BBQ Di Sungai Congkak

Gambar oleh Nasrul Hakeem
Gambar oleh Nasrul Hakeem

Sungai Congkak adalah hutan rekreasi popular di daerah Hulu Langat di negeri Selangor. Aktiviti dan kemudahan terdapat di sini seperti berkhemah, berkelah, BBQ anda akan dapat mandi dalam air sejuk yang jernih, sungai semula jadi dan jeram di tengah-tengah tinggi pokok hutan hujan tropika.  Pada musim cuti sekolah lokasi ini lah menjadi pilihan ibu bapa membawa anak-anak berkelah di Sg Congkak.

Pada hari sama juga sebelah petang selepas saya menghadiri event Lunch Date Bersama Sharif Sleeq. Saya bersama-sama rakan media Voxscape ke Sg Congkak berBBQ di sana. Kami pilih port BBQ di kawasan Chongkak Park and Resort. Ayam perap, Sosej dan Kerang sudah siap sedia untuk dibakar. Tapi sebelum bakar kita hidup kan api menggunakan arang. Jom kita tengok berjaya ke tak hidupkan arang tu??

Cara Hidupkan Arang

Malu la kami kaum-kaum lelaki kalau arang-arang ini tidak dapat dihidupkan. Dua-tiga kali percubaan juga la, rupa-rupanya arang itu kena dipecah-pecah dulu, supaya senang api membakar. Bergilir-gilir kami mengipas api ini, bersungguh abam Acul kipas arang. HAHAHA..

Sg Congkak

 

Mereka bergumbira mandi-manda, saya cuma berada di atas menjaga arang. Mana tidaknya, pakaian mandi tak ada. Balik daripada event Lunch Date Sleeq tanpa dirancang terus ke sana. Aktiviti BBQ seperti ini jarang-jarang dapat, bila ada peluang ini seronok sangat la. Cara bakar ayam menggunakan arang ini ada cara nya kena bakar jauh daripada bara, api kena kecil tak boleh besar, api besar nanti daging jadi keras tak sedap. Tapi kami tidak peduli itu semua, habis dikipas-kipas menyala-nyala api marak hangus di luar isi dalam lambat masak yang lagi best minyak lupa bawa. Minyak tak ada kering la ayam, nasib ada minyak yang keluar daripada lemak ayam.

Ayam Perap BBQ

 

Sebelum kami masuk ke Chongkak Park and Resort saya perasan ada satu signboard Bahera Camp, seingat saya Bahera Camp ini En Zashidi pemiliknya. Saya buat sedikit carian tentang Bahera Camp, agak menarik. Pelbagai aktiviti boleh dilakukan di Bahera Camp. Antaranya  aktiviti berkhemah,  program latihan & motivasi, serta macam-macam aktivi boleh dilakukan. Saya lihat prasana yang disediakan boleh dikatakan lengkap. Dari segi penginapan mereka ada chalet, dorm dan khemah. Tandas, dewan terbuka dan tertutup untuk aktiviti dalaman serta ceramah. Paling menarik kolam renang, kawasan halangan rintangan semula jadi serta kawasan riadah dan rekreasi juga pun disediakan.

Saya terbayangkan jika dapat geng-geng blogger kita berkumpul bermalam 3 hari 2 malam ataupun 2 malam 1 hari berkumpul bersama adakan akitivi camping ini. Lagi-lagi balik daripada Sg Congkak saya diperkenalkan oleh geng-geng voxscape permainan Mafia. Saya nak selitkan permainan ini dalam aktivi camping nanti. Tentu syok! Nak lagi lasak, kita buat aktiviti hutan. Di Bahera Camp mereka mempunyai jurupandu yang mahir tentang hutan, untuk sesiapa yang berminat dengan aktiviti hutan jangan risau kerana ada jurupandu mahir memantau.

Serius Bahera Camp ini menarik! tapi sayang kami tidak kesempatan ke sana sekurang-kurang nya meninjau kawasan. Carian google saya tentang Bahera Camp pun kurang. Gambar pun kurang tiada gambar yang cantik-cantik untuk menarik perhatian orang ke sana. Jika En Zashidi membaca artikel saya ini, jemput-jemput la kami geng-geng blogger ke Baheera Camp, kami sedia bantu membuat hebahan tentang Baheera Camp. Selepas ini tentu senang kepada orang lain buat carian google tentang Baheera Camp. Kerana info-info itu mereka sudah dapat daripada geng-geng blogger kami yang menulis berserta dengan ada nya gambar dan video.

Untuk memudahkan pembaca-pembaca blog saya ke Bahera Camp di sini saya serta cara nak ke sana. iaitu jika daripada Batu 9 Cheras anda akan nampak signboard seperti dibawah, dari Bukit Ampang mula-mula naik Bukit Ampang ikut signboard ini atau hubungi nombor yang tertera.

Bahera Camp

Location Lot 85, Batu 21, Sg Lopoh, Kampung Kuala Pangson, Hulu Langat, Selangor.

Contact Info

Phone 017 350 4201

Email baheeracamp@gmail.com

10,217 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • sungai congkak
  • cara petua orang malaysia hidupkan api arang dgn mudah
Hujung Minggu Di Kuala Lumpur
Fradoo ABC Special Seksyen 2 Shah Alam

2 Replies to “BBQ Di Sungai Congkak”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge