Cara Nak Pergi Ampang Point

Saya pengguna tegar pengangkutan awam. Tak LRT, mesti naik bas atau KTM. Kalau dah terdesak sangat dah lambat naik teksi. Saya ni susah nak ingat naik bas nombor berapa. Bukan apa kadang-kadang tu buat tak endah dgn alasan ala esok boleh cari lain, tapi kemudiannya tak ingat. Dah selalu naik baru ingat, macam kena set dalam otak.

Ok kali ni ingat bas nombor berapa

Baru memori tu disimpan. Kalau tak memori ibarat cache persinggahan sebentar. Lepas tu delete hahahaha.

Kebetulan saya ada meeting di ampang point so saya nak ingat siap-siap, tapi kali ni cara saya ingat saya tulis siap-siap dalam blog. Esok-esok kalau terlupa boleh cari balik bas apa pergi Ampang Point kan? Orang lain pun boleh dapat manfaat cara naik bas pergi Ampang Point.

Ok macam ini, daripada rumah saya naik bas berhenti Masjid Jamek. Kat Masjid Jamek pula ambil train LRT Kelana Jaya Line turun station Ampang Park tambang RM1.60 je. Keluar daripada pintu gate station ambil jalan kanan iaitu jalan keluar ke tempat tunggu bas. Ok sekarang saya tak tahu nak naik bas yang mana satu, dah la lambat nak pergi meeting dengan client tunggu bas lagi jalan jem rasa macam nak tahan teksi je tapi risau meter mencanak-canak, jalan Ampang ni memang jem teruk waktu orang balik kerja pula tu.

Sabar punya sabar, nampak bas Rapid KL no U29 pergi Ampang Point, apalagi terus naik tanya tambang berapa. tambang bas ke Ampang Point RM1 je. Laluan bas rapidkl u29 ni dari Taman Mulia Jaya, Ampang ke Jalan Hang Lekiu ada lalu Ampang Point dan KLCC.

RapidKL U29

Dalam twitter Rapid KL ada juga info bas-bas nombor U22 U28 U29 U30 U332 ke Ampang Point dari Ampang Park

twitter rapidkl

Ok lepas ni kalau saya terlupa cara nak pergi Ampang Point boleh la saya bukak blog sendiri dan baca semula. hahahaha

Lebih banyak info-info pengangkutan awam saya nak tulis blog siap-siap. Bukan apa bagi senang nak buat rujukan diri sendiri dan orang lain juga, kan.

Semoga bermanfaat dan selamat menuju ke destinasi korang, iaitu AMPANG POINT.

11,641 total views, 5 views today

Incoming search terms:

  • ampang point public transpot
  • bagaimana cara kita nak pergi ampang park dari kluang
  • bas ke tesco ampang
  • lrt from kl sentral to ampang point
  • lrt ke ampang point
Hot Balloon Putrajaya 2015

6 Replies to “Cara Nak Pergi Ampang Point”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge