Bro Char Kuey Teow Tanjung Malim

Jika dibuat peraduan teka dan menang nescaya ramai yang dapat jawab. Siapa yang tak kenal blogger yang mempunyai identiti pakai topi sudu, berspek mata dan kuat selfie dengan awek-awek cun blogger. Tak lain tak bukan tuan empunya badan yang dimaksud adalah Bro Framestone.

Buat rakan-rakan blogger yang belum tahu lagi, sekarang Bro Framestone dah berniaga Char Kuey Teow. Bro buka gerai di Tanjung Malim. Rasanya dah 4 minggu beroperasi. Saya tengok kemain rancak lagi bro berniaga Char Kuey Teow. Saya, Uncle Zuan, Iena Eliena plan untuk terjah Bro Char Kuey Teow dari KL ke Tanjung Malim dengan menaiki tren ERL GOLD. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam dari stesen KL Sentral. Tak terasa sangat perjalanan, tau-tau dah sampai.

Masa kami sampai dalam pukul 5.00 petang gerai Bro Char Kuey Teow belum buka lagi, sementara kami menunggu gerai buka kami order air dulu di Lampuneon Cafe. Gerai bro ni terletak di tapak sebelah Lampuneon Cafe, so nak order air kena order dekat Lampuneon Cafe. 

  Sementara nak tunggu makanan. Kita minum dulu. Air milk shake m&m @lampuneoncafe #HBTravel #HBMakan #HaiBlogger #HalimBrothersDotCom   A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Berapi-api bro tengah siapkan order Char Kuey Teow Kitaorang!

Siap! Char Kuey Teow kitaorang. Ada udang galah bersaiz kecil, kerang dan telur. Tak sangka Bro Framestone pandai masak sesedap ini.! Tak rugi korang cuba. Orang KL sangup dari jauh datang redah apatah lagi orang-orang dekat Tanjung Malim tu kan.

Char Kuey Teow Sedap Tanjung Malim
Menyelerakan…

Buat kawan-kawan blogger yang nak rasa keenakan Bro Char Kuey Teow, ini petunjuk buat korang.

Lampuneon Cafe, Tg Malim…. Berdekatan dengan KTM Tg Malim & Elite Futsal.

Waktu Operasi Isnin – Jumaat (5.00pm – 10.30pm)

Instagram : Bro Char Kuey Teow

Selesai kitaorang menikmati char kuey teow kami pulang dengan carpool bersama blogger Eazy Izzuddin pulang ke Kuala Lumpur. Begitulah kisahnya kami pulang dengan selamat selepas meredah gerai Bro Char Kuey Teow. Kitaorang sudah korang bila lagi? 😀

2,351 total views, 1 views today

Makan Steamboat Sampai Kenyang di Melaka
KL Sentral 2015

9 Replies to “Bro Char Kuey Teow Tanjung Malim”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge