Blogger Raya @ Tudia! Char Koey Teow

Macam mana dengan raya korang? Balik kampung belah mana? Belah encik abang ke encik akak? hehehe

Tentu meriah kan beraya dekat kampung halaman sendiri. Hari ini dah masuk Syawal yang ketiga belas? Dah puas belum beraya dengan keluarga, saudara mara, & sahabat handai? Jom kita beraya sesama blogger pula.

Untuk tahun ini saya berhajat untuk adakan majlis #BloggerRaya, Alhamdullillah sudah dapat penaja daripada Tudia! Char Koey Teow. Ada rakan-rakan blogger yang sudi nak beraya bersama?

Jika ada yang sudi saya ingin menjemput 25 orang blogger . Sebenarnya saya dah post sejak semalam, sekarang berbaki yang 6 orang lagi. Detailnya seperti di bawah nya.

CKT Raya poster

Blogger Raya @ Tudia Char Koey Teow.
Tarikh : 01/08/2015
Masa : 4.00pm – 8.00pm
Tempat : Warung Bahagia, Putra Height, Subang. (Landmark : Petron Putra Height)
Tema : Pakai baju raya lawo-lawo tau.
Menu : “Char Kuey Teow Special Ketam” , minuman dan buah-buahan.

Terima kasih kepada Tudia Char Koey Teow kerana sudi menaja & akan menyediakan menu istimewa “Char Kuey Teow Special Ketam”

Kenangan ini tidak akan pudar & luput kerana ReezQi Photo/Video Expert akan merakamkan candid kita semua. Terima kasih juga Reezqi Photo/Video Expert.

Bagi memeriahkan majlis #BloggerRaya ini nanti, Sakura Band akan hadir membuat persembahan secara busking. Korang jangan tak tahu pula! Sakura Band merupakan penyanyi lagu OST Bidadari slot akasia tv3 dulu. Ah! untuk korang yang minat dengan lagu OST Bidadari boleh tengok Sakura Band secara live.

Halim? Saya berminat lah nak join #BloggerRaya ni macam mana ek?

Senang je! untuk korang yang nak join #BloggerRaya cepat-cepat PM saya Nama, Email, Blog & Nama IG di facebook saya.

Hashtag rasmi ‪#‎HaiBlogger‬! #BloggerRaya ‪#‎TudiaCharKueyTeow‬ ‪#‎ReezqiCinematography‬‪ #‎SakuraBand‬.

965 total views, 1 views today

Jamuan Hari Raya Famili Ozon Vivie-E Wellness
P1 Omanite Iftar 2015

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge