Bosan Baca Blog Kau, Skema Sangat!

kreatif

Aku fikir nak ubah cara penulisan blog aku ni. Aku nak tulis dengan lebih santai, padat dan lebih dekat dengan pembaca. Penulisan cara skema menghadkan¬†kreativiti aku. Aku tak nak orang bosan baca blog aku. Kalau korang rasa bosan baca blog aku, bagitau aku tang mana bosan. Aku cuba buat kau tak bosan. Kalau bosan gak pergi mereput kau kat sana. Hahaha…

Tajuk blog aku ini pun “Menulis Untuk Berkongsi” tapi aku kurang berkongsi, aku banyak menulis tentang event yang aku pergi. Lepas ni apa benda menarik aku terus post. Tak nak lenggah-lenggah, karang lenggah-lenggah benda dah jadi sejuk. Benda dah sejuk dah tak best dah nak tulis.

Aku menulis blog sepenuh masa, aku tak ada kerja lain. Dalam diam tak diam dah 3 tahun berblog, ikut kan pada usia 3 tahun manusia ni masih baby lagi. Aku kena fokus dengan content-content dalam blog yang sentiasa di update, ni tak leka dengan facebook. Kang jumpa video best play kejap, jumpa status best balas jap lah lepas tu kelaut. Aku jenis suka mencuba benda-benda baru tu tidur selalu lewat. Rugi dalam masa 3 tahun hasil kurang memberangsangkan.

Blog ini banyak nak kena kemaskini balik ni. Target aku nak blog ni capai 2k uv sehari. Apa pun aku hari ini aku happy gila, komen aku masuk dalam Majalah Mingguan Wanita. Komen berkenaan blogger gak. Nanti aku update.. hahahaha

Mingguan Wanita kau…..

(4)

1,601 total views, 1 views today

MATTA Fair PWTC 2015
Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia

5 Comments on "Bosan Baca Blog Kau, Skema Sangat!"

  1. Betul tu… Tak semua orang suka baca blog yang mengandungi hasil tulisan Skema.. Tapi untuk blog saya, saya terpaksa menulis sebegitu atas sebab yang tersendiri… Walau apa pun niat kita tetap sama… Iaitu berkongsi informasi secara online kepada pembaca…
    Anuar recently posted…Top 10 Affiliate Klikjer dan Top 10 Produk Terlaris Klikjer untuk Bulan Februari 2015My Profile

  2. lain orang lain citarasa dia kan.

  3. betul tu santai lagi best dan yang penting banyak info leh rujuk
    iuzira recently posted…iprice cara nak jimat dengan shopping onlineMy Profile

  4. Assalamualaikum halim.. betul, kalau skema2 ni orang tak berapa nak best baca. hehehe pasni update lebih santai tau walaupun event2 atau produk review ~~~

  5. aku tibai jer “aku kau” dalam blog. Kalau nak baja, silakan, xnk sudah.. bukannya aku tulis sebab suruh org baca.
    cik amal recently posted…5 perkara unik tentang JepunMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!