Suka Tonton Travelog Cinta Tang Guo Hua Sebuah Jurnal Asyikin Exclusive

jurnal-asyikin-astro-oasis

Sekiranya korang penonton setia stesen tv berbayar khususnya Astro Oasis 106 yang terkenal sebagai saluran yang menitikberatkan pelbagai genre program tetapi berteraskan keagamaan pasti tidak terlepas menonton sebuah rancangan bertajuk “Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua“. Aku pasti korang sedar mengenai rancangan ini apatah lagi sudah lima episod berlalu yang disiarkan setiap hari Ahad, pukul 7.30 malam.

hi-tea-jurnal-asyikin-travelog-cinta

asyikin-exclusive-dan-baby-nyonya-shop
Baru-baru ini, aku berkesempatan bertemu secara dekat dengan pasangan usahawan yang dimaksudkan dalam program itu iaitu Puan Nur Asyikin binti Rahmat dan suaminya, Hj Tang Guo Hua yang lebih mesra disapa Tuan Haji. Aku bertemu mereka dalam majlis ‘hi tea’ bagi memperkenalkan program ‘Jurnal Asyikin Exclusive: Travelog Cinta Tang Guo Hua’ berkenaan.

hi-tea-ruang-shah-alam
Pada majlis yang berlangsung santai bersama segelintir rakan-rakan bloggers dan media, aku rasa tenang mendengar kisah pasangan daripada dua Negara berbeza ini. Ya lah seorang di Malaysia dan seorang lagi berasal dari tanah China.

Namun takdir dan jodoh mempertemukan keduanya di Malaysia, bahkan lebih membanggakan lagi apabila mereka bukan sahaja mampu mengekalkan sebuah keluarga harmoni bersama empat cahayamata tetapi berjaya juga membangunkan industri tekstil. Orang perempuan sudah tentu kenal kan dengan fesyen muslimah di bawah label “Asyikin Exsclusive” yang sudah lama bertapak malah sudah ada tiga buah cawangan butiknya pun, iaitu di MITC Melaka, Mahkota Parade dan Dataran Pahlawan.
Jadi tak perlulah aku cerita lebih lanjut tentang produk ‘Asyikin Exsclusive” kerana tujuan kedatangan ke majlis hi tea hanyalah untuk mempromosikan travelog cinta yang sudah pun selesai menjalani penggambaran di tanah China.
Ada 9 episod kesemuanya, tetapi baharu 5 episod berlalu dan tinggal lagi 4 episod yang boleh korang saksikan jika nak tahu mengenai kisah suka duka dua individu tersebut selaku watak utama sepanjang rancangan. Dan jika korang nak tahu apa sebenarnya tujuan rancangan ini diterbitkan?
Ha dengar apa kata Puan Nur Asyikin,

Saya ingin membawa penonton menyelusuri pengalaman perniagaan tekstil melalui sentuhan perkongsian jatuh bangun dan jerih perih sepanjang kami berdua membina empayar.

asyikin-exclusive

Tambah usahawan berusia 33 tahun ini lagi, apa yang dialami mereka berdua bukan mudah bahkan banyak air mata yang tumpah sepanjang perjuangan membangunkan jenama ‘Asyikin Exclusive’, namum fokus utama rancangan tertumpu lebih kepada mengenal budaya masyarakat Cina di Negara Tembok Besar China itu, tanah tumpahnya darah suami tercinta, Hj Ishak Tang.

Semasa menonton travelog ini, tentu korang perasan kebanyakan lokasi di mana penggambaran dilakukan bukanlah ‘wish list’ tumpuan pelancongan seantero dunia tetapi di kawasan luar daripada destinasi popular pelancong.

khazanah-budaya-dan-alam
Antaranya, korang akan dapat melihat beberapa daerah terpecil di mana salah satu daripadanya adalah perkampungan Hj Ishak Tang sendiri iaitu di Lanzhou. Kata Nur Asyikin, apa yang ingin ditonjolkan kepada penonton sebenarnya adalah lokasi yang dipilih tidak kurang menyimpan seribu satu khazanah budaya dan alam yang sangat indah untuk diterokai.

Meh kita dengar pula apa kata Hj Ishak tentang pengalaman pertamanya ini bersama isteri tercinta di rantau orang.

Kami menerima maklum balas yang memberangsangkan dan bersyukur kerana rancangan tersebut mendapat tempat di hati penonton Selain perkongsian antara dua budaya, banyak elemen kejutan menarik dalam rancangan ini yang dapat penonton saksikan, cerita Tuan Haji Ishak Tang.

Menurut Ishak yang turut mengendalikan perniagaan tekstil, Baba Nyonya Shop, di Jalan Tuanku Abdul Rahman, rancangan travelog yang diterbitkan merupakan satu perkongsian yang tidak ternilai harganya dalam usaha membangunkan empayar bisnes mereka.

Untuk kita sukses, banyak hakikat pahit yang terpaksa kami telan agar terus cekal bersaing dalam pasaran fesyen, jelas Tuan Haji Ishak.

Jadi sekiranya korang mahu mengetahui selok belok dunia perniagaan dan bagaimana perjuangan serta ketabahan yang perlu dihadapi eloklah tandakan kalendar korang setiap hari Ahad di Astro Oasis 106 , jam 7.30 petang untuk bersama mengikuti episod-episod seterusnya sehingga tamat dalam masa empat minggu lagi. Jangan lupa tau!

Kalau korang ada rancangan nak buka bisnes lepas ini baiklah menonton rancangan ini. Mana tahu kot-kot ada tip-tip yang diberikan boleh dijadikan panduan kan? Aku pun nak…. Hihi…

1,271 total views, no views today

Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap

ayam-penyet-ria-wangsa-maju-sedap

ayam-penyet-ria-wangsa-maju

Hai korang! Cuba korang tanya apa favourite food aku? Yeah! Ayam Penyet is my top list favourite food. Pergi mana-mana pun aku akan cari Ayam Penyet untuk lunch atau dinner. Cuba bayangkan sepinggan ayam penyet ada seketul ayam goreng penyet digoreng rapuh, makan bersama tempe, timun, tauhu, kobis dan keropok. Tahu tak apa yang buat sepinggan ayam penyet tu sedap? SAMBAL! Kalau sambal sedap memang terangkat makan kalau sambal tak sedap memang kelaut la.

ayam-penyet-ria-wangsa-maju-sedap

So food review kali ini nak cerita pasal makan malam bersama ayam penyet.  Excited ni dapat makan makanan kegemaran lepas tu ada orang teman pula tu. Cia. cia. cia…

Apa yang korang perlu tahu pasal aku adalah Ayam Penyet adalah antara senarai makanan kegemaran aku. Aku mula suka makan ayam penyet sejak tahun lepas. Siapa yang follow aku dekat instagram Halim Brothers tahu la dekat port mana aku selalu makan Ayam Penyet.

Nak ambil mood sikit jadi aku nak cuba rasa ayam penyet dekat kedai-kedai lain. Baru la kita boleh buat perbandingan yang mana satu betul-betul sedap, kan? Aku pergi ke Wangsa Maju, urmmm.. Banyak betul kedai makan Ayam Penyet dekat sini eh. Dalam banyak-banyak kedai aku tertarik dengan Restoran Ayam Penyet Ria. Bunyi nya macam ada Riang Ria, kena la dengan hati aku yang sedih lara. Dengan ada nama Ria ni dapat la aku menghiburkan perut dengan riang ria sekali. hukhukhuk T_T

Woi.. Woi..  Apa sedih-sedih ni? Orang datang nak makan la. So get your spoon and fork ready. Opss.. Sorry makan pakai tangan je. Meh saya suapkan awak.  Bismillah. Jemput makan semua! 😀

Ayam Penyet Sedap, Lazat dan Enak

ayam-penyet-wangsa-maju-sedap
Ayam Penyet + Nasi = RM12.90

Sebelum makan aku test dulu sambal dia power ke tak. Ternyata sambal Ayam Penyet Ria memang power! Cukup pedas, cukup rasa dan yang pasti aku dapat rasa kan sambal sini lain daripada sambal-sambal ayam penyet yang pernah aku makan. Ayam penyet digoreng lembut dan isi ayam yang segar lagi terasa enak dicicah pula tempe bersama sambal dan keropok penambah selera. Fuh! berselera aku makan.

Ayam Bakar BBQ

ayam-bakar-ayam-penyet-ria-wangsa-maju
Ayam Bakar BBQ RM14.20

Ayam penyet tadi dah memang signature dekat Restoran Ayam Penyet Ria ni. Tapi ada satu lagi special ayam bakar bbq. Ada 2 pilihan ayam bakar disini yang manis-manis pedas dan pedas. Yang manis-manis pedas tu diperap dan dibakar dengan resepi sos kicap manis dan yang pedas pula diperap dan dibakar bersama bumbu resepi asli. Aku suka yang pedas, yang manis-manis pun aku suka. Eh! Suka dua-dua la. Bila dah makan tak berhenti! hahaha.

ayam-bakar-sedap-wangsa-maju
Ayam Bakar BBQ Bumbu

Ikan Bakar Talapia BBQ

ikan-bakar-talapia-sedap-wangsa-maju
Ikan Bakar Talapia BBQ RM14.20

Kalau dah ada ayam bakar tak best la pula kalau tak ada ikan bakar, iyadok? Korang selain daripada suka makan ayam, korang mesti suka makan ikan juga kan? Ikan bakar talapia ini kombinasi yang menarik untuk makan malam korang bersama ayam penyet dan ayam bakar. Bila makan ketiga-tiga menu ini akan membuat perut korang yang berkeroncong datang kelaparan tadi bakal kenyang bagaikan ular sawa! hahaha. Ikan isi fresh! Dibakar secara langsung apabila dipesan. Kalau tak percaya tengok gambar di bawah!

bbq-ayam-dan-ikan
Bakar BBQ

Sup Rawon Daging Lembut

sup-rawon-lazat

Ayam penyet sudah, ayam bakar bbq dan ikan bakar talapia pun sudah. Apa lagi boleh makan? Ahh! Jom cuba Sup Rawon. Aku pertama kali dengar nama sup rawon ni, mula-mula dengar arr! apa keliwon? hahaha. Tapi serius cakap daging sup rawon ayam penyet ria memang lembut betul. Bila ditanya kenapa lembut sangat sampai boleh nampak dan rasa tekstur daging tu. Bila ditanya, rupa-rupanya tips untuk melembutkan daging dia orang rebus dulu selama lebih 8 jam. Memang betu-betul lembut makan pun tak ada terselit dekat tepi gigi. Memang layan hirup sup sambil makan daging dan nasi.

Makan Gado-Gado

gado-gado-sedap

Gado-gado makanan salad bersayur berasal dari Jawa. Terus terang cakap ini baru pertama kali aku makan gado-gado walupun dah biasa dengar. Aku suka gado-gado ni, bila dah start mengunyah dah tak boleh berhenti da. Kuah kacang dia sedap! 😀

Soda Gembira dan Teh Botol

soda-gembira-dan-teh-botol

Lepas dah puas makan memacam, ayam penyet la, ayam bakar, ikan bakar, gado-gado apa bagi semua aku minum air soda gembira. Fuh lepas minum soda gembira terasa gembira menusuk kalbu betul la. Dan satu lagi air Teh Botol. Teh Botol ni di Indonesia antara letak coke dengan Teh Botol orang sana lebih suka ambil Teh Botol. Rasanya pun sedap. Kalau dahaga minum Teh Botol sejuk-sejuk, hilang dahaga.

Puas Hati Makan di Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju

ayam-penyet-wangsa-maju
Bahagian Depan dan Bawah
tempat-buat-event
Bahagian Atas

Secara keseluruhan aku puas hati makan di Restoran Ayam Penyet Ria. Dekorasi kedai pun cantik dan santai. Kedai yang agak besar, bersih dan terdapat satu ruangan di bahagian atas. Di bahagian atas boleh muatkan dalam 20 orang untuk nak buat apa-apa event, hi tea dan gathering pun boleh tempah khas. Cuma bayar harga makanan je tak ada bayaran untuk kos sewa kedai.

Sedikit info untuk yang gilakan Nasi Ayam Penyet yang perlu tahu Restoran Ayam Penyet yang pertama dibuka di Malaysia sebelum menjadi ikut-ikutan jenama lain sekitar tahun 2009 lagi di Wangsa Maju. Di Malaysia merupakan franchise daripada HQ Indonesia. Segala resepi, masakan dan tukang masak di sini adalah asli orang Indonesia sendiri yang masak.

ayam-penyet-paling-sedap
Kebersihan kedai Grade A!

Alamat:

No 33G, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Line, Pusat Bandar Wangsa Maju,
55300 Kuala Lumpur.

Landmark : Berdekatan Bank Islam dan sebelah kedai Temerloh Catering.

Nombor telefon:
03-41437889

Cawangan lain: G Tower, Melawati, SOGO, Setia City Mall, Publika, dan Aeon Bukit Raja.

Trivia : Terjadi nya Ayam Penyet ini menurut kata pengasas Ayam Penyet Ria, mengatakan pada masa itu perniagaan beliau tidak untung lalu memohon doa kepada Allah bagaimana mahu beri untung pada perniagaanya. Satu hari dia mendapat seru untuk memenyetkan ayam kalau mahu perniagaan nya untung. Mula daripada situ terjadinya ayam penyet dan perniagaan semakin maju dan telah sampai sehingga ke negara Malaysia.

Last but not least thanks Ayu sudi teman makan! hahaha. Ayam penyet tidak mungkin bisa sedap jika tiada yang menemani. Chia.. Chia..

ayam penyet ria, wangsa maju
Ini Ayu!

1,071 total views, 2 views today

Mula Minat Pakaian Preloved, Tak Sabar Tunggu Pelancaran Bandoru

bandoru-store-batu-3-shah-alam

Hai korang, meh nak tunjuk sesuatu yang best masa aku datang terjah pra pelancaran Bandoru Store selasa lepas which is 02 haribulan 11 yang lepas. Memang rambang mata nak pilih, banyak gila baju-baju, seluar, kemeja, sweater, beg tangan jacket dan banyak lagi buat golongan lelaki, wanita dan kanak-kanak. Konsep butik yang diketengah kan tak terasa pun barangan preloved, rasa macam beli barangan baru. Punya la elok lagi barangan ini semua, berkualiti pula tu dan paling penting stock original daripada Jepun.

Meh nak belanja outfit yang aku sedang gaya kan ini. Preloved Outfit dari Bandoru Store.

bandoru-preloved-shah-alam

T-Shirt – RM10
Jacket – RM50
Jeans Kepala Kain – RM90
Kasut – RM70

Total =  RM220

Harga sebenar : RM500

Walaupun preloved barang masih cun dan kualiti baik. Barangan branded beb! Made in Japan. hohoho. Btw baju t-shirt School Of Rock and Roll yang aku pakai tu Amy Search dah pernah pakai.. hehehe

halim-preloved-item-bandoru

Aku pun tak sangka aku boleh minat dengan pakaian preloved atau dalam bahasa mudah nya BUNDLE. Terus terang aku cakap bila aku try nak beli barang bundle dekat luar sana, entah la aku rasa semacam rasa tak enak. Bukan sebab benda tu bundle, tapi aku rasa tak selamat dengan kebersihan baju, lepas tu main gantung je, tak tersusun, susah nak pilih apa yang kita nak cari dan macam-macam lagi.

“SAYA SENDIRI YANG AKAN PASTIKAN BARANG NI ORIGINAL !!” – Rifa’at (Factory Manager)

Tapi apa yang Bandoru Store usahakan setiap barangan menjalani proses pengasingan berperingkat untuk memastikan kualiti dan kebersihan barangan dan memenuhi citarasa pengguna dengan slogan Better Than New.

pre-loved-vintage-clothes-malaysia

Sempat juga la aku belajar-belajar sikit pasal dunia preloved item ni. Ada yang Rare, Vintage dan Retro. Jangan terkejut kalau macam harga mahal sikit, contoh macam jeans dekat atas RM90 kan, sebab tu guna kepala kain. Mula-mula aku pun tak tahu apa benda kepala kain. Tuan Wafi dan staff Bandoru sedikit sebanyak sempat kongsi dengan aku. Hehehe memang best balik hujung hujung ni dapat ilmu lebih sikit. Ada juga koleksi rare yang harga cecah ratusan dan ribuan ringgit.

BACA: Apa Itu Jeans ‘Kepala Kain’ Dan Kenapa Harganya Lebih Mahal Berbanding Jeans Biasa.

Segenap sosial media facebook, instagram, youtube apa semua dah heboh pasal satu pembukaan butik preloved mall terbesar di Shah Alam akan dibuka tak lama lagi. Habis riuh rendah bising sebulan awal aku follow update dia orang ini, Hebat! Promosi besar-besaran tudia, ini bukan biasa-biasa ini.

bandoru-batu-3-shah-alam

Ramai gila orang dah desak tanya, “dah buka ke, dah boleh beli ke” memasing dah tak sabar nampak gaya nya. Menelan air liur memasing lepas tengok kita orang dapat datang hari pra pelancaran yang dibuka untuk blogger sahaja.

Soft Launch Bandoru Store

Dapatkan 20% Kupon Diskaun Serta Peluang Menangi Beg LV, Macbook & iPad! Daftar sini

Disebalik Tabir Pra Pelancaran Bandoru Store

Rileks-rileks! Tinggal satu hari lagi. Ye tinggal satu hari je lagi untuk Pembukaan Preloved Mall terbesar di Shah Alam.

Sabtu yee!!! 05hb sabtu ni Grand Launch besar-besaran.. ahh!! Masa tu korang datang la bawak pakwe makwe suami isteri, mak ayah abg adik kakak sedara mara kengkawan datang serbu Bandoru Store ok! Address korang tgk kat ig diaorang @bandorumalaysia.

Sabtu ni start 1.30pm baru boleh shopping . Stock banyak barang-barang branded, rare item, vintage dan retro baru bawa masuk.

Antara jenama terkemuka yang boleh didapati di Bandoru Store adalah Uniqlo, Zara, Converse, Vans, Adidas, Nike, Louis Vuitton, H&M, Timberland, Dr Martens, Levis, Edwin, Raplh Lauren, dan banyak lagi jenama tempatan dan antarabangsa terutamanya jenama Jepun!!

FREE SHUTTLE KTM BATU 3 SHAH ALAM ke BANDORU STORE DISEDIAKAN!!!

968 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • bandoru shah alam
  • beli baju best di bandoru
  • harga barang di bondoru store

Minuman Kologen Sarang Burung Joy Of Life

sarang-burung-walit

Tonik sarang burung terkenal sebagai ubat awet muda di kalangan orang Cina purba. Tonik sarang burung biasanya dimakan oleh golongan orang kaya dan bangsawan dan ia dikatakan mampu untuk mengekalkan kecantikan seseorang sambil membantu untuk mengimbangi unsur Ying dan Yang dalam badan.

sel-sel-dalam-badan-manusia

Beberapa ribu tahun kemudian, manusia masih memakan tonik sarang burung kerana pengambilan sarang burung secara berterusan telah terbukti secara saintifik dimana ia beberapa manfaat kesihatan seperti merangsang pertumbuhan semula sel-sel dalam badan manusia, menguatkan sistem imun dan pernafasan, serta meningkatkan prestasi organ-organ dalaman kita. Antara kebaikan tonik sarang burung yang paling terkenal adalah mafaat dari segi kecantikan, iaitu keupayaannya untuk meremajakan sel-sel di samping menggalakkan kulit yang licin dan berseri dalam jangka masa panjang.

the-joy-of-life-soft-launch

Menyedari betapa pentingnya bagi orang zaman moden untuk nengekalkan kesihatan dan kecantikan luar dan dalaman, Ecolite Biotech Manufacturing Sdn Bhd (Ecolite) telah melancarkan produk minuman sarang burung berkolagen, ‘The Joy of Life‘.

collogen-bird-nest-drink

Minuman sarang burung berkolagen ini didatangkan dalam 5 perisa yang lazat dan menyegarkan iaitu; Aloe Vera, Lychee, Longan, Kurma Merah dengan Goji dan perisa original ‘The Joy of Life’. Minuman ini dibotolkan dalam packaging yang menarik dan boleh dikitar semula.
Minuman sarang burung Joy of Life ini disahkan Halal oleh JAKIM menawarkan manfaat kesihatan yang banyak. Minuman sarang burung ini juga mengandungi 2500mg kolagen dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan ia adalah bebas daripada bahan pengawet, perasa tiruan dan warna tiruan. Ia juga tidak mengandungi sebarang pemanis, menjadikannya selamat dan berkhasiat untuk dimakan dalam jangka masa panjang.

Minuman kesihatan ini boleh didapati di kedai serbaneka 7-11 dengan harga runcit RM6.50 setiap botol dan tidak lama lagi akan dijual di farmasi utama dan pasar raya besar di negara ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai ‘The Joy of Life,’ sila layari www.thejoyoflife.my
Facebook : The Joy Of Life

534 total views, 3 views today

Hari Ketiga : TICD Berjaya Tioman Resort

berjaya-tioman-resort-superior-chalet-room-interior

deluxe-chalet-berjaya-tioman-resort

Alaa…. Dah masuk hari ketiga TICD 2016 – Pulau Tioman. Hari ketiga lebih kepada mood free and easy sebelah pagi sampai tengah hari. Malam kedua baru la dapat rasa keempukan tilam dan bantal Deluxe Chalets Berjaya Tioman Resort ni. Sampai tak sedar bangun-bangun je dah pukul 9pagi. hahaha

Apa-apa pun jom breakfast dulu di Sri Nelayan Restoran.

Steamed Baked Bean + Beef Strips + Chicken Sausage + Spicy Potato Wedges. English set breakfast. Nyums2.

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Hari ketiga ini juga merupakan hari yang panjang buat kita orang. Pukul 11 pagi check out, lunch lepas tu pergi Duty Free Shop Kg Tekek, Pulau Tioman. Masa naik tram pergi duty free shop ni baru la dapat tengok kawasan kampung Tekek, kedai-kedai, rumah dan sekolah rasa nyaman gila. Dekat kedai duty free shop ini banyak jual barang-barang coklat, souvenirs, t-shirt dan banyak lagi. Tapi aku rasa harga coklat tu lebih kurang sama je dengan harga KL, lebih baik beli dekat KL je. hahaha. So aku just beli t-shirt Tioman Island. Itu pun tak banyak design best! Beli pun untuk koleksi tanda aku dah sampai Pulau Tioman! gitu..

Dah setel apa semua lepas tu naik feri dekat Jetty Kg Tekek, Pulau Tioman bertolak ke Jetty Tanjung Gemok. Dari Jetty Tanjung Gemok naik bas terus pecut ke Johor Bahru. Trip akhir kami di bawa ke Berjaya Waterfront Hotel, JB. Salah satu hotel under berjaya yang ada di JB. Memang ekstrem gila perjalanan ke Johor Bahru sebab ikut jalan kampung.

Sesudah sampai je tengok dalam Berjaya Waterfront Hotel, JB. Wow! bapak gila cantik. Rekebentuk macam dalam kapal cruise. Tak sangka pula tengok dari luar macam kecik, sekali masuk tengok dalam gila besar. Kemudian kita orang dinner di Chinese Restaurant, Berjaya Waterfront Hotel.

Next entry nak cerita pasal 9 Course Chinese Meals yang sedap ya amat. Yang jarang-jarang dimakan. hehehe

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Perut dah kenyang, apa lagi terus balik Berjaya Time Square Hotel, KL la pulak, baru nak berangan dapat stay 1 malam dekat Berjaya Waterfront. Hahaha. Perjalanan balik KL ikut jalan highway lancar je. Masing-masing tidur dengan nyenyak siap berlawan-lawan siapa berdengkur paling sumbang, lagi-lagi Baha. hahaha. Aku tak boleh tidur, just pandang tingkap tengok luar dan orang sebelah yang teranguk-anguk kepala. Kesian dia, ngantuk ye.. Tidur la, saya jaga awak ye..

Baca : Hari Pertama dan Kedua (klik link biru)

739 total views, no views today

MM Juice Untuk Awak Yang Selalu Lupa Makan

mama-muda-juice

Mamamuda Juice ini aku bagi dekat Neyra je minum. Karang kalau aku yang minum jadi lain pulak. MM Juice orang perempuan sesuai yang minum. Hari pertama dia minum dapat tindak balas bangun pagi badan berpeluh-peluh. Padahal dia ni jenis yang susah nak berpeluh. Weh! mana tak nya berpeluh, ingredient dalam mamamuda juice ini power! Ada asam keping, asam keping herba alternatif yang amat berkesan untuk mengawal kegemukkan dan kolestrol. Yang berpeluh tu kesan fat burn la tu. Kalau dia boleh konsisten minum 10ml 2 kali sehari confirm banyak kilo boleh hilang ni. hehehe

Selain ingredient dalam mamamuda juice ada asam keping terdapat lagi 12 jenis herba terpilih semuanya.

1. Delima
2. Kurma
3. Halia
4. Kunyit
5. Kolegen
6. Garcinia Cambogia
7. Lobata
8. Mirifica
9. Mascotek
10. Akar Serapat
11. Kacip Fatimah
12. Manjakani

mm-juice

aum.. aum.. Ini herba-herba banyak mengancam ohh.. Barangsiapa wanita yang mengamalkan Mama Muda Juice bakal berisiko mendapat result yang mampat, sendat, tengang, ketat dan mantop. Untuk yang dah berkhawin harap bertabah la ye tetiba kalau suami puan tak lepas gengagaman dalam satu malam tu.. hehehe

Neyra ni belum kahwin lagi, so aku tak tahu apa result yang mampat sendat, tengang, ketat, mantop apa bagai tu.. hahaha. Nak tanya, soalan sensitif pulak.

Satu lagi sebab aku bagi Neyra ni minum Mama Muda Juice adalah tahap kesibukkan dia sampai lupa nak makan. Daripada pagi sampai petang bawak ke malam pun tak makan-makan. Tidur perut kosong.  Aku risau betul kalau seharian dia ni tak makan langsung. Sampai satu tahap aku nak ambik sudu terus suap makanan kalau ada depan mata dia.

Sebabkan aku tak boleh nak terus suap terus ke mulut dia, aku bagi dia sebotol MM Juice untuk dia minum 10ml sesudu pagi dan sesudu sebelum tidur. Dalam MM Juice ni ada kurma, buah-buahan yang tinggi kandungan gula dan mudah ditukarkan menjadi tenaga segera. Jadi, sangat baik untuk Neyra, kalau terlupa nak makan sekali pun ada sumber yang dapat membekalkan tenaga mencukupi sepanjang hari.

Sembang banyak pun tak guna, tembak pun tara kena, baca panjang-panjang lebar kalau tak tau dekat mana nak beli pun buat apa. Menyakitkan hati je! Lagi-lagi untuk akak akak dekat luar sana yang nak kasi mampat, sendat, tengang, ketat dan mantop. hehehe. Sabar ye akak-akak, kesian dekat abang abang nya, nanti bermadu pulak akak – akak.

harga-promosi-mama-muda-juice

Khas untuk akak-akak yang sedang baca blog saya ni untuk 10 pembaca terawal je tau guna promo code

Whatsapp : MMHalim ke 012-3547392 dapat harga promo 2 botol RM150 je. Kalau beli tanpa promo code MMHalim harga jadi lain mahal sikit la 1 BOTOL RM99 , 2 BOTOL RM198, Tapi kalau akak akak beli 2 botol dengan code promosi akak akak hanya perlu bayar RM150 je.

JIMAT RM48 AKAK OIII!!!

Ulangan sekali lagi, baca baik-baik untuk dapatkan harga diskaun gila-gila..

Whatsapp : MMHalim ke 012-3547392

PROMOSI KOD EXPIRED PADA 30 NOVEMBER 2016. Lambat grab melepas akak-akak nak dapat dengan harga promosi.

Info lanjut pasal produk boleh baca di laman web Mama Muda Juice. Ok?
Facebook : MM Juice

632 total views, 1 views today