Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap

ayam-penyet-ria-wangsa-maju

Hai korang! Cuba korang tanya apa favourite food aku? Yeah! Ayam Penyet is my top list favourite food. Pergi mana-mana pun aku akan cari Ayam Penyet untuk lunch atau dinner. Cuba bayangkan sepinggan ayam penyet ada seketul ayam goreng penyet digoreng rapuh, makan bersama tempe, timun, tauhu, kobis dan keropok. Tahu tak apa yang buat sepinggan ayam penyet tu sedap? SAMBAL! Kalau sambal sedap memang terangkat makan kalau sambal tak sedap memang kelaut la.

ayam-penyet-ria-wangsa-maju-sedap

So food review kali ini nak cerita pasal makan malam bersama ayam penyet.  Excited ni dapat makan makanan kegemaran lepas tu ada orang teman pula tu. Cia. cia. cia…

Apa yang korang perlu tahu pasal aku adalah Ayam Penyet adalah antara senarai makanan kegemaran aku. Aku mula suka makan ayam penyet sejak tahun lepas. Siapa yang follow aku dekat instagram Halim Brothers tahu la dekat port mana aku selalu makan Ayam Penyet.

Nak ambil mood sikit jadi aku nak cuba rasa ayam penyet dekat kedai-kedai lain. Baru la kita boleh buat perbandingan yang mana satu betul-betul sedap, kan? Aku pergi ke Wangsa Maju, urmmm.. Banyak betul kedai makan Ayam Penyet dekat sini eh. Dalam banyak-banyak kedai aku tertarik dengan Restoran Ayam Penyet Ria. Bunyi nya macam ada Riang Ria, kena la dengan hati aku yang sedih lara. Dengan ada nama Ria ni dapat la aku menghiburkan perut dengan riang ria sekali. hukhukhuk T_T

Woi.. Woi..  Apa sedih-sedih ni? Orang datang nak makan la. So get your spoon and fork ready. Opss.. Sorry makan pakai tangan je. Meh saya suapkan awak.  Bismillah. Jemput makan semua! 😀

Ayam Penyet Sedap, Lazat dan Enak

ayam-penyet-wangsa-maju-sedap
Ayam Penyet + Nasi = RM12.90

Sebelum makan aku test dulu sambal dia power ke tak. Ternyata sambal Ayam Penyet Ria memang power! Cukup pedas, cukup rasa dan yang pasti aku dapat rasa kan sambal sini lain daripada sambal-sambal ayam penyet yang pernah aku makan. Ayam penyet digoreng lembut dan isi ayam yang segar lagi terasa enak dicicah pula tempe bersama sambal dan keropok penambah selera. Fuh! berselera aku makan.

Ayam Bakar BBQ

ayam-bakar-ayam-penyet-ria-wangsa-maju
Ayam Bakar BBQ RM14.20

Ayam penyet tadi dah memang signature dekat Restoran Ayam Penyet Ria ni. Tapi ada satu lagi special ayam bakar bbq. Ada 2 pilihan ayam bakar disini yang manis-manis pedas dan pedas. Yang manis-manis pedas tu diperap dan dibakar dengan resepi sos kicap manis dan yang pedas pula diperap dan dibakar bersama bumbu resepi asli. Aku suka yang pedas, yang manis-manis pun aku suka. Eh! Suka dua-dua la. Bila dah makan tak berhenti! hahaha.

ayam-bakar-sedap-wangsa-maju
Ayam Bakar BBQ Bumbu

Ikan Bakar Talapia BBQ

ikan-bakar-talapia-sedap-wangsa-maju
Ikan Bakar Talapia BBQ RM14.20

Kalau dah ada ayam bakar tak best la pula kalau tak ada ikan bakar, iyadok? Korang selain daripada suka makan ayam, korang mesti suka makan ikan juga kan? Ikan bakar talapia ini kombinasi yang menarik untuk makan malam korang bersama ayam penyet dan ayam bakar. Bila makan ketiga-tiga menu ini akan membuat perut korang yang berkeroncong datang kelaparan tadi bakal kenyang bagaikan ular sawa! hahaha. Ikan isi fresh! Dibakar secara langsung apabila dipesan. Kalau tak percaya tengok gambar di bawah!

bbq-ayam-dan-ikan
Bakar BBQ

Sup Rawon Daging Lembut

sup-rawon-lazat

Ayam penyet sudah, ayam bakar bbq dan ikan bakar talapia pun sudah. Apa lagi boleh makan? Ahh! Jom cuba Sup Rawon. Aku pertama kali dengar nama sup rawon ni, mula-mula dengar arr! apa keliwon? hahaha. Tapi serius cakap daging sup rawon ayam penyet ria memang lembut betul. Bila ditanya kenapa lembut sangat sampai boleh nampak dan rasa tekstur daging tu. Bila ditanya, rupa-rupanya tips untuk melembutkan daging dia orang rebus dulu selama lebih 8 jam. Memang betu-betul lembut makan pun tak ada terselit dekat tepi gigi. Memang layan hirup sup sambil makan daging dan nasi.

Makan Gado-Gado

gado-gado-sedap

Gado-gado makanan salad bersayur berasal dari Jawa. Terus terang cakap ini baru pertama kali aku makan gado-gado walupun dah biasa dengar. Aku suka gado-gado ni, bila dah start mengunyah dah tak boleh berhenti da. Kuah kacang dia sedap! 😀

Soda Gembira dan Teh Botol

soda-gembira-dan-teh-botol

Lepas dah puas makan memacam, ayam penyet la, ayam bakar, ikan bakar, gado-gado apa bagi semua aku minum air soda gembira. Fuh lepas minum soda gembira terasa gembira menusuk kalbu betul la. Dan satu lagi air Teh Botol. Teh Botol ni di Indonesia antara letak coke dengan Teh Botol orang sana lebih suka ambil Teh Botol. Rasanya pun sedap. Kalau dahaga minum Teh Botol sejuk-sejuk, hilang dahaga.

Puas Hati Makan di Restoran Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju

ayam-penyet-wangsa-maju
Bahagian Depan dan Bawah
tempat-buat-event
Bahagian Atas

Secara keseluruhan aku puas hati makan di Restoran Ayam Penyet Ria. Dekorasi kedai pun cantik dan santai. Kedai yang agak besar, bersih dan terdapat satu ruangan di bahagian atas. Di bahagian atas boleh muatkan dalam 20 orang untuk nak buat apa-apa event, hi tea dan gathering pun boleh tempah khas. Cuma bayar harga makanan je tak ada bayaran untuk kos sewa kedai.

Sedikit info untuk yang gilakan Nasi Ayam Penyet yang perlu tahu Restoran Ayam Penyet yang pertama dibuka di Malaysia sebelum menjadi ikut-ikutan jenama lain sekitar tahun 2009 lagi di Wangsa Maju. Di Malaysia merupakan franchise daripada HQ Indonesia. Segala resepi, masakan dan tukang masak di sini adalah asli orang Indonesia sendiri yang masak.

ayam-penyet-paling-sedap
Kebersihan kedai Grade A!

Alamat:

No 33G, Jalan Wangsa Delima 12,
Wangsa Line, Pusat Bandar Wangsa Maju,
55300 Kuala Lumpur.

Landmark : Berdekatan Bank Islam dan sebelah kedai Temerloh Catering.

Nombor telefon:
03-41437889

Cawangan lain: G Tower, Melawati, SOGO, Setia City Mall, Publika, dan Aeon Bukit Raja.

Trivia : Terjadi nya Ayam Penyet ini menurut kata pengasas Ayam Penyet Ria, mengatakan pada masa itu perniagaan beliau tidak untung lalu memohon doa kepada Allah bagaimana mahu beri untung pada perniagaanya. Satu hari dia mendapat seru untuk memenyetkan ayam kalau mahu perniagaan nya untung. Mula daripada situ terjadinya ayam penyet dan perniagaan semakin maju dan telah sampai sehingga ke negara Malaysia.

Last but not least thanks Ayu sudi teman makan! hahaha. Ayam penyet tidak mungkin bisa sedap jika tiada yang menemani. Chia.. Chia..

ayam penyet ria, wangsa maju
Ini Ayu!

1,072 total views, 1 views today

Suka Tonton Travelog Cinta Tang Guo Hua Sebuah Jurnal Asyikin Exclusive
Mula Minat Pakaian Preloved, Tak Sabar Tunggu Pelancaran Bandoru

3 Replies to “Ayam Penyet Ria, Wangsa Maju Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge