Budaya Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz

 

wisma rizq sg ramal kajang

Hari itu kecoh-kecoh viral dekat facebook pasal satu sekolah tahfiz dekat Sungai Ramal, Kajang. Apa yang nak dikecoh pun tak tahu la! Kata mahal la apa la, sekolah tahfiz buat biasa-biasa je dah la. Meh! sini nak bagitau nah, aku sendiri dah pergi tengok sekolah tahfiz tu memang padan la harga, ini macam punya taraf antarabangsa bak hang! Bukan sekolah biasa-biasa yang ada subsidi kerajaan tu. Ikut kan sekolah antarabangsa sendiri lagi mahal.

rizq islamice school kajang

rizq islamice school kajang

 

rizq-islamic-school-inside

Fasiliti sekolah yang disediakan ada Auditorium, Dewan, Bilik Permainan, Padang Bola, Gimnasium, Playroom, Makmal Komputer dan Sains, Bilik Senireka, Surau, Student and Teacher’s Lounge dan banyak lagi kemudahan asas yang lain-lain. Daripada budak-budak tak suka datang sekolah jadi seronok untuk datang sekolah akan jatuh cinta dengan konsep yang diketengahkan. Warna-warni, moden, sesuatu yang segar lain daripada sekolah biasa.

Aku rasa kagum dengan usaha 3 orang nak muda ini  diasaskan oleh Abdullah Firdaus, Dr Shiefa,  Mohd Aizzat dan Khairul Azwan yang cuba untuk menerapkan satu kaedah pembelajaran dari negara Finland. Korang search google dan tengok macam mana cara pembelajaran Finland yang unik dan berbeza supaya budak-budak tak bosan bila berada dalam kelas.

rizq-islamic-school

Sekolah tahfiz mana ni? Sekolah tahfiz dekat sg ramal tu agak banyak juga aku tengok. Yang aku maksudkan Rizq Islamic School. Apa yang aku tahu sekolah ini dah dapat kelulusan dan sokongan sepenuhnya daripada pihak Kementerian Pendidikan.

Pada aku, bila sesebuah sekolah tahfiz seperti ini diwujudkan lepas ini mungkin boleh jadi budaya ibu bapa untuk hantar anak-anak ke sekolah tahfiz yang bersistem. Sebab apa aku tengok ada je mak ayah yang hantar anak sekolah kebangsaan pagi lepas tu petang sekolah agama pula. Lebih baik terus hantar ke Rizq Islamic School je, mata pelajaran kebangsaan pun diajar dan agama pun ada, lebih lagi pelajaran yang menarik diterapkan.

rizq islamice school kajang

Ibu bapa yang nak kan anak-anak dia belajar Hafalan Al-Quran, Ilmu Falak, Astronomi Islam dan Robotik dah boleh berbincang suami isteri untuk kemasukkan awalan batch pertama untuk sesi sekolah 2017 ke Rizq Islamic School.

Wisma RIZQ
Lot.1456-2 Jalan Cempaka Off Jalan Teratai,
Kampung Sungai Ramal Dalam,
43000 Kajang, Selangor

Tel : 03-89120447
Whatsapp : 018-9611615
http://rizq.edu.my

(9)

1,360 total views, 1 views today

Sebab Sebab Kena Datang Korean Fair
Blogger Pecah Peluh Diacara Permainan Tradisional Lengit Guligeng

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge