Bijak Wang Dr Niki Shuhada Shukor

Dr Niki Shuhada Shukor

Mengenali Dr Niki Shuhada Shukor tidak merugikan. Apabila kita terfikirkan tentang motivasi dan wang, Dr Niki Shuhada adalah tempat rujukan yang tepat. Saya anak muda, darah muda, agak boros juga so ada masalah uruskan duit for sure kebanyakan orang pun mesti susah nak uruskan duit memasing kan?

Korang search je nama Dr Niki Shuhada Shukor kat youtube, tudia! banyak perkongsian tips-tips bijak wang. Antaranya saya dah mendengar :

Pengurusan Hutang >> http://youtu.be/Usvb4RjQHoY
Ilmu Dalam Pengurusan Kewangan >> http://youtu.be/Lz-1VVR-knk
Perancangan Harta >> http://youtu.be/ZhqU6xYnGw8

Saya sangat syorkan korang dengar 3 rakaman ni di atas. Ilmu yang disampai sangat berguna dalam kehidupan kita menguruskan wang, hutang dan harta.

Siapa Dr Niki Shuhada Shukor?

Merupakan seorang Pakar Motivasi Kewangan, personaliti kewangan dan keusahawanan. Mendapat pengiktirafan Independent Licenced Life Success Consultant (Bob Proctor, USA) sekaligus beliau diangkat sebagai Mentor. Rajin-rajin kan diri mendengar segmen Bijak Wang yang bersiaran secara langsung setiap hari Rabu jam 12.15pm di radio Bernama24.

Soal Jawab Dr Niki

Berkesempatan beramah mesra bersama Dr Niki Shuhada di Kediaman Mewah nya di Bangi, rasa amat mengujakan. Mesra dipanggil sebagai Mummy Niki seorang yang peramah, positif dan bercita-cita tidak lokek berkongsi ilmu bersama kami. Rakan-rakan blogger yang mempunyai kemusykilan dan soalan dijawab oleh Dr Niki dengan baik sekali.

Untuk pengetahuan korang semua, Dr Niki juga telah melibat diri dalam Perunding Kewangan selama 18 tahun di dalam CIMB wealth advisor. Dr Niki akan ajar macam mana nak simpan dan jana wang dengan sebanyak RM200 sebulan. Bab ini saya minat sangat nak menyimpan, duit banyak habis tak tau entah mana pergi. Duit simpanan tak ada, insuran diri pula tak ada. Aduh! masak… Insyallah akan dipermudahkan untuk jadikan dua-dua ini komitmen pelaburan + insuran RM400 sebulan.

Sekaligus program bersama Dr Niki Shuhada ini juga melancarkan Pencarian Pemimpin Abadi untuk membantu sesiapa yang berminat memajukan potensi diri sebagai Perunding Kewangan yang berjaya dan cemerlang dalam kewangan juga kehidupan.

Halim Brothers dan Dr Niki Shuhada

blogger dan dr niki shuhada

Saya mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Niki Shuhada dan keluarga kerana telah menyambut serta melayan kami dengan baik sekali. Insyallah kita jumpa pada Puncak Kejayaan..!

Pada entry seterusnya saya akan ceritakan bagaimana proses menjadi Perunding Kewangan.

————————————-

Gambar terbaik daripada ladang oleh Awesome Member Club Fakhrul Islam & Saya Iday

1,813 total views, 1 views today

Pharmaton Multivitamin Ekstrak Ginseng
Mek Mulung Putera Cahaya Bulan Mati Dibunuh

One Reply to “Bijak Wang Dr Niki Shuhada Shukor”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge