Saya Cuba Argan Oil Ini Menggunakan Bersama Pomade, Hasilnya

lelaki pakai topi,
Most of time aku selalu keluar pakai topi. Senang, lepas mandi siap-siap keringkan rambut terus pakai topi tak payah nak sikat-sikat rambut. Rasanya dah 2-3 bulan kebelakangan ini pergi mana-mana aku pakai topi. Aku plan nak simpan rambut panjang nak bagi nampak lebih rapi bila pakai pomade.

Disebabkan rambut aku makin panjang makin ikal pakai pomade pun tak berapa jadi mcm orang yang memang rambut lurus. Ada tefikir juga nak buat relaxing rambut. Before ini pernah buat tapi macam tak jadi apa pun. Relaxing rambut ini lebih kurang macam rebonding tapi tak guna bahan kimia sangat untuk luruskan rambut. Pro and kontra relaxing rambut dengan rebonding rambut, relaxing tak tahan lama dalam 3 bulan je tempoh dia.

Aku rasa mula serabut rambut panjang-panjang ini bila buat kerja atas meja ada je rambut yang gugur. So aku decide potong jela rambut.

argan oil, argan oil for hair
Fuh! Dah potong rambut pendek rasa ringan kepala. Rambut pendek sedap pakai pomade kuantiti sikit pun dah cukup strong rambut. Aku baru try sebelum pakai pomade aku appply Argan Oil for Hair. Alamak weh! Best pula pakai argan oil rambut jadi lembut bila pakai dengan pomade senang je nak style rambut orang lelaki.
First, apply Argan Oil dulu lepas tu sapu pomade sikat cantik cantik kasi rapi last sekali sembur Hair Perfume. Tengok rambut pun sekarang dah boleh wangi-wangi tak ada bau kepam-kepam bila orang datang dekat dengan kita.
 
Penting juga sebenarnya penjagaan rambut ini. Betul tak apa aku cakap ini? Dengan rambut juga main peranan daripada segi penampilan. Rambut bila dah rosak silap-silap boleh jadi “pulau” dekat tengah-tengah. Hehehe.
 
Argan oil tu memang bagus semulajadi membantu melembapkan rambut, rambut lebih sihat dan berkilat. Argan oil yang aku pakai ini brand Hairdepot. Korang pergi usha outlet dia orang dekat One Utama. Haritu aku pergi memang macam-macam jenis penjagaan rambut ada dekat situ. Hair serum, hair treament, hair spray, hair perfumes, hair blower pun ada.
hairdepot-air dryer
Berterbangan Rambut Ainz
Laku keras hair blower Hairdepot ini dekat Lazada, harga memang murah. Kualiti dia macam hair dryer Salon. Ada yang panas dan sejuk. Kelajuan boleh control, perlahan, sederhana dan laju. Angin dia laju tak sama macam hair dryer yang home use punya. Ini kira lagi bagus. Korang cari model H-2000 HAIR DRYER.
ainz mentor
 
Kebetulan haritu terjumpa dengan artis Ainz Mentor Milenia 2016. Sempat juga borak dengan dia. Ainz ini artis Mentor Melenia protage kepada Azlan tahun 2016. Si Ainz ini lagi dia cakap dia suka main warna-warna rambut. Kejap kejap tukar warna rambut. Almaklumkan artis kan nak buat show. Tapi faham faham jela bila rambut dah bercampur campur dengan bahan kimia ini. Memang rosak rambut.
argan oil for hair
 
Nak tak nak memang kena buat treatment juga la. Ainz pun guna Argan Oil Haircepot. Dia cakap selama dia pakai Argan Oil Hairdepot rambut dia jadi ok, lembut, sihat dan sentiasa lembab.
 
Selain dari One Utama Hairdepot ada beberapa outlet lain juga di Amcorp Mall, Berjaya Time Square, e@Curve, Jaya Shopping Centre, Midvalley Megamall, Nu-Sentral, Quill City Mall dan beberapa lagi outlet seluruh Lembah Klang,
Ahh! Ada yangberdekatan dengan korang tak? Apa lagi pergi la datang terjah. Satu satunya kedai Penjagaan Rambut dan Body yang halimbrothers.com rekomen kan untuk pembaca semua.
Hairdepot pun ada online shopping yang korang boleh usha-usha dalam tu macam-macam produk Hair & Body Care.

(10)

1,034 total views, no views today

Naik Bas Dari KL Ke Johor

Dah lama tak balik kampung naik bas, syok wor balik kampung naik bas ekspress. Sampai dekat kampung naik bas jenis lama nak uzur kena buka tingkap bagi rasa angin. Kampung aku dekat Tampin, jadi masa tu bas Engiap. Lama juga bas tu ada sampai aku besar. Tapi sekarang tak ada dah bas Engiap tu.

Aku macam ini masih bergerak secara indie, atau nak senang faham maksud indie – Independent. Bergerak bebas.

Bergerak secara indie apa ada hal.

Minggu lepas di Kelantan. Minggu ini di Johor pula.  Semalam beli tiket bas dekat TBS. Suka betul tengok sistem tiket bas sekarang, mudah, cepat, pantas. Tempat duduk pun boleh pilih. Apa lagi pilih tempat duduk tepi tingkap la. Naik flight pun asyik tak dapat2 tepi tingkap. Kahkahkah.

Dalam pukul 3 lebih petang tadi sampai Terminal Bas Batu Pahat. Sesampai sini je terus terkebil-kebil nak naik bas yang mana satu. Bajet-bajet ada grab dengan uber sekali nan hado. Hahaha. ATM punya la jauh kalau tidak boleh cucuk duit naik teksi.

tiket bas batu pahat

Gagah kan juga diri tanya satu bas ke satu bas lalu tak ke tempat lokasi. Jumpa juga bas ke Tasek Merdeka, Bukit Pasir. Tambang RM1.20. Fuh jimat duit. Terminal Bas Batu Pahat ke Tasek Merdeka 4km lebih je.

tasek merdeka batu pahat

Oh lupa nak bagitau saya ada di Batu Pahat 3-4 hari minggu ini ikut program Fiesta Islamic 2017.

fiesta islamic johor
fiesta islamic batu pahat
Nak rehat dan bersiap kejap, sekejap lagi malam boleh ronda ronda tapak niaga. Nampak benda best boleh beli. Esok pula ada ceramah Ustaz Syamsul Debat. Orang BP kalau tak datang memang rugi la.

fiesta islamic 2017

Geng geng blogger yang lain sampai esok dan lusa.

(4)

941 total views, no views today

Single Wangikanlah Hatimu Noraniza Idris

puan-ayu-azmera

puan-ayu-azmera

Kali ni, aku nak berkongsi tentang satu produk yang viral di laman sosial sejak kebelakangan ni. Sebenarnya, produk Mewangi Satu Dunia dan pengasasnya Puan Ayu Azmera, tak perlu aku perkenalkan lagi sebab aku yakin dan pasti ramai dalam kalangan readers aku ni sendiri dah follow Puan Ayu Azmera dan menggunakan produk Mewangi.

Untuk yang belum berkesempatan untuk tahu, produk Mewangi ni sebenarnya produk berasaskan bahan alami yang bebas kesan sampingan. Paling best, produk ni telah pun melantik Ratu Irama Malaysia, Noraniza Idris selaku duta sekaligus melancarkan single terbaru Wangikanlah Hatimu yang dinyanyikan oleh Noraniza Idris dan anak didik beliau dalam 3 Juara iaitu Tyka.

Perghhh! Actually ni first time aku dengar produk kosmetik dengan lagu single tersendiri. Untuk korang yang memang dah tengok Pentas Akhir 3 Juara memang confirm dah dengar lagu ni kan sewaktu dipersembahkan oleh Tyka dan Noraniza Idris? Single ni sebenarnya berkonsepkan Pop Etnik dan Tradisional yang menggabungkan elemen nyanyian Dikir Barat dan Siam serta Sunda . Single ni jugak sebenarnya sejajar dengan kempen #saveiramamalaysia dibawah naungan Luncai Emas Sdn Bhd iaitu Amir Jahari dan AGCoco serta lirik ditulis oleh Ahmad Fedtri Yahya.

Basically, daripada apa yang aku faham,  lagu ni menekankan tentang mesej berunsur nasihat dan ingatan. Setiap kejayaan datang dari hati yang bersih dan sikap menunding jari dan suka melihat kejatuhan orang lain menerusi kelemahan sebagai manusia yang tidak lari dari kesilapan daripada berusaha untuk memperbaiki diri sendiri hanya akan menjadi sia-sia. So, nak berjaya hati mau kena bersih bro! Memang padu!

Pelancaran Single Wangikanlah Hatimu

pelancaran-single-wangikanlah-hatimu
Bersama barisan artis dan VVIP
single-noraniza-idris-tyka-3-juara
Persembahan live dari Kak Ani dan Tyka

So, aku antara salah seorang yang hadir sewaktu pelancaran single ni yang didakan di Restoran L’Clasico, Publika , Kuala Lumpur. Of course, aku sendiri tak lepaskan peluang untuk shoot gambar-gambar Kak Ani dan Tyka dan barisan artis lain yang hadir. Kalau korang nak tahu, majlis ni telah dirasmikan oleh Y.M Tengku Dato’ Hishammudin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj. Apalagi, jom tengok gambar-gambar dalam blog aku ni.

save-irama-malaysia
Dirasmikan oleh Y.M Tengku Dato’ Hishammudin Zaizi Bin Y.A.M Tengku Azman Shah Al-Haj

Aku sebenarnya sangat salute dengan Kak Ani (Noraniza Idris) ni sebab kecekalan beliau di dalam industri dan semangat membawa kempen #saveiramamalaysia tak pernah pudar.

Korang boleh follow Noraniza Idris di facebook, instagram dan website dengan menekan link di bawah.

Instagram : Noraniza Idris
Facebook : Noraniza Idris
Youtube : Noraniza Idris Production Ventures
Website : NIPSB

(4)

894 total views, no views today

Sesuai Ke Lelaki Bujang Beli Rumah Kondo

lelaki-tinggal-rumah-kondo-radia-bukit-jelutong

Gais! just a short entry blog, Aku nak minta pendapat ni. Sesuai tak lelaki bujang menetap dan beli sebuah kondo? Aku bukan apa, tiba-tiba rasa suka kalau dapat duduk kondo. Tau kan, biasanya kondo dah siap macam-macam fasiliti yang ada. Macam Gym, Parking, Swimming Pool dan macam-macam lagi lah korang sendiri pun tau kan apa yang fasiliti yang ada bila duduk rumah kondo. Paling best tinggal rumah kondo ni privasi kita terjaga dan ada keselamatan yang jada.

Beli rumah kondo adalah dalam impian aku sekurang-kurangnya, memandangkan dekat KL ini dah tak banyak tanah yang tinggal, rumah-rumah setinggan pun dah kena roboh lepas tu pihak pemaju bangunkan projek-projek perumahan kondo.  Kau nak beli kereta kena la test drive dulu macam mana pergi kereta yang nak beli tu. Sama la macam nak beli rumah, kena usha-usha dulu unit contoh rumah tengok macam mana dalaman dan luaran bila dah siap nanti.

Aku pun try buat survey cari tempat yang senang nak akses kemana-mana dengan kereta nanti.  Sampai lah aku terjumpa satu tempat yang memang sesuai dengan citarasa aku. Tempat tu dekat Radia Bukit Jelutong, Shah Alam. Tempat ni boleh dikatakan satu penempatan yang maju, suburban dan akan jadi kawasan popular untuk urusan bisnes dan komersial.

Apa yang aku tengok, memang kawasan perumahan ni sangat strategik sebab dekat dengan Lebuhraya NKVE, ELITE, Guthrie dan Lebuhraya Persekutuan. Memang sesuailah untuk orang bujang macam aku yang busy dengan kerja ke sana sini. Kawasan kondo ni guna teknologi dan system yang canggih macam energy-efficient lighting, water-efficient fitting dan ainwater harvesting system. Pendek kata Radia ni memang kawasan bandar hijau dan mesra alam. Sekeliling penuh dengan kehijauan rumput, taman-taman, dan siap ada laluan khas untuk pejalan kaki. Memang nampak tenang dan sesuai untuk orang yang suka tempat-tempat santai. Bayangkanlah korang dekat kawasan maju tapi jauh dari kesesakan bandar.

Kawasan ni akan siap dalam tahun 2018. Dari apa yang aku faham, Radia ni diinspirasi dari ‘fauborg’, bahasa Perancis yang bawa maksud ‘suburban’ atau separa urban dan rekabentuk pula hasil daripada campuran Mediteranean dan Asia. Lepastu ada 3 komponen hartanah Radia iaitu Radia Residences, Radia Retail dan Radia Office.

radia-residences-bukit-jelutong

Radia Residences

Ada 6 jenis penempatan dari 695 hingga 2126 kaki persegi. Keselamatan sangat dijamin sebabnya kawalan keselamatannya adalah selama 24 jam, ada CCTV dan disediakan sistem kad akses. Paling seronoknya, Radia ada kemudahan yang aku idamkan termasuklah kolam renang, spa, trek jogging, taman dan kolam ikan. Jadi kalau orang bujang pun boleh stay sini sebab takkan rasa boring. Plus keadaan kawasannya macam ala ala tengah bercuti.

radia-retail-bukit-jelutong

Radia Retail

Ada sediakan 152 unit kedai dari 1, 2, dan 3 tingkat unit yang tingggi binaannya 376 sampai 2779 kaki. So kalau nak buat bisnes yang dekat dengan rumah, memang sesuai sangatlah. Harga kedai dijual mula dari harga RM 966, 000. Parking yang disedia memang cukup. So tak payah nak serabut kepala fikir pasal parking sikit atau sempit macam sesetengah kawasan kondo yang lain.

radia-office-bukit-jelutong

Radia Office

Kawasan pejabat pun ada kat sini sebanyak 238 unit blok di dua blok bangunan 10 tingkat dengan ketinggian 825 kaki hingga 2001 kaki persegi. Dekat sangat dengan kemudahan macam kedai makan, farmasi, optometri, dan konsultan firma. Jadi tak adalah masalah kalau malas nak masak sebab kedai makan pun ada, farmasi pun dekat.

Bagi aku, memang sesuai dan tak ada masalah pun untuk lelaki bujang tinggal di kondo lagi-lagi kalau kondo tu ada kriteria macam Radia ni. Apa pendapat korang?

Kalau korang sendiri nak tengok show unit kediaman ni, boleh tengok di Galeri Jualan Radia Bukit Jelutong. Maklumat yang lain boleh refer di:

Facebook: Radia Bukit Jelutong

Website: http://www.radia.com.my

Atau call kat nombor ni:  03-7859 9801

 

 

(5)

848 total views, no views today

Rahsia Nak Nampak Muda

rahsia-nampak-muda

rahsia-nampak-muda

Korang pernah tak terfikir kenapa walaupun dah cuba macam-macam produk untuk kulit tapi hasilnya tak puaskan hati korang? Umur makin meningkat, kulit nampak makin kedut je. Satu-satu line kedut datang kat muka. Kadang-kadang tu orang ingatkan umur kita lagi tua dari umur sebenar. Aku pun terfikir jugak benda yang sama. Stress.

Apa yang aku tahu, antara sebabnya mungkin bahan dalam produk yang diguna tu tak sesuai dengan jenis kulit, skincare dipakai campur-campur, tak ada disiplin jaga kulit ataupun tak jaga pemakanan. Sepatutnya tak boleh nak jaga bahagian luar je. Bahagian dalam pun penting, barulah boleh dapat hasil yang puas hati.

Aku ada buat research sikit pasal satu produk baru ni. Product B namanya. Product B ni sejenis makanan tambahan yang bagi sokongan antioksidan dalam tubuh badan manusia dan menjadikannya kembali muda dalam dan luar. Berat badan juga jadi ideal dan  lebih sihat.

Selalu kalau nak beli produk, kena tengok label dulu dan aku jenis yang prefer produk dari bahan semulajadi macam Produk B ni.  Antara bahan-bahan semulajadi yang ada dalam Product B ni termasuklah ekstrak kunyit, ekstrak milk thistle, ekstrak pomegranate, ekstrak teh hijau, ekstrak bilberry, blueberry dan red raspberry, panax ginseng, esktrak chia seed, L-glutathione dan bebagai lagi. Apa yang lagi penting, Product B ni bersifat Vegetarian, maknanya bebas dari lemak haiwan, bahan kimia dan racun larangan.

Kat sini aku nak kongsi cerita pasal Sains sikit. Macam apa yang kita tahu, dalam badan manusia ni ada sel-sel kecil iaitu DNA yang kita panggil kromosom. Kromosom ni kerja dia bertanggungjawab untuk semua proses dalam badan kita. Semua maklumat genetik penting dan ciri-ciri peribadi kita macam warna rambut, jenis kulit, jantina semua tu disimpan dalam DNA (kromosom) tu.

Setiap hujung kromosom ada ‘security guard’ dia sendiri yang dipanggil telomere. Telemore nilah yang jaga kromosom tu daripada rosak hancur. Tapi, bila kita makin membesar dan makin tua, sel-sel kita akan melalui satu proses pembahagian atau mitosis dalam bahasa Sains dia, untuk maklumat genetik itu kekal dijaga. Dalam proses ni, satu sel akan berpecah dua (dibahagi dua) dan dari situlah terbentuk sel baru. Dan sel baru tu kira pendua atau ‘sparepart’  untuk genetik asal. Setiap kali proses ini berlaku, telomere akan jadi pendek atau hilang. Maknanya bila ‘security guard’ (telomere) tak ada, so tak adalah penjaga kromosom. Jadi kromosom boleh rosak atau sel tak membiak bila bila masa je. Haaa, dari sinilah terjadinya penuaan.

Apa kaitan cerita Sains ni dengan Product B?

Product B ni boleh jags telomere kita dengan tiga cara:

• Memberi sokongan antioksidan – menyokong enzim antioksidan badan

• Memberi sokongan sel-sel badan – mengekalkan keharmonian fungsi sel

Agarsel-sel badan mampu berfungsi dengan baik walau dihimpit penuaan

• Menjadikan tubuh badan lebih sihat – memberi perlindungan sel-sel tubuh dari serangan radikal bebas

Setiap hidangan ada 35% daripada Vitamin C harian:

• Setiap hidangan memberi 50% daripada Vitamin E harian

• Setiap hidangan memberi 333% daripada Vitamin B12 harian

Setiap orang berusia 18 tahun ke atas boleh ambil Product B yang berbentuk kapsul ni tak kira lelaki ke perempuan. Cara-cara nak mengamalkan Product B hanya perlu makan 2 biji setiap pagi dan petang (2 kali setiap hari). Jadi kalau nak nampak muda, selain guna produk untuk jaga luaran, cuba lah amalkan Product B ni secara konsisten. Nak nampak muda kena berusaha. Jaga luar dalam. Tak payah nak cocok-cocok botox atau makeup tebal-tebal.

Product B ni datang dari jenama Isagenix yang sebelum ni terkenal dengan produk minuman kesihatan ikut dua kategori iaitu untuk penurunan berat badan dan meningkatkan tenaga. Antara nama produk termasuklah IsaShake, Cleanse For Life, Isalean Pro, Isa Bar, Fibresnacks, Isagenix Snacks, Isagenix Amped dan Isagenix Ionix.

Isagenix memperkenalkan produk anti-penuaan iaitu Product B ni, pada awal Januari tahun ni untuk cawangan Malaysia,  serentak dengan pembukaan pejabat baru Isagenix kat The Vertical Suites, Bangsar, Kuala Lumpur. Isagenix ni sebenarnya satu syarikat pengeluar makanan kesihatan bernutrisi tinggi yang berasal dari USA, mula tahun 2002. Pasaran di Malaysia pula mula sejak Oktober 2013 dan memang diiktiraf keberkesanannya. Isagenix Malaysia turut mencipta sejarah sebab dinobatkan sebagai Ibu Pejabat Isagenix Asia Tenggara.

Sebarang pertanyaan pasal Product B dan produk-produk lain keluaran Isagenix, boleh hubungi Della di 014-2376188 atau layari www.dellarich.isagenix.com

(0)

417 total views, no views today

Senarai 3 Produk Hilangkan Parut

Korang tengah cari produk terbaik untuk hilangkan parut? Tak kisahlah parut jerawat ke, chickenpox ke, accident ke? Memang susah nak cari sebab takut tak berkesan. Sia-sia je kan bayar mahal-mahal tapi tak nampak perubahan. So aku nak tolong korang memudahkan pencarian produk yang betul. Kat sini aku ada senaraikan antara tiga produk yang popular dengan keberkesanannya ikut testimoni dan pengalaman aku sendiri.

TIPS:  Korang kena konsisten dan disiplin sapu ubat parut pada kawasan parut tu. Dan korang kena selalu minum air suam banyak-banyak untuk percepatkan lagi proses nak rawat luka atau parut.

1. Mederma

Merdema ni ada formula gel proaktif yang dapat mengurangkan parut lama dan baru yang ketara. Dia ada kombinasi tiga bahan aktif iaitu cepalin, allantoin dan aloe vera. Kombinasi istimewa bahan aktif dalam produk ni akan bertindak secara aktif dalam parut. Ikutkan apa yang aku baca dalam testimoni, memang boleh nampak perubahan parut ikut ton warna. Membuat parut lebih lembut, lebih licin dan lebih elastik macam kulit asal. Mederma ni femes kat US dan kat Malaysia ada jual di farmasi berhampiran. Harga dalam RM 40 hingga RM 115 ikut jenis.

2.  Dermatix

Dermatix ni ubat berbentuk gel yang boleh hilangkan parut gelap dan kemerah-merahan kat kulit. Dan boleh menghilangkan kegatalan atau rasa tidak selesa pada kawasan yang berparut. Sebab ada jenis parut yang boleh jadi kudis gatal-gatal kan. Kesannya boleh tahan cepat. Ada jual kat farmasi. Harga hanya RM45.50 untuk saiz kecik, RM62 saiz besar.

3.  Azanis Scar Serum

hilangkan parut, the best scar serum, azanis scar serum
Azanis Scar Serum

Azanis Scar Serum ni produk yang aku rasa paling sesuai untuk orang asia yang sedang mengalami masalah parut dan nak nampakkan hasil secepat mungkin. Aku sendiri pun rasa tak percaya lepas tengok testimoni produk ni Baru aku percaya kesan dia memang lagi cepat dan selamat kalau nak dibandingkan dengan produk nombor 1 dan 2. Kiranya Azanis Scar Serum patut korang cuba. Azanis Scar Serum ni dalam bentuk serum, maknanya dia punya tekstur sangat lembut, cepat meresap, dan mesra kulit. Tak berminyak dan tak rasa geli kalau pakai. Antara bahan-bahan penting dalam produk ni ialah antioksida yang sangat tinggi dan anti-radang dalam Vitamin E Natural) dan Cocoa Butter. Azanis Scar Serum ni boleh dikatakan satu produk bertaraf antarabangsa juga ni.

Selain kat Malaysia, ada dijual di Singapore, Indonesia dan Thailand. Tapi kena hati-hati sebab ada produk tiruan Azanis Scar Serum kat luar sana. Korang boleh dapatkan Azanis Scar Serum ni ada jual di farmasi-farmasi dan online.

Ok itu sahaja perkongsian buat korang yang masih tercari-cari produk hilangkan parut terbaik di dunia. Diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu korang membuat pilihan yang betul. The Best Scar Serum.

(77)

752 total views, no views today

Incoming search terms:

  • ubat parut jerawat yang paling berkesan di farmasi
  • ubat jerawat di farmasi
  • ubat jerawat paling berkesan di farmasi
  • azanis scar serum watson
  • ubat parut dermatix
  • hiruscar berkesan ke
  • waktu sesuai pakai azanis scar serum
  • dimana kena jual AZANIS SCAR SERUM
  • dermatix parut
  • dermatix hilangkan parut