Buka Puasa Citarasa Makanan Arab

Sebelum ini saya ada share kedai makan menu western dan asia terletak di Kajang, kali ini saya nak bawa korang makan di restoran arab pula. Ada beberapa buah kedai makanan arab saya dah cuba makan tapi serius cakap tak sebest restoran masakan arab yang terletak tak berapa jauh dengan office dan studio iaitu di Alam Damai, Cheras.

Apa yang bestnya makanan disini dihidangkan dalam talam je. Memang kena la bulan puasa ni datang ramai-ramai makan dalam satu talam je. Dalam satu talam punya la banyak, confirm puas hati. Ada 9 set nasi arab kesemuanya. Dalam set ada ayam dengan kambing, memang ngam la dengan selera! Setiap set yang membezakan cuma jumlah ayam dalam nasi arab, ayam seekor ke, ayam separuh atau ayam ketul.

Nasi Arab Sedap Di KL

kambing golek

Ada satu lagi benda best. Roti John dia, tak pernah lagi  makan roti john semeriah macam ini siap ada balut belah luar dengan telur, banyak isi pula tu.

roti john sedap di kuala lumpur

Oh lupa nak bagitau masa ini iftar bersama blogger-blogger yang lain dekat D’Arab Station Arab, restoran masakan arab dan juga western. Korang kalau nak plan berbuka dekat sini pastikan tempah awal-awal nya. Alamat ada letak dekat bawah.

Buffet Ramadhan D’Arab Station

Buffet Ramadan. Antara menu yang ada Nasi Arab Kambing dan Ayam, Kebab Ayam/Daging, Falafel Ayam/Daging, Kambing golek, Kambing/Ayam bakar, Roti John dan Dessert.

Harga:
RM50 (dewasa)
RM25 (Kanak-kanak/Warga emas)

Secara keseluruhan saya berpuas hati makan di D’Arab Station, next time boleh datang makan lagi sini. Senang la dah ada port kedai arab dekat. hehehe

iftar d arab station

Facebook D’Arab Station | Instagram D’Arab Station

Alamat:
No.36, Jalan Damai Raya 2,
Alam Damai, 56000 Cheras, Kuala Lumpur

No telefon:
03 9108 3331
013 848 1014
013 844 1014

700 total views, 1 views today

Iftar Hai Blogger! Tahun Ketiga Di Kantan Hotplate
Nak Rekemen Datang Makan di Kantan Hotplate Kajang

One Reply to “Buka Puasa Citarasa Makanan Arab”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge