Ayamas Perkenal Menu Citarasa Jepun – Oishii Roaster

Dulu selalu tengok iklan Ayamas kat tv. Tapi tak ada rasa macam nak mencuba rasa makan ke apa. Mengejutkan lagi saya ada terjumpa satu iklan lama Ayamas tahun 2007 ada Dr Sheikh Muszaphar Shukor dalam iklan tuu.. Rasanya mesti ramai tak perasan kan Dr Sheikh Muszaphar Shukor dalam iklan tuu.. Orang kenal Dr Sheikh Muszaphar Shukor ini pun sebab masa beliau berlepas ke Angkasa Lepas tahun 2007 lepas. Rupa-rupanya beliau sebelum ini ada buat model dan iklan. Ala tak percaya la tuu?? Nah bukti video yang saya jumpa…!

Sekarang dah percaya? amacam ok tak lakonan beliau dalam iklan tu… hehehe

Kalau tak berjemput tak pernah merasa la saya Ayamas ni. Minggu lepas saya dijemput ke Kedai RasaMas (Restaurant) untuk sesi food review menu baru iaitu Oishii Roaster. Kalau korang perasan kat tv selalu keluar iklan perempuan Jepun keluar daripada mesin dan sebut “Oishii.. Oishii”.. Baru ku tau maksud Oishii tu apa, Oishii tu bahasa Jepun yang bermaksud sedap. So kali ini menu mereka adalah berkonsepkan citarasa Jepun.

Oishii Roster

Apa Rasa Oishii Roaster?

Ayam Panggang

Bagi saya Ayamas Oishii Roster ini tak pedas. Sesuai untuk dimakan lapisan masyarakat. Orang jepun mana la nak makan pedas-pedas kan. Sup ayam ok sedap makan panas-panas. Sup sayur campur ada rasa halia. Al maklum la mungkin orang jepun suka makan pahit-pahit sikit kot baik untuk kesihatan katanya. Crispy Fried Tofu pula best dimakan cicah dengan sos.

Terdapat 4 pilihan set Oishii Roaster anda boleh pilih.

1. Super – Duper Deal (RM46.90)

– 1 x whole Oishii Roaster

– 1 x whole Roaster (boleh pilih Golden/Pepper/Percik)

2. Meal For 1 (RM10.90)

– 1 x quater Oishii Roaster

– 1 x Aromatic Chicken Rice

– 1 x Chicken Soup

– 1 Glass Soft Drink

– 1 Scoop Vanila Ice Cream

3. Meal For 2 (RM28.90)

Rasamas-Oishii-Roaster-Set-RM28.90

– 1 x Half Oishii Roaster

– 2 x Aromatic Chicken Rice

– 1 x Chicken Ball Soup

– 1 Mixed Vege

– 1 Crispy Fried Tofu

–  2 Glass Soft Drink

4. Meal for 4 (RM40.90)

Rasamas-Oishii-Roaster-Set-RM40.90

– 1 x Whole Oishii Roaster

– 4 x Aromatic Chicken Rice

– 4 x Chicken Soup

– 1 Mixed Vege

– 1 x Hot Chicken Ball Soup

– 1 Crispy Fried Tofu

– 2 Scoops Vanila Ice Cream

Kedai RasaMas ini adalah merupakan cawangan kepada Ayamas juga la. Ayamas lebih kepada bahan mentah, Kedai RasaMas pula restaurant kepada Ayamas. Terdapat 17  restoran RasaMas di Semenanjung Malaysia menghidangkan ayam panggang oishii ini.

5 Orang Bertuah Terbang ke Tokyo PERCUMA

Nak jadi 5 orang bertuah tu tak? Korang terjah la mana-mana restoran RasaMas yang berdekatan dengan korang tu dan order Super – Duper – Deal. Lepas itu minta borang isikan dengan slogan paling kreatif. 5 orang yang bertuah akan diterbangkan ke Toky0 pergi dan balik secara percuma oleh Ayamas.

Untuk sertai contest boleh layari www.kedaiayamas.com.my atau

facebook : RasaMas

Terima kasih Ayamas sudi menjemput Halim Brothers.

(0)

3,557 total views, 0 views today

Cara Pergi One City Skypark
Pak John Steamboat Halal Ke?

One Reply to “Ayamas Perkenal Menu Citarasa Jepun – Oishii Roaster”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge