Beli Baju Renang Muslimah Online Di Moonaz

kolam renang pakai baju renang

 

Bagi mereka yang suka kan aktiviti berenang dan mencari-cari pakaian renang yang sesuai untuk dipakai aku nak share dekat mana korang boleh beli set pakaian renang secara online. Bagi kaum lelaki tak ada masalah nak cari pakaian renang yang sesuai, perempuan sedikit sebanyak agak susah nak cari pakaian renang yang menutup aurat. Bila mandi kolam renang tu pakai la baju renang yang menutup aurat. Jangan la mandi pakai spender atau boxer yang lelaki tu, perempuan pakai bikini. Memang cari nahas tu. Kan dah ada baju renang muslimah untuk perempuan dan baju renang lelaki.

Untuk pengetahuan korang kolam-kolam renang awam mahupun kolam renang hotel dan aparment dah tak benarkan mandi pakai t-shirt dan seluar track/jeans, kaki renang mesti tahu tentang hal ini. Korang akan nampak ada satu papan arahan bertulis begini :

No t-shirt, no jeans. Only swimsuit allowed here.

Kenapa Bahaya Pakai T-shirt Mandi Kolam Renang?

Bila korang terjun dalam kolam dengan t-shirt, t-shirt tu akan mengelembung dan kembang dalam air. Boleh jadi bahaya bila tersangkut t-shirt dekat celah-celah penyedut kolam tu, tak pasal-pasal boleh jadi eksiden lemas. Lagi satu risau warna t-shirt luntur dalam kolam. Tak memasal keruh pula air dalam kolam. Masuk akal tak alasan yang aku bagi ni? Hahaha. Bila perhatikan betul-betul antara pakai t-shirt dengan baju renang selesa lagi pakai baju renang senang nak kuang lentang ke, kuak kupu-kupu ke atau kuak bebas.

Kenapa Kena Pakai Baju Renang Semasa Mandi Kolam

Dalam kolam renang, ada klorin dan soda bikarbonat. Klorin untuk bunuh kuman dan soda bikarbonat untuk jernihkan kolam. Bila kita pakai baju degan material selain dari spandex dan lycra, macam t-shirt dari kain cotton, warna dari kain tu cepat meresap dalam kolam sebab ada klorin.

Ni klorin tau, bukan clorox, lebih 20x lagi power dari clorox tuh. Bila warna luntur, air kolam cepat keruh. Tuh kekadang kalau pergi kolam renang yang kurang strict (boleh pakai -shirt etc) air kolam dia agak kurang memberansangkan, keruh sikit airnya. Jadi bila air keruh, anda pun tak seronok nak mandikan.

Selain dari air keruh, benang-benang dari tshirt tadi cepat tertanggal dan mungkin akan membuatkan pam-pam didalam kolam tersumbat. Ia juga akan merosakkan warna baju yang anda pakai.

 

baju renang muslimah

Design Terbaru Baju Renang Muslimah bertudung labuh dan potongan longgar

Kalau dulu baju renang seksi yang ada dalam pasaran, itu pasal la orang kita tak boleh pakai baju renang sebab tak menutup aurat. Sekarang tak perlu risau, sebab dah ada jenama baju renang muslimah iaitu MOONAZ SWIMMING ATTIRE direka khas bagi menutup aurat wanita mahupun lelaki.

Dekat mana nak dapatkan baju renang muslimah? Sekarang semua dihujung jari je kan.  Klik Moonaz Swimming Attire, klik-klik dalam website bayar terus sampai dekat rumah. Baju renang muslimah yang berkualiti, harga berpatutan dan punyai saiz dari M sehingga XXL.  Baju renang kanak-kanak pun ada sekarang tengah promo baju renang Omar Hana.

Baca : Sebelum dan Selepas Berenang.

Testimoni Pelanggan Baju Renang Muslimah Moonaz

Pakaian renang paling praktikal dengan pelbagai design menarik. Material dan cutting juga amat sesuai utk muslimah kekal aktif dalam sukan renang namun masih menjaga aurat. Pilihan saya utk aktiviti sukan air – Dahlia Nazmi

Sangat selesa dan sesuai dengan semua peringkat umur. Saya belikan untuk anak lelaki saya umur 13 tahun. Sebelum ni dia agak segan untuk mandi di kolam renang. Sekarang tidak lagi dengan adanya baju renang yang sesuai dan selesa untuknya. – Miza Ija

Pakaian renang yang tahan lasak dan sangat berkualiti dengan harga yang berpatutan. Sangat puas hati. Dari saiz S hingga saiz 5xl ada. Jom shopping – Siti NuurHayyu

Baca berita Kementerian Pendidikan cadang kokorikulim belajar renang 2019, bagus sangat dah tu belajar renang awal-awal bak kata pepatah melayu melentur buluh biar dari rebung. Abang kau ni dah jadi buluh kaki keras semacam tak mau angkat.

Dengan berenang korang boleh menguatkan paru-paru, jantung, sistem otot dan juga sistem saraf. Seminggu dapat buat 3 kali pun jadi la. Ustaz kata berenang mengikut sunnah, berenang dapat memperbaiki nafas kita. Jadi bila mengaji atau menghafal AlQuran takdalah 1 ayat tuh ulang berhenti waqaf sampai 2-3 kali. Lebih mudah menghafal AlQuran. Tiba-tiba nak masuk kelas renang. Aku ni bila terjun kolam timbul tenggelam je, itu pun dapat la menyelam kejap.

beli baju renang muslimah online

Beli Online di https://moonaz.com.my/

Selain pembelian di atas talian,  korang boleh datang kiosk-kiosk Moonaz Swimming Attire untuk lihat lebih dekat terdapat di Giant Seksyen 13 Shah Alam, Alamanda Putrajaya, dan juga HQ di Yuna Valet, Klang Selangor.

(45)

171 total views, 5 views today

Izzmad Harun Artis Ikon Revolusi Usahawan

Be the first to comment on "Beli Baju Renang Muslimah Online Di Moonaz"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!