Cara Pergi One City Skypark

One City Skypark

Saya ada dapat satu jemputan pembukaan besar-besaran One City Skypark yang terletak di Subang Jaya. Memandang ini pertama kali saya ke sana, sudah semestiya saya membuat carian google terlebih dahulu cara pergi One City Skypark ini. Saya cari cara nak pergi One City dengan menggunakan bas atau public transport yang lain. Ternyata hampa! belum banyak info lagi tentang One City di carian google. Mungkin masih kurang orang menulis atau mengenal tempat ini.

Tapi tak apa saya tunjuk kan pada korang cara saya pergi One City Skypark masa pembukaan diorang 23hb yang lepas. Kalau korang biasa pergi IKEA atau Ikano kat Damansara Utama tu ada la juga bas shuttle percuma yang disediakan dari LRT Kelana Jaya. Tapi saya rasa One City belum sediakan bas shuttle lagi ni. So, saya ambil keputusan naik KTM dan berhenti di station Subang Jaya. Kalau train tempat korang tak ada laluan ke Pelabuhan Klang korang naik je train tu nanti tukar train ke KL Sentral. Tu tips nak naik KTM apa-apa pun just ingat KL Sentral adalah center penghubung ke laluan-laluan lain. Ok! sesudah saya sampai di station Subang Jaya saya ambil teksi terus ke One City Park. Kalau bernasib baik ada teksi, tak ada korang boleh booking guna myteksi nanti ada teksi datang jemput korang. Atau kalau rajin korang menapak sikit pergi kat Subang Prade atau AEON Big yang baru buka tunggu teksi kat situ. Tambang cuma sekitar RM11-15 je. Bas rasanya belum ada lagi ke sana.

Pembukaan Besar-Besaran One City Skypark

Cuba bayangkan di tengah-tengah bandar Subang Jaya bangunan 16 tingkat, tingkat 10 diaorang buat port baik punya atas bumbung. Daripada atas nampak gayat memandang ke bawah. Sebab apa saya kata gayat? Sebab tempat yang kita memijak tu bumbung kaca. Pergh! seriau dibuatnya. Hati-hati masa melangkah tu.

Apa yang menariknya Rooftop One City Skypark?

Apa yang menarik nya? Boleh saya kata kan antara rooftop terbesar di Malaysia yang mempunyai tempat makan, lepak dan santai. Banyak pilihan makanan yang terdapat di Skypark ini, korang boleh singgah masuk daripada masakan international, Thailand dan Korea. Jangan ingat makan je. Rooftop ini juga ada bermacam aktiviti yang boleh buat seperti permainan bidikan panah, kemudahan meja pool, live band, muzik serta gathering.

Saya kongsikan gambar-gambar menarik kami (blogger dan media) semasa majlis pembukaan One City Skypark di bawah.. Enjoy!

Blogger - One City

Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs by deHouse
Mediterranean Caesar Salad with Quail Eggs by deHouse
Prawn and Fish Cake Combo by Khrua Thai
Prawn and Fish Cake Combo by Khrua Thai
Korean Fried Chicken by Hongdae-Mun
Korean Fried Chicken by Hongdae-Mun
Charcoal Barbeque Lamb by Hongdae-Mun
Charcoal Barbeque Lamb by Hongdae-Mun
Spaghetti Aglio é Olio Vongole (Clam) by deHouse
Spaghetti Aglio é Olio Vongole (Clam) by deHouse
Wild Mint Temptation by The Voice
Wild Mint Temptation by The Voice
Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream by MasterRoom
Chocolate Cake with Vanilla Ice Cream by MasterRoom

Amacam? Menarik tertarik da Bomb tak? Nampak sedap kan makanan-makanan tu.. hehehe

Korang kena la datang sini cuba try makan sedap punya…

Jom tengok gambar kitaorang disekitar Rooftop pulak..

Elly Raja Lawak
Elly Raja Lawak pun ada!
Gayat ke bro?
Gayat ke bro?
Steady Je..
Steady Je..
Amoi! u tak gayat ke tengok bawah tu..!
Amoi! u tak gayat ke tengok bawah tu..!

Dah tu ja.. Lepas ni hujung minggu korang plan datang One City Skypark pula ya.. Saya sertakan sekali alamat untuk memudahkan korang datang sini.

RF01-RF06, Roof Top, Sky Park One City, Jalan USJ 25/1A,
Subang Jaya
Facebook : The Sky
Twitter : theskymy
Instgram : theskymy

(75)

8,651 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • naik bas ke skypark one dari shah alam
Jom Serbu Karnival Karangkraf 2015
Ayamas Perkenal Menu Citarasa Jepun - Oishii Roaster

8 Replies to “Cara Pergi One City Skypark”

  1. Wah amoi emily pum ada. Haha

    Dekat sgt ngn rumah saya di seksyen 28 shah alam. Senang skrg nk tgk wayang. Gym pn saya register sni ja. Heheh

  2. Pernah pergi 2 kali event kat sini – gigih naik motor dari umah ( salak tinggi , sepang ) … apa yang rasa macam best kat sini sebab orang tak crowd sangat dan panggung wayang dia pun best……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge