Candy Buffet Sukelettew

sweet moments

Pada entri kali ini, saya ingin berkongsi rasa gembira dan bangga saya apabila melihat rakan blogger Nurfarhana Chek Saat blogger yang saya kenal pada tahun lepas. Sejak kenal dengan Fana, dia mula mengikuti event-event yang dianjurkan oleh saya walaupun kadang-kadang tak dapat join event sibuk bekerja. Tapi kali ini saya pula datang ke event Mini Launching Sukelettew untuk memeriahkan serta memberi sokongan kepada rakan blogger saya ini Fana dalam memulakan perniagaan candy buffet.

Majlis diadakan di tempat yang menarik dan santai iaitu Taman Tasik Perdana, angin tiup pelahan-pelahan memberi sedikit lega cuaca yang panas pada haritu. Walaupun saya datang naik KTM turun di KL Sentral kemudian naik bas percuma GO KL berhenti dekat Muzium Negara lepas tu jalan masuk ikut pintu belakang Taman Tasik Perdana. Gigih ni datang nak bagi sokongan dekat kawan-kawan.

Sebelum kita bercerita jauh lagi.. Apa benda ya Candy Buffet ni? Mesti korang tertanya-tanya kan.?

muffin

Maksud Candy Buffet?
Hidangan manisan yang disediakan secara di banyak di atas meja khas seperti gula-gula, coklat, lolipop, marshmallow, buahan-buahan yang disaluti coklat dan juga bermacam-macam lagi mengikut tema yang menarik.

Idea Bisnes Sukelettew
Sukelettew Candy merupakan idea asal oleh Nana Lokman bersama rakan sekolahnya Nita Rashid. Keinginan serta minat yang mendalam dalam bidang menghasilkan candy buffet membuatkan mereka berdua berkongsi modal yang sedikit untuk memulakan perjalanan perniagaan ini. Ditubuhkan secara kecil-kecilan melalui Instagram pada September tahun lepas, usaha mereka berhasil apabila ada follower Instagram yang sudi memberikan kepercayaan untuk mengadakan Majlis Aqiqah untuk anak sulungnya. Kebetulan pula Fana ini seorang blogger yang mempunyai pengaruh di social media dan blog, rakannya Nana Lokman dan Nita Rashid telah menjemput Fana bersama-sama mengembangkan bisnes candy buffet ini supaya dapat sama-sama beri sumbangan idea untuk lebih maju.

Servis daripada Sukelettew Candy :
– Menyediakan servis konsultan untuk majlis
– Surprise Delivery Service
– Birthday Party
– Baby Shower
– Candy Buffet
– Goodies
– Sewaan Props untuk photoshoot @ majlis

Misi dan Objektif :
Saya suka misi dan objektif mereka dalam membantu pelanggan yang ingin memberikan kejutan
kepada insan tersayang dengan bajet paling minima, servis yang murah namun pelanggan puas hati demi menggembirakan hati insan tersayang. Tentang bajet keputusan daripada segi harga kepada pelanggan mengikut bajet kemudian team sukelettew akan berusaha sediakan. Jangan bimbang, saya difahamkan pihak sukelettew tidak memilih pelanggan golongan yang sudah bekerja sahaja, malahan adik-adik sekolah yang ingin kan mengadakan jamuan kelas juga turut dialu-alukan.

candy blogger

Itulah sedikit sebanyak tentang bisnes yang baru diceburi oleh rakan blogger. Didoakan semoga berjaya dan sukses selalu.

Untuk tempahan lanjut : Layari Instagram Sukelettew Candy
Hubungi : 01112848665 (Nana Lokman) 0174342950 (Fana)

p/s : btw tertunggu juga birthday kita 26 April lepas kot-kot ada kejutan ke..? hehe tapi malangnya tak ada. Sebab sibuk pada masa tu ada photoshoot Hai Blogger! dan Fana pulak terkejar-kejar ada event lain. Dah pesan awal-awal kalau rushing tak payah datang.. Bagi je alasan ada urusan keluarga, tak gitu? ehem…

(14)

1,921 total views, 1 views today

Siri Jelajah Merdeka Aeon Akar Kita Zapin 2015
Moringga Plus Superfood

3 Replies to “Candy Buffet Sukelettew”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge