Blogger Diugut Saman Sejuta Ringgit oleh Kolej UNIFIELD

Apa cerita? Apa punca? Sebegini teruk pihak Kolej Unifield menggugut saman seorang blogger bernilai RM1 Juta, disebabkan sebuah entri luahan  hati blogger tersebut yang bertajuk  ” Kolej Unifield bagus ke? “. Entri ini ditaip oleh blogger Jaakecik pada tarikh 22 May 2012. Cuma baru-baru ini blogger tersebut diugut dengan serius untuk disaman RM1 Juta.

Kasihan melihat nya, blogger tersebut mengadu di group Denaihati Network (Klik baca post group) tidak tahan dengan bermacam-macam ugutan dari Kolej tersebut, walaupun ramai blogger-blogger yang beri support moral dan cadangan. Diharap kan blogger Jaakecik tabah hadapi cabaran kali ini. Sebelum ini aku ada beri cadangan jika pihak Kolej Unifield ingin menyaman blogger Jaakecik boleh meminta bantuan SukaGuam.

Sedikit informasi khidmat Sukaguam

Penubuhan Program Sukarelawan Peguam Untuk Semua (SUKAGUAM) mampu membantu golongan yang tidak berkemampuan untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rundingan guaman secara percuma. Pengerusinya, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, penubuhan SUKAGUAM sekaligus dapat memberi pendedahan dan maklumat kepada masyarakat mengenai hal berkaitan perundangan yang tidak diketahui oleh mereka. SukaGuam boleh dihubungi melalui email : sukaguam@gmail.com  atau facebook SukaGuam.

Salah satu insiatif aku untuk membantu blogger Jaakecik aku telah menghantar pesanan pertanyaan melalui facebook SukaGuam. Kita tunggu jawapan dari SukaGuam.

Sukaguam Bantu Blogger diugut saman

Selain daripada ini, aku berharap lebih ramai blogger-blogger otai dan baru memberi sokongan padu dan moral kepada blogger Jaakecik supaya kita sebagai blogger tidak diperlekeh kan oleh pihak-pihak tidak bertanggungjawab.

Untuk lebih lagi informasi konflik Ugutan Saman Kolej Unifield dan Jaakecik boleh baca entri blog Azri Johan

7,560 total views, 2 views today

Pasangan Hidup Saya mesti lah cacat Otot pada bahagian Pipi
Saya Nak Rasa Steamboat M2Cafe

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge