Bermalam di Petaling Street

Setiap kali dapat travel trip yang jauh, benda yang aku paling risau adalah bila kena bertolak awal. Awal! Pagi-pagi buta bertolak. Hahaha. Pasal nak packing barang kompom last-last minit baru buat. Itu biasa! hehe. Biasanya aku akan berjaga tak tidur supaya tak terlajak dibuai mimpi.

Haritu dapat jemputan untuk join Damai Laut Food and Fun Hunt 2017. Puas aku mikir, macam mana nak buat ni. Pukul 7 pagi dah nak kena ada dekat Swiss Garden KL. Tepat jam 8.00 pagi flag off semua kereta dilepaskan untuk mula kan food hunt. Aku satu team dengan Abang Fadli, Momi dan Afzal under MYTRAVELLICIOUS.  Aku tanya Abang Fadli, jap untuk pengetahuan korang nama Abang Fadhil memang nama betul dia Abang tau. Bukan sesuka kita orang panggil Abang. haha. Nama Abang ini orang Sarawak Melayu diwarisi daripada sebelah ayah.

Wei macam macam mana ini, pagi-pagi nak kena ada dekat Swiss Garden, takut terbabas tidur je. Diaorang tak ada sediakan bilik ke untuk kita? hehehe – tanya aku.

Jawab Abang,

Ada! tapi hotel lain. Dekat Petaling Street dan Swiss Garden. – jawab Abang.

Aku tanya lagi,

Hotel apa dekat Petaling Street,  Abang?

The 5 Elements Hotel KL. – jawab Abang

Tak kisah la Abang, hotel memana pun janji esoknya kita tak terbabas, kalau terbabas tidur pun tempat dah dekat. Risau pagi-pagi jem je kalau memasing baru keluar rumah. Faham-faham jela KL ni macam mana, hari jumaat pula tu. Jumaat budak sekolah lagi, buat Sabtu, iye jalan dekat KL agak lenggang sikit belah pagi.

the-5-elements-hotel-kl

Cerita dia dapat la 2 bilik Family Room maka bersumbat la kami berlima. Eh! Siapa lagi seorang tadi kata berempat, tiba-tiba jadi 5, siapa lagi seorang? AJ! korang kenal AJ tak? Tak kenal sudah! hahaha. AJ pun sekali bermalam senang esok nak pergi Swiss Garden dah dekat. Satu bilik Abang dengan AJ, satu bilik lagi Aku, Momi dengan Afzal.  Two single beds kitaorang rapatkan kasi besar sikit. At the end! aku tidur bawah je. Hahahaha.

the-5-elements hotel-3-star
View Level 14 – The 5 Elements Hotel KL

Tarikan Berdekatan The 5 Elements Hotel, KL

First! Siapa yang ada outstation dekat KL, aku memang rekemen kan stay dekat hotel ni. Senang, semua dah dekat, LRT, kedai makan, 7 Elevens semua dekat. Yang datang nak melancong lagi la aku rekemen kan sangat-sangat stay The 5 Elements Hotel ni. Banyak gila tempat tarikan pelancangon ada, semua dekat-dekat je dengan hotel ni. Sekitar-sekitar tu boleh jalan kaki ke Petaling Street, Central Market dan Malaysia Heritage Walk. Nak pergi jauh sikit boleh ambil LRT ke KLCC, Bukit Bintang, Pavillion, LOT 10 dan banyak lagi tempat menarik yang boleh akses dengan naik LRT, lagi-lagi sekarang dah ada MRT.

Cari 3 Stars Hotel In Chinatown, Petaling Street?

The 5 Elements Hotel KL  rekemendasi daripada Halim Brothers Dot Com!

Bilik besar, katil selesa, LCD Television,  Shower, Hair Dryer, Iron, Wifi, Complimentary Bath Towels & Toiletries semua serba lengkap disediakan.

Enjoy!

 

 

1,061 total views, 1 views today

Syoknya Bercuti Ke Langkawi

7 Replies to “Bermalam di Petaling Street”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge