Cara Bayar Unifi Online

Aku ada pasang internet unifi dekat rumah. 5mbps je pon. Awal-awal dulu pasang memang berdesup perginya. Sekarang adoi kekadang semput. Aktiviti-aktiviti download memang jarang aku buat. Aku semak dekat wifi setting, pegunaan wifi aku 60 hari lepas 150.69gb. Ok ke tak? Bila dibahagikan kepada 2 bulan maknanya lebih kurang 75.35gb sebulan juga la aku pakai. Dekat rumah ni yang guna wifi connect dengan laptop aku seorang je. Yang lain-lain guna smartphone.

Cerita pasal unifi ni, aku suka himpun bill sampai 3 bulan. Cukup 3 bulan baru bayar. Kekadang terlajak dah potong baru bayar.  Padan muka kena denda RM10. Hahaha

Aku tak ada masa nak p bayar bill dekat kiosk unifi ni. Biasa aku pergi bayar dekat Jalan TAR tu. Bukan aku tak tau ada option yang boleh bayar bill unifi online. Tapi entahlah aku risau tak deliver je atau jadi apa-apa masalah aku tak ada bukti nak tunjuk. Sekali bayar RM300-400 tetiba tak deliver memang leceh kerja.

Walaumacam mana pun, apa yang kita buat tetap ada risikonya. Dekat bawah ni aku tulis cara nak bayar bil unifi secara online. Terdapat 2 option yang aku tahu kalau korang tahu ada cara lain juga nanti komen dekat bawah ok!

Option 1 : Bayar bil unifi guna maybank2u

1. Quick Link – Bill Payment – Klik Go

m2u

2. Make a one-off payment.

m2u bill pay

3. Klik Utilities.

utilites bill

4. Pilih Telekom Malaysia Berhad Unifi.

Telekom Malaysia Berhad - Unifi Bill

5. Masuk kan akaun number Unifi. Isi jumlah yang nak dibayar Request TAC & Done.

BTW, baru kejap tadi aku bayar bill unifi tapi aku guna cara bayar TM Payment Gateway lagi mudah. Korang just ikut je step2 ni.

1. Login ke mytm.tm.com.my. (occ.unifi.my) dah tukar ke laman web baru yang ni.
2. Quicklinks, tekan bills.
3. Masukkan jumlah yang nak bayar
4. Pilih nak bayar dengan cara apa?RHB EBANKING, CREDIT CARD, MAYBANK2U atau CIMBCLICKS.
5. Aku bayar guna CIMBCLIKS
6. Klik Here to Proceed, nanti keluar satu popup cimbcliks. (Login dan Request TAC)
7. Done!

Senang je kan? Aku harap korang dapat apa yang aku sampaikan ni. Kalau ada yang pening-pening lalat, jangan malu-malu komen di bawah ya. Aku cuba tolong bagi faham kalau kot-kot ada yang tak faham.

Nota : Pembayaran TM Payment Gateway telah berjaya. Lega lepas ni bayar online je.

(59)

4,882 total views, 2 views today

Pemandu Bas yang Panas Baran
Kempen #taknakseludup Hari Tanpa Tembakau

10 Comments on "Cara Bayar Unifi Online"

  1. macam orang tua plak risau tak sampai…aahaa..:P

  2. ak klu bill semua buat SI pki kad kredit
    Uncle Zuan recently posted…Kenapa Ulang Alik? Kenapa Tak Sewa Kat KL je? My Profile

  3. Memang selalu guna maybank2u ja..payah nak ke sana buat payment dengab anak kecil..

  4. haha… aku pun sekarang ni bayar online je. malas dah nak pergi beratur tuk bayar bil walapun TM dekat je.
    Mohd Rasul recently posted…Kisah Kejayaan Pengasas Butik Bella AmmaraMy Profile

  5. Ok dah tu bayar 3 bulan sekali. Asalkan bayar.

  6. terbaik jugak tutorial nie…bleh praktikan untuk tm unifi

  7. Assalamualaikum sahabat.. Maaf kawan nak tanya.. Betul ke kumpul bil 2-3 bulan baru bayar? Bukan kalo lewat sebulan je dah kena potong ke? Mohon pengesahan ya.. Sebab bil2 utiliti memang kawan kumpul 2-3 bulan sekali baru bayar.. Kalo bil unifi pon boleh, alhamdulillah.. hehe

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!