Bloggers Award 2014

bloggers award

Yang dinanti-nantikan. Sebuah penghargaan kepada penulis blog terbaik “Food Review Pak John Steamboat & BBQ“. Contest yang dibuat pada Majlis Iftar Ramadhan 2014 Pak John Steamboat BBQ bersama Blogger pada bulan Julai yang lepas. Bloggers Award ini yang sepatutnya berlangsung pada 4 September ditunda kepada 23 September tidak lama lagi. Para peserta diwajibkan hadir kerana pada event ini kami akan mengumumkan siapakah top 3 winner yang akan membawa pulang wang tunai sebanyak…

Pemenang Pertama : RM1500
Pemenang Kedua : RM1000
Pemenang Ketiga RM500

Agak sukar untuk kami memilih pemenang kerana kami melihat penulisan anda lengkap menepati syarat, terbaik dan gambar-gambar yang dikongsikan semasa suasana di Pak John Steamboat BBQ cawangan eCurve yang cantik dan berkualiti. Oleh itu kami buat keputusan untuk tambah seorang lagi pemenang sebagai “Special Winner“. Jika anda merasakan anda tidak berpeluang menang hadiah tempat pertama,kedua atau ketiga, jangan risau kerana masih ada hadiah untuk Special Winner. Tambahan pula semua peserta akan membawa pulang kupon makan percuma di Pak John Steamboat BBQ.

Sijil Penghargaan

Kami di Hai Blogger! dan Pak John Steamboat BBQ menghargai anda semua (blogger) kerana sudi menyokong Hai Blogger! dan Pak John Steamboat oleh itu semua blogger akan mendapat Sijil Penghargaan “Dengan Pujian Terbaik” daripada Hai Blogger! dan Pak John Steamboat BBQ. Turut disediakan cenderahati Button Badge daripada Hai Blogger!

Hai Blogger! Button Badge

Blogger Icon.

Sesuatu yang istimewa pada Bloggers Award yang akan berlangsung tidak lama lagi, kami ingin mengetengah 2 orang Blogger Icon. Kami menampilkan seorang vlogger dan food blogger. Pada sesi blogger icon ini, mereka akan memperkenal diri dan berkongsi pengalaman niche bidang yang mereka ceburi dalam industri blogger Malaysia.

1. Vlogger Geng #Cubatry  :  Azfar – Youtuber

Azfar - Geng Cubatry'

2. Food Blogger : Ishak Ismail – eXplorasa.my

Ishak Ismail - eXplorasaa

Media Partner

Turut membantu untuk menjayakan event Bloggers Award ini, rakan media kami Exbuzz Media, Voxscape Studio & eXplorasa.

1. Exbuzz Media

exbuzz media

 

Exbuzz Media yang merupakan Media Digital dimana setiap informasi boleh didapati di hujung jari anda. Exbuzz media juga mempunyai tenaga kerja photographer professional oleh itu saya menjemput exbuzz media berkolaborasi untuk mengambil gambar pada event Bloggers Award ini. So siap sedia gambar anda di candidkan.

2. Voxscape Studio

voxscape

Voxscape  adalah satu jenama bebas dalam industri muzik yang mengekalkan keaslian idea-idea segar dan baru serta menguruskan artis-artis youtube baru meningkat. Untuk memeriah event Bloggers Award ini voxscape turut mempersembahkan 2 orang artis youtuber di bawah pengurusan mereka secara akustik. Iaitu Azhar Mustapa dan Razak A’ai

azhar mustapa
Azhar Mustapa
Razak A'ai
Razak A’ai

3. eXplorasa

eXplorasa
eXploration | eXperience | eXpression

eXplorasa sebuah blog yang fokus kepada niche makanan,travel dan memberi pendapat tersendiri didalam niche yang dipilih. Berpengalaman dalam memberi ulasan makanan yang dirasa. Pada event ini, kiranya blog eXplorasa dapat memberi sikit sebanyak ulasan pengalaman makan steamboat di Pak John Steamboat & BBQ,

Shazreen Fazlynda

Siapa tidak kenal Shazreen Fazlynda? Vlogger yang fomous di youtube dengan video Ragam Muka Buku viral di facebook tahun lalu. Saya telah menjemput Shazreen Fazlynda untuk bersama-sama di dalam Bloggers Award untuk beramah mesra dengan blogger-blogger yang lain. Untuk yang nak berjumpa dan berselfie dengan Shazreen Fazlynda pastikan anda hadir ke event Bloggers Award ini. (Shazreen Fazlynda sporting orang nya)

Shazreen Fazlynda

Lokasi Event Bloggers Award

Untuk pengetahuan semua, Pak John Steamboat BBQ mempunyai 2 cawangan iaitu di eCurve Mutiara Damansara dan Wangsa Walk Wangsa Maju. Event kali ini diadakan di Wangsa Walk Wangsa Maju. Kenapa kami memilih lokasi Wangsa Walk? Kerana kami hendak memperkenal satu lagi cawangan Pak John Steamboat BBQ yang boleh anda nikmati steamboat terbaik di Wangsa Maju dan kawasan berdekatan. Pak John Steamboat Wangsa Walk

Siapakah agak nya blogger yang akan memenangi Tempat Pertama, Kedua dan Ketiga? Yang itu, kena datang pada Majlis Penyampaian hadiah..

Bloggers Awards 2014 Pak John
Tarikh : 23 September 2014
Masa : 6pm – 10pm
Lokasi :
Restaurant Pak John Steamboat & Yong Tao Foo
Wangsa Walk Mall
Lot GL-02 & FL-02, Wangsa Walk Mall, Wangsa Avenue No. 9, Jalan Wangsa Perdana 1, Bandar Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur

————

Event Bloggers Award ini dianjurkan oleh Kelab Komuniti Hai Blogger!
Ditaja oleh : Pak John Steamboat & BBQ
Rakan Media : Exbuzz Media, Voxscape Studio & eXplorasa

10,130 total views, 1 views today

Penghargaan Buat Blogger - Bloggers Award 2014
Kuala Lumpur Photography Festival 2014 - Mid Valley

15 Replies to “Bloggers Award 2014”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge