Art in Paradise, Langkawi

Pulau Langkawi terkenal dengan pulau lagenda dan sumpahan Mahsuri. Merupakan Pulau terbesar serta antara destinasi pelancongan paling popular di Malaysia. 10 tempat menarik yang menjadi pilihan orang ramai seperti Pantai Cenang, Pekan Kuah, Pulau Dayang Bunting, Mangrove Tour Sungai Kilim, Pulau payar Marine Park, Kota Mahsuri, Oriental Village dan Cable Car, Underwater, Galeria Perdana serta Air Terjun Telaga Tujuh. Tapi pada entri ini saya tak dapat nak ceritakan kesepuluh-puluh tempat, saya cuma nak highlight tarikan terbaru yang terdapat di Oriental Village dan Cable Car.

3d art langkawi

Art in Paradise, Langkawi 3D Muzium.

Tahukah anda sekarang terdapat tarikan terbaru yang ada di Panorama Langkawi yang terkenal dengan produk Cable Car, Skycab. Bila korang datang ke Panorama Langkawi ada banyak tarikan dan aktiviti lain yang terdapat di sini seperti SkyBridge, SkyPos, Skytrail, SkyBoutique, SkyBistro, 6D Cinemation, SkyAdventure Park, Sky Dome, F1 Simulator, Lake Activity, dan tarikan terbaru paling awesome adalah 3D Art Museum.

Berkesempatan ke Langkawi selama 2 hari 1 malam dengan menaiki pesawat Malindo Air serta menginap di Landcons Hotel, Pantai Cenang. Turut tak melepaskan peluang aksi gila-gila di dalam muzium 3D 3 tingkat yang dihasilkan cara artistically hand painted oleh 23 orang Korean Master Artist otai-otai yang berumur 60 tahun merupakan generasi terakhir serta juga mendapat sentuhan daripada artist tempatan kita.

Seperti yang dijanjikan dalam facebook saya upload gambar-gambar 3D untuk tontonan korang semua mana tau boleh jadi sumber inspirasai untuk korang mengayakan masa tangkap gambar nanti.

Langkawi 3d

3D Langkawi

3d art langkawi

Angle 3D Art

3D Istana

ombak 3d

istana 3d

Dah puas bergambar dengan semua lukisan-lukisan 3D pintu keluar korang akan lalu souvenir shop, boleh la nak beli apa-apa barang untuk dibuat kenangan. Boleh juga nak print & edit gambar yang korang dah tangkap dekat dalam muzium tadi. Untuk print gambar sahaja RM15 tambah frame RM35.

Cenderahati Langkawi

Last but not least korang akan jumpa Cafe in Art selepas keluar daripada muzium 3D. Jemput la singgah di sini cuba rasa pelbagai dessert berasaskan durian dan aiskrim.. Memang sedap! saya dah rasa Fried Durian (Durian Goreng) bila makan durian tu cair di mulut beb. Dan ada lagi satu macam kueh koci pon bila gigit cair dimulut memang khayal kejap la layan durian d24, diantara durian terkenal sebagai gred premium. Rasa lemak berkrim, pahit-manis dengan tekstur sederhana. 100% berpuas hati secukup rasa.

Art in Cafe

Fried Durian

Durian Mochi

Tiket Masuk Muzium 3D Langkawi

Ticketing Counter 3D Art

Category My Card (RM) Foreigner (RM) Langkawian
Adult 30.00 38.00 15.00
Child 20 28.00 10.00
OKU/SCITEZEN FREE 50% OFF FREE

Fasiliti yang ada : Tandas, Cafe, Kedai Cenderahati, Tempat Penyimpanan Kasut/Barang
Jumlah Gambar 3D : Lebih 200
Jumlah Point Bergambar : Lebih 200
Waktu Operasi : 9.00am – 6.00pm (Setiap Hari)
Konsep : Hiburan Pendidikan Seni Interaktif

3,903 total views, 1 views today

Incoming search terms:

  • muzium 3d langkawi
Tokoh Merlin kali Ke-Empat, Ahli Silap Mata ini buat Magik di Tingkat 57
Koleksi Baru Alfio Raldo Sempena Hari Raya

5 Replies to “Art in Paradise, Langkawi”

  1. Pergi Langkawi masa cuti CNY tapi tak sempat masuk tempat ni. Bila tengok entry ni terus rasa nak gi lagi. Haha .. entah bila.

    Thanks sharing. Blh masuk dlm wish list to visit kalau ke langkawi lagi.

  2. Haritu pergi langkawi 3 hari 2 malam pun rasa mcm kejap sangat. Takleh buat banyak aktiviti pun. ACtually byk jugak tempat2 menarik kat Langkawi. Cadangnya next time nak pergi Langkawi kena stay lama sikit dan kena pergi dengan flight, so that takde la letih sgt dan masa pun tak terbazir. Boleh spend lbh byk masa kat sana. Huhu
    bearyblossom recently posted…Percutian ke Langkawi.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge