Bergathering Bersama Blogger Sambil Nikmati Makanan Sedap

Food Review - Tanah Aina Cafe

Syukur! permulaan tahun 2015 ini saya berjaya mengumpul kira-kira 20 orang blogger sama ada yang otai ataupun blogger yang masih baru lagi pun turut sertai. Saya sendiri pun tak sangka sambutan yang dapat sangat menggalakan. Untuk korang yang mengikuti perkembangan saya, 8 februari yang lepas Hai Blogger! telah menganjurkan event Gathering Blogger Day 2015. Gathering buat pertama kali ini pada tahun 2015 kami adakan di Tanah Aina Cafe yang terletak di Batu 3 Shah Alam.

Bloggers food review Tanah Aina Cafe

Kalau korang pernah baca sebelum ini entri saya berkenaan Tanah Aina Fahad Resort, ia sebuah resort yang terdapat 5 buah di Pahang dan 1 lagi di Johor. Kini Tanah Aina mengorak langkah membuka sebuah cafe yang dimiliki oleh Yg Berbhg Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed dan diuruskan oleh anak beliau Cik Puan Farhana.

Tanah Aina Cafe ini di dalam bangunan Wisma Tanah Aina, dimana ada 3 tingkat. Sebelum kami dihidangkan makanan yang sedap-sedap di Tanah Aina Cafe, kami dibawa menjelajah Wisma Tanah Aina terlebih dahulu. Tingkat bawah ada cafe, tingkat satu ada dewan makan tingkat dua ada Ladies Fitness Centre.

Menu Makan yang terdapat Tanah Aina Cafe bercirikan masakan tradisional Malaysia dan Antarabangsa.

Nasi Goreng Lesung

Nasi Goreng Lesung

Nasi Lemak Rendang

Nasi Lemak Rendang

Mee Kari

Mee Kari

Mee Hon Goreng

Mee Hon Goreng

Spagetti Bolognese

Spagetti Bolognese

pizzadan banyak lagi menu korang boleh tengok blog Hai Blogger!

Untuk korang yang mementingkan kesihatan, pilihan makanan di Tanah Aina Cafe adalah pilihan yang tepat! Makanan mereka dimasak tanpa MSG atau penambah perisa.

Oh! jangan lupa untuk cuba rasa Pengat Pulut Durian yang merupakan dessert hi tea pilihan. Durian ini diambil di dusun Tanah Aina dibuat pengat untuk pelanggan cafe.

Bersama Puan Seri Sabrina

Bersama Puan Sri To’ Puan Datuk Shariffa Sabrina Syed

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang hadir gathering Hai Blogger! dan terima kasih juga kepada Tanah Aina Cafe kerana sudi menjadi penaja tempat serta makanan yang sedap-sedap untuk kami nikmati.

Untuk korang nak tau lebih lanjut tentang makanan di Tanah Aina Cafe / Wisma Tanah Aina atau Ladies Fitness Centre, sila lawati laman web mereka http://farhanasoven.com.my/ & Facebook : Tanah Aina Cafe by Farhana’s Oven.

atau terus berkunjung ke alamat :

Tanah Aina Cafe, Wisma Tanah Aina
No: 1, Jalan Mesra 1,
Taman Mesra Batu 3
Shah Alam, Selangor
+603 5524 3258

Waze : Tanah Aina Cafe

Kredit gambar 1 : Sayaiday

(10)

2,603 total views, 2 views today

Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz Nik Mat meninggal dunia
Tragedi 2014, Eksiden atau Insiden?

1 Comment on "Bergathering Bersama Blogger Sambil Nikmati Makanan Sedap"

  1. Memang banyak betul makan pada hari dan best belaka….. tapi paling gempak sememangnya pulut durian….boleh tambah 2 kali wooo….

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!