Berniaga Sambil Menderma OMGFest 2014 Di Iktema Resort

Sidang Media OMG Fest
Sidang Media OMG Fest

Oh Must Go Festival menghimpunkan peniaga-peniaga online membuat jualan diskaun kaw-kaw murah! Yang akan diadakan di Iktema Resort & Convention Center selama 3 hari dari 22 – 24 Oktober 2014 sempena cuti perayaan Deepavali. 

OMG Fest dengan kerjasama Iktema Resort & Convention Center menyediakan 100 tapak booth peniaga yang ditempatkan di Dewan Sri Bestari. Yang menariknya, para pengunjung juga yang datang ke festival ini berpeluang bertemu dengan 10 orang artis kegemaran mereka yang turut serta seperti Afdlin Shauki, Nora Danish, Mawar Rashid, Catriona Ross, Aida Khalida, Arja Lee, Bienda, Adam dan ramai lagi.

Festival ini pengunjung boleh datang shopping mula dari pukul 10pagi sehingga 9malam. Terdapat pelbagai barangan yang dijual dengan harga menarik.

Untuk peniaga yang berminat berniaga di festival ini selama 3 hari, size tapak 2 meter x 2 meter diberi bersama kerusi dan meja.

Harga Tapak Normal: RM 500
Harga Tapak Corner : RM 550
Harga Tapak Pool (Makanan basah) : RM 600

Mynexa.my penyedia Hosting Malaysia selaku rakan penaja bersama OMG Venture akan memberi langganan hosting Percuma selama 1 tahun kepada 100 pendaftaran awal.

Saya dimaklumkan juga pemasangan banner & bunting sedang giat dijalankan oleh team OMGFEST, 100 bunting & 20 banner sekitar Shah Alam, Klang dan TTDI. Ini juga bertujuan untuk menarik lebih ramai orang datang ke OMG Fest untuk membeli belah. Setiap hasil jualan peniaga boleh disumbangkan ke tabung derma Palestin.  Tapak niaga cuma tinggal 5 kekosongan sahaja lagi, jika berminat boleh hubungi Whatsapp : 012 426 9280 / 019 279 6275 & Call/sms : 011 2626 1656 / 019 279 6275

omg fest

Turut menarik perhatian pada majlis sidang media yang diadakan, model memperagakan Jubah Sequin daripada koleksi pakaian Nine October dan tudung Siti Murni. Kedua-dua jenama ini Nine October dan Tudung Siti Murni anda semua boleh dapatkan semasa OMG Fest 22 – 24 October di Iktema Resort & Convention Center, Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan, Malaysia  di dalam Dewan Sri Bestari.

Tudung Siti Murni
Jubah Sequin Nine October & Tudung Siti Murni

6,573 total views, 2 views today

Makan Malam Masakan Russia Bersama Kedutaan Russia
Zain Saidin Model Oh My Hot Perfumes

One Reply to “Berniaga Sambil Menderma OMGFest 2014 Di Iktema Resort”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge