indah yang pasti membuai perasaan pendengar. Setelah kejayaan yang dikecapi melalui album kesembilan beliau sebelum ini, perjalanan seni beliau diteruskan dengan album kesepuluh beliau Sahabat Sejati.

Ada yang istimewa di dalam karya yang menampilkan 10 buah lagu ini, Opick menampilkan anak perempuan beliau bernama Ghaniya untuk berduet bersama beliau. Dimana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Ternyata Ghaniyah memiliki bakat seperti ayah beliau. Buktinya, paduan suara mereka boleh didengar melalui lagu yang juga single Opick bertajuk “Sahabat Sejati”.

Album Sahabat Sejati ini mempertaruhkan lagu-lagu hits seperti Sahabat Sejati, Maha Pemurah, Tuhan Beri Kami Cinta, Sentuh Aku, Kembalilah dan banyak lagi.

Opick- Sahabat Sejati terbitan Tombo Ati Production ini diedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony Music Malaysia dan telah berada di pasaran seluruh Malaysia. Juga boleh didapati secara atas talian www.inteammobile.com dengan harga RM25.90.

Terima kasih juga buat Restoran Hadramawt kerana telah menyediakan makan-makanan yang enak dan sedap-sedap belaka seperti nasi arab dan masakan kambing mereka terbaik!!!

Nasi Arab Kambing
Nasi Arab Kambing

9,085 total views, no views today

Eh-Eh Bazar Sookatidozzz…

Jauh aku berjalan hari ini, ke Serdang kita. So apa aktiviti aku hari ini? Ni hah! ke  Eh-Eh Megabazar 2014. Sedikit info mengenai Eh-eh Megabazar, eh-eh bazar merupakan yang pertama mula diadakan untuk mengumpul peniaga-peniaga atas talian bertempat di MAEPS Serdang. Pelbagai jenis barangan seperti produk kecantikkan, kesihatan, kuih raya dan lain-lain produk dijual. Artis juga turut serta seperti Adi Putra, Yatt Hamzah, Afdlin Shauki, Catrionna dan ramai lagi.

Cara Nak Pergi Eh-eh Megabazar MAEPS  Serdang

Kenderaan Awam

Kau orang boleh menggunakan KTM turun di Serdang, kemudian nanti ada Bas Shuttle Nadi Putra tunggu. Tambang RM2 je sehala. Bas shuttle ini akan bawa kau orang terus ke MAEPS Serdang, jangan risau!

KTM serdang
KTM serdang

Kalau kau orang naik kereta sendiri, tak dapek do den nak nolong! Den pun ulang alik guno kenderaan awam yo.. hahaha

Jap-jap apa kena mengena tajuk Eh-Eh Bazar Sookatidozzz, siapa pula yang suka tidur ini? Hahaha tak ada lah, sookatidozzz ini yang menarik perhatian aku di dalam megabazar tu. Betul la orang kata, yang suka tidur pun boleh buat duit tau.. Sookatidozzz ini satu jenama yang menjual  dan menerima tempahan Tilam (Single dan Double Size), Tilam Baby, Bantal Peluk, Sarung Bantal, Sarung Bantal Peluk dan Selimut.

Cepat, apa tunggu lagi??!! Mari berkunjung ke Booth LK42 Sookatidozzz di EhEhBazaar!!! 😀

Kesemua item sangat berkualiti pada harga yang Super Awesome!!! Harga bermula dari RM11 sahaja!!! 😀

Cepat! pelbagai tawaran menarik menanti anda! 😀

Sookatidozzz

Tilam

Kalau kau orang mencari makanan sunnah boleh cuba produk Qaseh Gold, yang juga boleh didapati booth yang sama Sookatidozzz.

Makanan Sunnah
Makanan Sunnah

EhEhMegabazar ini berlangsung selama 2 hari, Sabtu dan Ahad. So jika Ahad ini berkesempatan ke sana jangan lupa singgah booth Sookatidozz..

8,232 total views, no views today

Incoming search terms:

  • cara ke maeps serdang
  • cara pergi MAEPS serdang guna pengangkutan awam
  • pergi maeps serdang guna pengangkutan awam

4 Hari yang memenatkan!

Fuh! memenatkan 4 hari dengan pelbagai aktiviti. Dari hari jumaat – isnin. Hari jumaat blogger Mastura Rara dan Ainna Rosberry datang dari jauh tu Tanjung Malim ke konti eWana fm kat Wangsa Maju. Apa nya sanggup nya 2 orang blogger cantik ini sanggup datang jauh-jauh? Jeng.. jeng.. Depa ni jadi deejay Radio.. Dj Radio untuk segmen Hai Blogger!

Jangan tak tahu pula, ada segmen radio untuk blogger tau setiap hari Isnin jam 8malam tapi khas untuk bulan Ramadhan nanti segmen ini akan bersiaran 2 petang. Mastura Rara dah selamat da pun bersiaran ke udara isnin lepas minggu 6. Banyak perkongsian yang Rara ceritakan, kisah hidup seorang pelajar dan remaja! terbaik la.. Tips-tips yang Rara beri untuk blogger2 baru kena take noted tu!

Rara at eWana fm
Rara at eWana fm

Nampak tu? Ada gaya ok! jadi seorang deejay, ini kalau hantar profile kat syarikat radio konfirm LULUS! hehe

Hah! tengok yang ini pulak, kemain sakan lagi Ainaa  jadi Deejay! seronok bak hang dia kata. hoho

Kemain lagi. Mula-mula malu gitu. Lama-lama dah boleh dapat rentak sendiri. Good Job Ainaa! 🙂

Minggu 7 - Ainaa at eWana
Ainaa Roseberry kata seorang jadi DJ, korang tak join ke?

Minggu ini kita relaks2 je dulu, minggu depan kita dengar Ainaa on air dalam www.ewana.fm jam 8malam macam biasa la hari isnin. Pastikan tepat jam 8 malam buka www.haiblogger.com/eWana.fm. Okeh!

Penat ok melayan budak 2 orang ini! hoho banyak nakal. So sebagai kenang-kenangan sebelum depa balik Tanjung Malim wajib bergambar ya 😀

Ainaa & Rara
Ainaa & Rara

Ini cerita hari jumaat belum masuk lagi cerita Sabtu & Ahad lagi memenat kan. Macam yang kau orang baca yang selalu aku update tu, aku sekarang banyak terlibat dengan jemputan-jemputan projek survey. Untuk minggu lepas project MusicBox, radio survey. Pergh! memang gempak… Dapat la juga 2 orang blogger join survey ini hari Ahad. Aku nak beri keutamaan pada blogger, tapi itu la setiap kali ada peluang tu jangan biarkan macam tu. Jangan jadi blogger ” Apa barang jadi blogger, event pun tak pernah pergi ” haha

Kenal 2 orang ini? hihi
Kenal 2 orang ini? hihi

7,677 total views, no views today

Cosmoderm – I Love My Skin

Isnin 28 April, satu pelancaran produk Fenomena Impak Kecantikkan dengan kalobarasi antara Ogy Venture & Network dan Cosmoderm bertempat di Hotel Summit, USJ Subang.

Shah Shalwati selaku admin dan producer eWana.fm dihantar membuat liputan sebagai wakil radio rasmi untuk acara itu dan aku pulak?? Tolong angkut barang :3 hehe..

Cosmoderm - I Love My Skin

Disamping itu berpeluang juga aku belajar gaya dan cara orang media ini. Kalau nak tangkap gambar tu mesti nak terpacak paling depan sekali.

Brader tepi sikit, aku pun nak tangkap gambar juga….

Sudahnya satu pun tak ada gambar yang cantik-cantik untuk dipaparkan, ini gambar pun paparazi yang tangkap.. (hahaha)

Cosmoderm adalah produk penjagaan kulit dengan bahan-bahan Halal dan semula jadi. Manakala Ogy Venture & Network adalah syarikat yang dimiliki oleh Fauziah Dato Ahmad Daud (Kak Ogy)

Ramai orang yang belum tahu sekarang Kak Ogy dah berjinak dalam dunia motivasi, menarik juga ini. Jika ada yang berminat nak join dan mendekati Kak Ogy boleh la mendaftar Fenomena Impak Kecantikkan – Eksplorasi DirimuBuat tempahan di www.cosmoderm.com.my

Terima kasih Cosmoderm atas pemberian Goodies sampel produk kecantikkan uoalls.

——————–

Selepas tamat acara itu, aku dah Kak Sha balik ke office eWana fm dan merancang untuk On Air Segmen Hai Blogger! pada jam 8 malam nanti. Terima kasih kepada yang sudi dengar segmen Hai Blogger! di www.ewana.fm dan buat yang belum sempat jangan risau, akan ada ulangan segmen nanti sudi-sudi mendengar dan mengjoin diri. huhu

Terima kasih Kak Sha kerana memberi tunjuk ajar kepada ku untuk On Air. hehe 😀

6,881 total views, no views today

Sepetang Bersama Blogger 2014

Himpunan Mega Blogger
Himpunan Mega Blogger
Himpunan Mega Blogger

Satu-satu nya event yang boleh dikatakan terbesar terkumpulnya  blogger-blogger 3 buah Asia Tenggara berjiran dari Malaysia, Brunei dan Indonesia. Sekalung Ucapan Tahniah buat Team Denaihati berjaya  menganjurkan program ini dengan jayanya. Ribuan terima kasih kepada penaja-penaja program yang turut membantu menjayakan.

Boleh dikatakan ini event pertama yang pernah aku hadiri dan aktiviti blogger yang ini kedua, sebelumnya aku dijemput makan-makan di M2cafe. So ceritanya begini, sesudahnya aku sampainya  di lokasi program Saloma Bistro. Semua peserta harus mendaftarkan diri terlebih dahulu. Apa lagi aku daftar nama aku, kemudian ada juga aku nampak 2-3 orang blogger yang aku kenal tapi aku belum bersedia untuk bertegur sapa, aku biarkan ambil mood dulu..

Ruang Lega Meja pendaftaran #sbb
Ruang Legar Meja pendaftaran #sbb

Tapi.. Ada juga seorang awek yang comel ini sudi juga tegur aku? Nak tahu siapa? Ms Hazirah atau nama glamer nya iuziera. Dia ini aku jumpa masa jemputan makan-makan m2cafe bulan lepas. Serius dalam banyak-banyak blogger dia ini seorang yang nak bergambar dengan aku. tapi sayangg…. Aku pakai baju terbalik kot, ini semua gara-gara aku lambat bangun. Nak tak nak aku tepek kan juga la gambar ini sebagai bukti aku ada di Event Sepetang Bersama Blogger 2014. HAHA

Segan nyaaaaa baju terbalik...
Segan nyaaaaa baju terbalik…

Tempat aku meja 20, antara blogger-blogger meja 20 ini seorang je yang agak familiar di facebook Azri Johan yang lain langsung tak kenal :3 Entah apa dia orang sembang aku pun tak tahu.  Yang untung nya aku semeja dengan Diary Mama, tapi jarak tempat kami duduk menjadi penghalang untuk bergambar macam dengan Azri Johan :3

Azri Johan & Diary Mama - Kredit Gamnar Diary Mama
Azri Johan & Diary Mama – Kredit Gambar Diary Mama

Tiba waktu makan, aku sesah dulu Kambing Golek cukup-cukup, dalam perjalanan aku ke meja selepas ambil Kambing Golek. Aku terdengar ada suara yang memanggil ” Halim, Halim, Halim ” Aku bajet mau 3-4 orang panggil tu tapi sekali aku toleh yang aku kenal Muja seorang je. Aku angkat tangan, aku senyum dekat Muja kemudian aku berlalu ke meja makan 😀 HAHA. 

Roasted Whole Lamb With Black Pepper Sauce
Roasted Whole Lamb With Black Pepper Sauce

Beratur panjang oooh mau makan ini kambing panggang. So apa lagi jom lah kita pelahap dulu ini kambing… Manyakk sidap ini Kambing lagi itu sama Blackpepper Sauce.. Tapi satu je aku tak sempat makan, Otak-otak aku rasa sekejap je dah habis.

Kambing Golek Blackpepper Sauce
Kambing Golek Blackpepper Sauce

Tapi satu perkara yang menghampa kan. Name Card! name card yang aku tempah tak sampai-sampai itu sebabkan aku macam malas aje nak pergi ke blogger lain dan ada satu tabiat semulajadi aku berat nak menegur yang lain kecuali kau orang datang dekat aku, yang ini jangan risau memang aku layan dengan ramah mesra nya yang macam mana Aien Hermionie datang sergah aku dan terus melekat duduk meja 20.

Kiranya matlamat utama aku untuk edarkan dan brandingkan Halim Brothers Dot Com tidak kesampaiaan…  Selain dari itu macam kurang dapat beramah mesra dengan blogger-blogger yang familiar di facebook. Ada lagi banyak benda nak cerita, tapi itu la next entry itu pun kalau ada yang nak baca. HAHA

Gambar 1 Kredit ILuvTour dan Gambar 3 Kredit Diary Mama

———————–

Minta maaf la ya, theme aku tengah serabut sikit tengah nak buat kemas kini.

 

8,622 total views, no views today

Sepetang Bersama Blogger Ditutup!

Top Blogger #SBB2014

Dah tutup! Ya betul! Dah tutup! Berapa kali nak jawab! 3 Hari yang lepas telah diumumkan #SBB2014 sudah penuh dan ditutup. Melepas la siapa yang lambat daftar tu, kalau tak boleh jumpa top-top blogger Ben Ashaari, Red Mummy, Shafie Bustan,  Zarul Husin  dan ramai lagi. Pertama sekali terima kasih untuk Yeo’s Malaysia yang sudi jadi sponsor Sepetang Bersama Blogger yang dikelola kan oleh Denaihati.

Saloma Bistro Lokasi #SBB2014 kali ini bukan calang-calang lokasi tau, tak percaya cuba la search google. Dalam bahasa mudah nya dengan pendaftaran #SBB2014 RM20 memang tak layak la nak masuk Saloma Bistro dan makan makanan yang enak-enak. Agak-agak  RM20 tu dapat makan apa? Jangan terkejut RM20 ini dapat makan Kambing Golek, cuma dapat masa #SBB2014 je nanti. Tak percaya? Baca blog Shakiddo ( Orang kuat Denaihati )

Lagi apa yang menarik #SBB2014

Hadiah Lucky Draw! iPhone 5s, iPad mini, Garmin Navigation System dan bermacam hadiah misteri lain yang disediakan. Berdebar-debar betul bertuah ke tidak nanti hehe. Nak tambah sikit, nanti #SBB2014 Norman Hakim dan Memey Suhaiza pun datang yang merupakan Duta Produk Ephyra dan juga co-sponsor dalam majlis Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 nanti. Harap-harap nanti terpilih sebagai 100 orang blogger program cabaran 30 hari Ehyra. Saloma Bistro, Kambing Golek, Lucky Draw tu semua tak penting yang penting sekarang aku nak jumpa blogger-blogger sponting yang selalu berbual di facebook antaranya Muja, SukaSedap, Cik Lyeen,  Sheda Ucu dan ramai lagi.

Ok jumpa disanaaaaaaa………….. Bertemu kita di SALOMA BISTRO

8,531 total views, no views today