Anggerik Mall Perkenalkan Halal Shop

Di dalam Al-Quran, Allah berfirman maksudnya:
“Wahai sekalian manusia ! Makanlah daripada apa yang ada di bumi, yang halal yang baik (halalan tayyiban)”.
(Surah al-Baqarah: 168)

Dalam ayat yang lain, Allah menyatakan:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu”. (Surah al-Baqarah: 172)

Rasulullah menegaskan juga di dalam sabdanya: “Mencari yang halal adalah fardhu (wajib) bagi setiap orang Islam.” (Riwayat Dailami)

halal shoppe anggerik mall

Saya amat menyokong pembukaan halal shop yang baru dibuka baru-baru ini di Anggerik Mall, Shah Alam. Ini merupakan usaha insiatif pihak MARA Selangor untuk membantu menyediakan platform kepada usahawan-usahawan Industri Kecil Senderhana yang mengeluarkan pelbagai produk seperti produk makanan, minuman, kecantikkan dan kesihatan.

Lebih 100+ pelbagai jenama produk yang halal dihasilkan oleh bumiputera. Produk-produk ini dihasilkan dengan bersih, suci lagi tidak meragukan. Jika kita ada pilihan untuk memilih tidak meragukan kenapa kita mahu pilih produk yang bertanda halal tapi meragukan status pembuatannya.

Mari lah kita menyokong bersama-sama produk Industri Kecil Sederhana untuk terus berkembang dan memberi manfaat kepada kita semua. Apabila anda teringat mencari makanan yang halal datang la ke Anggerik Mall, Shah Alam yang merupakan shopping mall milih MARA Selangor. Kita memeriahkan suasana disana yang saya lihat ada pelbagai kedai-kedai menarik serta kedai makanan sedap.

Disamping itu pada waktu malam sangat meriah dengan aktiviti foodtruck dikawasan luar berdekatan Anggerik Mall. Oh! sebelum terlupa anda boleh dapatkan produk-produk halal seperti:

Honey Berry, Miracle Refreshing Scene. Krunchy Karamel, Produk Adabi dan banyak lagi.

Kredit gambar: alialisakreatif

(0)

896 total views, 1 views today

Gosip Semasa Di Sepetang Bersama Blogger 2016
Seafood dan Steamboat Buffet Bukit Bintang

One Reply to “Anggerik Mall Perkenalkan Halal Shop”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge