Single Wangikanlah Hatimu Noraniza Idris

puan-ayu-azmera

puan-ayu-azmera

Kali ni, aku nak berkongsi tentang satu produk yang viral di laman sosial sejak kebelakangan ni. Sebenarnya, produk Mewangi Satu Dunia dan pengasasnya Puan Ayu Azmera, tak perlu aku perkenalkan lagi sebab aku yakin dan pasti ramai dalam kalangan readers aku ni sendiri dah follow Puan Ayu Azmera dan menggunakan produk Mewangi.

Untuk yang belum berkesempatan untuk tahu, produk Mewangi ni sebenarnya produk berasaskan bahan alami yang bebas kesan sampingan. Paling best, produk ni telah pun melantik Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris selaku duta sekaligus melancarkan single terbaru Wangikanlah Hatimu yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris dan anak didik beliau dalam 3 Juara iaitu Tyka.

Perghhh! Actually ni first time aku dengar produk kosmetik dengan lagu single tersendiri. Untuk korang yang memang dah tengok Pentas Akhir 3 Juara memang confirm dah dengar lagu ni kan sewaktu dipersembahkan oleh Tyka dan Noraniza Idris? Single ni sebenarnya berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional yang menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda . Single ni jugak sebenarnya sejajar dengan kempen #saveiramamalaysia dibawah naungan Luncai Emas Sdn Bhd iaitu Amir Jahari dan AGCoco serta lirik ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Basically, daripada apa yang aku faham,  lagu ni menekankan tentang mesej berunsur nasihat dan ingatan. Setiap kejayaan datang dari hati yang bersih dan sikap menunding jari dan suka melihat kejatuhan orang lain menerusi kelemahan sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan daripada berusaha untuk memperbaiki diri sendiri hanya akan menjadi sia-sia. So, nak berjaya hati mau kena bersih bro! Memang padu!

Pelancaran Single Wangikanlah Hatimu

pelancaran-single-wangikanlah-hatimu
Bersama barisan artis dan VVIP
single-noraniza-idris-tyka-3-juara
Persembahan live dari Kak Ani dan Tyka

So, aku antara salah seorang yang hadir sewaktu pelancaran single ni yang didakan di Restoran L’Clasico, Publika , Kuala Lumpur. Of course, aku sendiri tak lepaskan peluang untuk shoot gambar-gambar Kak Ani dan Tyka dan barisan artis lain yang hadir. Kalau korang nak tahu, majlis ni telah dirasmikan oleh Y.M Tengku Dato’ Hishammudin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj. Apalagi, jom tengok gambar-gambar dalam blog aku ni.

save-irama-malaysia
Dirasmikan oleh Y.M Tengku Dato’ Hishammudin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj

Aku sebenarnya sangat salute dengan Kak Ani (Noraniza Idris) ni sebab kecekalan beliau di dalam industri dan semangat membawa kempen #saveiramamalaysia tak pernah pudar.

Korang boleh follow Noraniza Idris di facebook, instagram dan website dengan menekan link di bawah.

Instagram : Noraniza Idris
Facebook : Noraniza Idris
Youtube : Noraniza Idris Production Ventures
Website : NIPSB

819 total views, 1 views today

Jenama Sendiri Bersama Amyra Rosli

amyra rosli dan amar baharin

lofatah

Rasa-rasa macam nak bercerita pasal artis la pula. Korang ada perasan tak mana-mana artis yang tengah bercinta tahap manis potong kaki? Kalau aku perasan ‘Lofattah’, siapa lagi Neolofa dengan Fattah Amin ler.

Kemain lagi aku tengok dia orang dekat ‘Meletop’ memula dulu berbunga-bunga hati memasing ye. Peminat pun main peranan juga suka kenen-kenen kan dan mengharapkan dia orang dapat bersama tetapi iya ke tak aku tak beranilah nak komen. Mungkin ya mungkin sekadar nak promosi drama mereka yang top.  Apa tu ‘Suri Hati Mr Pilot?

Dah habis pun drama itu  dan berakhir juga ‘cinta’ mereka kerana baru-baru ini terdengar  mereka dah putus gara-gara Fattah ada hubungan istimewa dengan seorang gadis berdarah kacukan. Jadi tak la kesampaian cinta mereka. Mungkin kah ini pun untuk promosi drama terbaharu dari Fattah Amin? Wallahualam!

amyra rosli dan amar baharin

Yang kita tahu cinta kesampaian, tengok  Amyra Rosly dengan Amar Bahrain, tahu-tahu je dah kahwin. Itulah yang dinamakan jodoh.  Semua tahu kan Amyra Rosli hampir-hampir nak kahwin dah tetapi dua minggu sebelum itu tak jadi, tak ada jodoh dengan si dia tu…

Apa pun sekalung tahniah diucapkan kepada kedua mempelai yang bagaikan pinang dibelah dua ini. Selepas je kahwin nampak gayanya rezeki Amyra melimpah ruah. Jadi siapa kata kalau dah kahwin tak laku, susah nak dapat ‘job’ la bagai….J

Amya Rosli atau nama sebenarnya Nur Amira Izzati Rosli telah pun membuktikan dia masih laris. Baru-baru ini Amyra telah menandatangani perjanjian sebagai rakan kongsi kepada  Dr. Amin Abdullah  bagi mengendalikan bisnes JenamaSendiri.com

 

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Aku ada semasa majlis itu berlangsung di Flora Terrace, Hampshire Place, Kuala Lumpur pada minggu lepas. Wah… berseri nampak Amyra apatah lagi mendapat sokongan suami, Amar Baharin yang sentiasa berada di sampingnya. Masih dalam tahap berbulan madu kan, mana boleh berpisah, romantik sangat tengok kedua merpati sejoli ini.

Okey.. ko orang mesti nak tahu apa fungsi Amyra dalam JenamaSendiri.com ini. Tahu kah pelakon ini nak berbisnes?

Sebenarnya, tugas yang dipikul mudah sahaja… Amyra cuma perlu melakukan promosi di media sosial dan media cetak berkaitan bisnes berkenaan. Pendekatan memberikan motivasi dan promosi berskala besar untuk berniaga jenama sendiri waima JenamaSendiri.Com membantu mereka mencapai impian itu.

Untuk pengetahuan korang, JenamaSendiri.Com ini sudah 10 tahun bertapak dalam dunia perniagaan dalam menghasilkan pelbagai jenama kosmetik terkenal di Malaysia dan  antarabangsa  malah khabarnya akan membuka sebuah kilang di China tahun 2017 ini.

Selain itu sumbangan JenamaSendiri.Com dalam projek CSR tidak terkecuali. Terbaharu Pengarahnya, Dr. Amin mengumumkan pelancaran Yayasan JenamaSendiri.Com dengan kerjasama pihak MAKNA ( Majlis Kanser Nasional ) dan NKF (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) dimana Yayasan akan memberi sumbangan bulanan tetap kepada kedua-dua badan berkenaan.

Mereka yang telah lama berurusan dengan JenamaSendiri.Com sudah tentu tahu mengenai objektif syarikat dalam membantu usahawan-usahawan baharu melahirkan jenama sendiri berkaitan industrI pembuatan kosmetik.

Dan sebagai pengilang kosmetik nombor 1 di Malaysia, pemilihan Amyra dilihat mampu menarik perhatian khalayak menceburi bidang kosmetik yang kini sedang berkembang maju.

Jadi sesiapa yang berminat nak hasilkan produk sendiri, apa kata dengar dahulu luahan Amyra ini:

“Saya akan membantu di bahagian pemasaran dan promosi untuk memberitahu orang ramai tentang kelebihan projek ini sekali gus mempelawa mereka yang berminat.  Insya-ALLAH, suatu hari nanti kalau ada rezeki saya juga berhasrat  menceburi perniagaan ini kerana sejak dari dulu lagi saya cukup cukup teruja dengan kosmetik.”

Mendengar kata-kata perangsang Amyra tu membuatkan aku dah tak sabar-sabar pulak nak jadi usahawan, dah ada pun produk  dalam fikiran, tetapi ‘Biarlah Rahsia” dulu bak kata Dato Siti Nurhaliza…

Bila dah jadi baru boleh aku bagitau korang sebab pelanggan memang penting dan nombor satu dalam setiap bisnes ya tak?

Dr-Amin-Jenama-Sendiri, Kilang Kosmestik
Bersama Dr. Amin – Pengasas Jenama Sendiri Dot Com

Yang best tu, dengar kata JenamaSendiri.Com akan memberi diskaun 16% untuk blogger macam aku ni, juga pihak media yang nak cuba berniaga jenama sendiri.

Cukup-cukupkah kita asyik berniaga bisnes kedai makan, car wash, dobi atau bisnes MLM sekali pun, cubalah sesuatu yang baharu pulak kan.  Yang penting ada usaha dan bantuan daripada JenamaSendiri.Com pun dah cukup baik.

Melalui JenamaSendiri.Com ini, korang akan diajar cara pemasaran online dan sebagainya sebab kata Amyra, beliau telah menyediakan sekumpulan pakar FB No. 1 Asia untuk urusan ‘marketing’. Mana tahu lepas ini anda akan jadi Jutawan kosmetik dalam tahun 2017 ini.

JenamaSendiri.Com  mengumumkan pakej untuk mengeluarkan produk hanya bermula daripada RM15,000 sehingga RM25,000 sahaja dan menurut Dr. Amin produk boleh disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Dan jika usahawan mengambil pakej RM25,000, mereka akan di kenalkan dengan network dalam bidang yang sama.

Cuma satu aje yang agak kerisauan. Dengar kata, setiap pakej yang ditawarkan oleh Amyra adalah terhad seperti pakej HOT… iaitu PAKEJ VIP hanya terhad 1 individu sahaja sebulan & jika telah penuh, anda terpaksa menunggu selepas 3-4 bulan.

Jadi siapa cepat dia dapat. Nak tahu info lanjut call  HOTLINE AMYRA tanpa berlengah lagi sebelum ‘putih mata’  kerana peluang hanya datang sekali seumur hidup!

Bak kata Amyra, “Range Rover bukan lagi hanya mimpi”.

Jadi apa lagi … layari JenamaSendiri.Com untuk pertanyaan lanjut ya…

Produk jenama sendiri dengan modal rendah

buat-produk-jenama-sendiri

Hotline Amyra 1      : 012 67 55 890 (Ms Kay)

Hotline Amyra 2      : 017 224 55 37 (Lyana)

(Sila nyatakan pakej yang dipilih ketika menelefon hotline)

** SMS/WhatApps tidak dilayan, terus call

1,445 total views, 1 views today

Dmel Perfume Teman Wangi Sepanjang Hari

office-coolhijab

Beberapa hari memang agak sibuk juga la, lagi-lagi nak masuk tahun 2017 lagi beberapa hari je ni. Ada kerja dekat luar kalut sikit lepas tu nak handle kerja-kerja online lagi. Masa keluar kemain kalut lagi pakai je baju apa yang dapat capai masa tu. hahaha

Dalam kalut-kalut tu juga dapat bersiap berdandan rambut guna pomade kasi rapi-rapi rambut bagi hensem, dan-dan tu juga la capai perfume sembur wangi-wangi. hehehe.

Mana tak nya oiiii, aku dah jatuh hati dengan satu perfumes ni bau florel-florel. Hari ini baru ada masa nak belek-belek perfumes ni tengok packagin kotak cantik nampak ekslusif. Perfumes  yang aku pakai ni nama Believe RrB by Dmel eau de perfume. Aku suka perfume yang jenis Eau De Perfume sebab aroma wanginya tahan lama dan kuat. Memandangkan aku banyak jumpa orang dekat luar harus la nak mewangi-wangi kan. Kekadang lupa letak mana pun cari juga sampai jumpa sebab rasa tak best bila keluar tak sembur perfume lagi-lagi sekarang dah ada dmel perfume. 😀

Dmel Perfume ini aku dapat 2 minggu lepas, memang puas hati la pakai perfume ni sebab salah satunya aroma wangi lain daripada lain, tak macam minyak wangi yang banyak dipasaran kebanyakkan bau inspirasi daripada jenama-jenama antarabangsa. Dah bosan la semua perfume bau sama je tapi jenama je lain-lain. Keyakinan diri jadi tinggi bila sembur Believe RrB by Dmel Perfume, dah rasa macam Dmel Perfume teman wangi sepanjang hari gitu. Kena la dengan tagline mereka – Teman Wangi Sepanjang Hari Anda.

pelancaran-dmel-perfumes-swiss-garden

Dmel Perfume satu lagi produk perfume yang berada dipasaran. Baru dilancarkan pada 2 minggu lepas secara ekslusif di Hotel Swiss Garden KL.

dmel-perfume-minyak-wangi

Aku pertama kali lihat packagin Dmel Perfume dan mencium baunya sangat harum ada bau lembut, sedikit keras dan harum semerbak tanpa alkohol, tahan lama, suci dan halal serta kandungan minyak wangi 100% semulajadi. Dmel Perfumes berbaloi untuk dimiliki harga pun berpatutan.

Puan-Sanie-Abdul-Rahman
Borak santai bersama pengasas dmel_perfume Puan Sanie Abdul Rahman selepas acara pelancaran yang dirasmikan oleh YB Dato Mas Ermieyati Samsudin, Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.

Puan Sanie bagitau Dmel Perfume dihasilkan daripada ekstrak bunga dan buah-buahan. Best tau Dmel Perfume wangi-wangi harum semerbak. Women Perfumes by Dmel Rahman ada 3 jenis minyak wangi untuk perempuan – Scent, Shine & Lovely.

dmel-perfume-minyak-wangi-tahan-lama

Saya paling suka bau Scent. Sedap je bau dia. Kalau awak pakai mesti saya teringat-ingat dekat awak. 🙈

Men Perfume by Dmel Rahman pula ada 3 variasi wangian iaitu RrB 40ml, CHASE 30ml dan TRUST 30ml.

Saya pakai yang wangian RrB dan TRUST. Nanti awak jangan termimpi-mimpikan saya pula ye, sebab tercium bau floral – flora buah gitu. 🙈

Rasa-rasa korang nak wangi macam aku juga, meh tengok website www.dmelperfume.com order online  je senang dekat website. Kalau rajin sikit whatsapp dia orang dekat 019-2761575 atau 012-9075382. Boleh ushar-ushar dmel_perfume dekat instagram juga. Nanti masa order cakap Halim Brothers rekomen kan.   😎

So korang berminat nak cuba yang mana?  :mrgreen:

671 total views, 1 views today