Blogger Pecah Peluh Diacara Permainan Tradisional Lengit Guligeng

terompah gergasi

Itu la orang ajak keluar pecah peluh tak nak! Duduk depan laptop tekan keyboard sampai pecah kepala. Tengok macam kita orang happy-happy je main permainan tradisional masa Festival Laman Seni, jangan cakap abam tak hajak! hahaha. Dah cakap banyak kali dekat entry Luangkan Hujung Minggu Di Festival Laman Seni 2016 dan Sebab Benda Ini Mengimbau Zaman Kanak-Kanak Aku.

Masa perancangan ada 20 orang pemain dibahagi kepada 4-5 kumpulan, tapi last minutes ada beberapa orang yang cancel tak dapat main sama. Ah! lantak la.. Cukup tak cukup main je.

permainan tradisional terompah gergasi
Terompah Gergasi

So masa petang hujung minggu lepas permainan yang kami main adalah, Terompah Gergasi, Keretapi Gila, Kaki Hantu dan Tuju Tin. Oh! btw aku team  hijau.  Team hijau terdiri daripada blogger Inaa Aina, Iuzira, Aku dan BF Inaa si Yazid. Aku tak tahu apa benda yang kita orang main, lagi-lagi terompah gergasi tu asyik terjatuh je, sekejap angkat kaki kiri sekejap angkat kaki kanan. Mana dah!

permainan tradisional kereta api gila
Kereta Api Gila

Aku pun tak tahu team mana yang menang, tengah sibuk jaga kiosk Ponpon Aiskrim. Tak main sangat yang main pun Terompah Gergasi dan Keretapi Gila. Kaki Hantu panjang tu aku tak lepas-lepas nak jalan, jangan kata nak jalan nak berdiri pun tak lepas. Kejap kejap jatuh. Gagal nak imbang badan hahaha.

permainan tradisional Tuju Tin
Tuju Tin

Permainan tradisional tuju tin pun aku tak main tapi si Neyra pula benda lasak macam ni la dia nak main. Lepas tu balik mengadu ibu jari yang fracture gara-gara melompat jatuh trampoline di event hari itu dilanggar orang terasa sakit. Habis la kena bebel dengan aku.

Last but not least, terima kasih kepada pihak penganjur Guligeng yang telah anjurkan permainan tradisional dengan tema Lengit di Festival Laman Seni. Saya diberitahu acara lengit ini bakal diadakan pada setiap bulan di sekitar Lembah Kelang pada setiap hujung minggu cuti. Tak sia-sia pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melantik syarikat Guligeng untuk menjalankan aktiviti permainan tradisional bagi memeriahkan acara tahunan Festival Laman Seni Shah Alam. Tahniah kepada guligeng kerana sanggup berjuang untuk mermatabatkan permainan tradisional di Malaysia.

Terima Kasih juga kepada Kak Yati bagi tapak untuk aku buat promosi Ponpon Aiskrim. Meriah betul orang Shah Alam makan aiskrim sampai habis wehh.. hahahaha. Kepada yang berminat nak buat tempahan aiskrim secara katering untuk majlis kahwin, sambutan hari jadi, kenduri kendara atau apa sahaja memerlukan aiskrim bagi membasahkan tekak bolleh hubungi saya di 0196600389 tau!..

Mana-mana syarikat yang berminat untuk adakan Acara Hari Keluarga, Acara Korporat nak lain daripada lain nak kan permainan tradisional boleh hubungi

Facebook : www.facebook.com/LengitbyGuligeng
Laman web : www.guligeng.com
Instagram : www.instagram.com/permainan.tradisional.malaysia
No. telefon : 012-2488816 (Puan Yati) / 012-3963875 (En. Rahman)

838 total views, 1 views today

Budaya Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz
Seminar Facebook Percuma

3 Replies to “Blogger Pecah Peluh Diacara Permainan Tradisional Lengit Guligeng”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge