Pusat Kesihatan Terapi Ozone Baru Buka di Shah Alam

Aku pernah dengar orang cakap, kalau kau nak putih ke, jadi kurus ke, kulit bersih tak ada jerawat kau kena cuci darah dulu. Baru lah mujarab segala supplement yang korang makan tu. Aku pun tercari-cari juga tempat mana yang boleh buat cuci-cuci darah ni. Mujur haritu aku dapat jemputan daripada rakan media untuk menghadiri majlis Perasmian Pusat Kesihatan Eyka 03 Purification.

Perasmian Pusat Kesihatan Terapi Ozone

Pusat Kesihatan Eyka 03 Purification ini dibuka di Laman Seri Business Park Section. Sedang elok lah korang pergi sana buat terapi ozone. Bagus untuk kesihatan awet muda gitu serta sangat berkesan untuk Merawat dan Mencegah penyakit. Dekat sana ada alat serba canggih, doktor dan nurse yang bertauliah. So tak perlu bimbang lah.

Terapi Ozone

Ini ah! ada satu auntie lepas je pelancaran terus buat terapi ozone. Best juga kalau dapat bersih darah-darah kotor ni nanti darah jadi bersih balik.

Apa itu terapi Ozone?

Terapi OZON adalah suatu proses untuk membersihkan darah dengan menggunakan mesin generator yang menghasilkan OZON(O3) untuk tujuan perubatan. Mesin generator OZON mempunyai penapis (DIALYZER) yang mampu menyingkirkan secara langsung PLAK KOLESTROL, SEL LEMAK dan ASID URIK untuk membantu MENURUNKAN PARAS KOLESTROLdan GULA dalam darah serta mengurangkan kebergantungan kepada ubat-ubatan yang berasaskan bahan kimia, seperti anti kolestrol yang mempunyai kesan sampingan.
OZON(O3) dalam darah akan menghapuskan kuman dan bakteria kerana kebanyakkan kuman dan bakteria adalah ANAEROBIC iaitu tidak boleh hidup di dalam oksigen. OZON(O3) sangat berkesan untuk MERAWAT dan MENCEGAH penyakit. Jumlah pesakit kencing manis (Diabetis) di Malaysia sudah mencapai 2.6 juta orang dan ramai pesakit kencing manis telah hilang keyakinan dengan perubatan barat. Melalui rawatan terapi OZON, darah yang kotor akan dicuci dan disaring. Setelah disaring dan dicuci, darah akan disembur dengan menggunakan mesin yang menghasilkan OZON(O3). Darah yang telah dicuci dan bersih akan dimasukkan semula ke dalam tubuh badan.

Manfaat dan kebaikan terapi Ozon
Selain oksigen (O2), OZON(O3) merupakan komponen udara segar yang sangat bermanfaat dalam meningkatkan stabiliti sel-sel sihat yang normal dan menyingkirkan sel-sel yang tidak matang, sakit dan cacat, sel-sel yang asing bagi tubuh seperti virus, bakteria, jamur dan lain-lain.
Ozon(O3) mencegah dan merawat dengan lebih efektif pelbagai jenis penyakit.
Contoh penyakit-penyakit utama :
• Penyakit Jantung
• Penyakit Darah Tinggi
• Penyakit Kencing Manis
• Penyakit Buah Pinggang
• Penyakit Gout
• Penyakit Strok
• Penyakit Migrain
• Penyakit Hati
• Penyakit Kulit
• Penyakit Kanser .

Dapatkan rawatan segera di Pusat Kesihatan  Eyka 03 Purification, khasnya kepada pesakit kencing manis. Pesakit-pesakit yang telah menjalani rawatan Eyka Ozone O3 telah kembali sembuh sepenuhnya. Rawatan Ozon adalah satu-satunya rawatan alternatif bagi pesakit yang mempunyai luka akibat kencing manis dan pemotongan tidak diperlukan lagi. Sebelum memulakan rawatan, segala maklumat akan diberikan oleh jururawat terlatih kepada pesakit yang ingin menjalani rawatan. Keberkesanan Rawatan Ozon Terapi telah terbukti dalam tempoh 14 hari.

Eyka Purfication

Hubungi :
Untuk mendapatkan khidmat terapi ozon sila lawati pusat kesihatan di alamat:

Eyka O3 Purification Sdn Bhd,
G02, Block 1, Laman Seri Business Park Section,
40100 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-55234848

9,597 total views, 4 views today

Incoming search terms:

  • kelebihan rawatan terapi
  • ozone therapy shah alam

Print T-Shirt Murah di Shah Alam dan Melaka

Print T-shirt Murah Shah Alam

Kekerapan keyword-keyword yang selalu  masuk di blog saya seperti Print T-shirt MurahPrint Tshirt Murah Shah Alam, T Shirt Murah Shah Alam dan banyak lagi kata kunci carian google membuktikan ramai orang sedang  mencari t-shirt murah di Shah Alam selepas saya menerbitkan sebuah artikel Oh T-Shirt Printing T-Shirt Murah.

kedai ohtshirt di shah alam

Tetapi artikel kali ini saya nak cerita sikit latar belakang bermula nya jenama Oh! Tshirt. Beberapa bulan tahun lepas saya berpeluang untuk datang melawat sendiri kilang tempat operasi Oh! Tshirt yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam secara tak sengaja. Saya teruja tengok showroom mereka yang sudah mencetak banyak t-shirt yang pelbagai design. Paling banyak mereka dapat tempahan baju i am yang menjadi kegilaan ramai untuk mencetak nama sendiri pada t-shirt dengan harga murah.

pemilik ohtshirt
Pemilik Oh T-Shirt

Bermulanya Oh! T-shirt pada tahun 2011 selepas melihat potensi permintaan yang tinggi daripada warga Shah Alam yang mahu tempah t-shirt dengan harga murah dan berkualiti. Saya kagum dengan semangat anak muda ini menubuhkan syarikat printing t-shirt FZ Multicreation dan KilangBaju maka lahirnya jenama OhTshirt.

Perkhidmatan print tshirt, print baju, sulaman komputer dan baju korporat saya cadangkan anda tempah di Oh T-Shirt dan tak usah diragukan kerana mereka 100% terbukti pilihan yang tepat serta telah menghasilkan puluhan ribu cetakan tshirt yang rata-ratanya pelanggan dari badan kerajaan dan syarikat swasta.

print tshirt ohtshirt

Untuk memenuhi permintaan pelanggan selain daripada perkhidmatan print t shirt, print baju, sulaman komputer dan baju korporat, Oh Tshirt juga menawarkan perkhidmatan cetakan untuk cenderahati korporat seperti Woven Bag, piala, pingat, keychain dan banyak lagi. One stop center untuk sebarang majlis anda yang memerlukan seperti cenderahati yang lain.

Pelanggan-Pelanggan Oh T-Shirt

Oh T-shirt pernah dapat tempahan daripada syarikat-syarikat gergasi seperti Kumpulan Media Karangkraf, Sime Darby, Maybank, TV3, KASTAM, Kementerian Pembangunan Wanita, UiTM Shah Alam, UNISEL, RTM, UIA, Labuan Sea Challenge

Tiada Jalan Mudah Untuk Berjaya – Hafizsi Hamdan

ohtshirt dalam majalah maskulin

Hafizsi Hamdan pemilik Oh Tshirt dalam memenuhi ruangan majalah Maskulin berkata cabaran mengajar lebih matang untuk terus berada di dalam industri ini walaupun terdapat persaingan hebat tumbuh bak cendawan walaubagaimanapun Oh Tshirt dapat menawarkan harga yang murah dan memuaskan hati pelanggan.

Cawangan Oh Tshirt Di Melaka

cetak tshirt murah shah alam

Setelah mendapat permintaan yang tinggi daripada negeri-negeri yang lain menempah t-shirt secara online di facebook Oh! T-Shirt mereka membuka cawangan kedua yang terletak di Melaka telah beroperasi hampir 1 tahun. Saya doakan perniagaan Oh! T-shirt semoga maju jaya dan dapat memperkembangkan perkhidmatannya di negeri-negeri lain pada masa akan datang.

Di bawah saya lampirkan maklumat alamat untuk memudahkan anda membuat tempahan print t-shirt, print baju dan cenderahati dengan harga yang berpatutan dan berkualiti, bolehlah dapatkan perkhidmatan ini di Oh! Tshirt. Sila nyatakan anda membuat tempahan tahu daripada blog halimbrothers.com ya! dapat juga saya ngeteh dengan bos nya nanti. hehehe

** Semua gambar kredit kepada mohdrasul.com

______________

FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No. 19A, Jalan Kristal K7/K,
Seksyen 7, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
TEL: 03-55236785 / 017-6676785
Email: admin@ohtshirt.com.my
Laman Web: www.ohtshirt.com.my
Facebook: OhTshirt Facebook
Instagram: OhTshirt Instagram

Cawangan Negeri Melaka

FZ MULTI CREATION ENTERPRISE
No.4, Pusat Niaga MBMB,
Bulatan Ayer Molek,
75460 Melaka Darul Azim.
TEL: 012-352 3972
Email: ina@ohtshirt.com.my

7,938 total views, no views today