Aktiviti Paranormal di Mimaland

Tinggalan Van Mimaland
Tinggalan Van Mimaland

Taman tema air Mimaland dikatakan taman tema paling besar di asia pada tahun sekitar era 80an. Kini taman tema air tu dah bertukar status kepada taman tema hantu kerana sudah berpuluh tahun ditinggalkan. Apakah yang dah berlaku pada taman tema tu? Dikhabarkan tempat tu ditutup kerana telah berlaku kematian seorang warga singapura mati lemas dalam kolam sebab gelongsor pecah dan juga atas sebab2 lain.

Daripada mulut ke mulut pelbagai cerita kedengaran, menurut cerita yang diceritakan penduduk di kawasan sana sering mengalami gangguan mistik. Kawasan Mimaland ni terletak di Ulu Gombak sebelum sampai batu 12. Batu 12 ni tempat aku dgn member buat aktiviti paranormal cari hantu tahun lepas. Dekat balai ranjer tempat cerita puaka x budak-budak mulut puaka mcm longkang buat tu. Kitaorg dtg sana siap bawak telur rebus lagi tak ada jumpa apa pun. Chait! tak nak keluar pulak..

Mimaland

Serius aku cakap masa nak masuk ke tempat Mimaland tu ada rasa seram, bukit tinggi semput motor nak daki tambah pula kiri kanan hutan jalan tak payah cerita. Tempat ni dulu lah diaorang buat filem Ia Wujud. Tapi hari yang kami pergi hari minggu, sebelum kami sampai dah 4-5 bijik kereta parking kat luar. Maknanya kat dalam dah ada orang masuk dulu. Tudia! sekali tengok 17 orang. Pergh! daripada misi mencari hantu dah jadi jungle treking, hantu pon malu nak keluar. Kesudahnya tak ada apa yang menakutnya, sebaliknya kitaorang gelak terbahak-bahak kena kejar anak anjing. Anak anjing tu bukan nak serang pun dia nak bermanja sebenarnya. Entah macam mana tetiba muncul, aku syak anak anjing tu jelmaan lah…

kena kejar dengan anjing jelmaan

paranormal mimaland
Kami dah sampai, korang pula bila lagi? hihihi

Penutup entri kali ini, Mimaland atau nama panjangnya Malaysia In Miniature Land kalau lah ada sampai sekarang aku rasa tempat tu mesti jadi tumpuan orang ramai. Sedangkan dulu-dulu popular kot tempat ni dalam cerita gila-gila remaja.

8,916 total views, 2 views today

Incoming search terms:

  • mimaland berhantu
  • mimaland
  • taman tema yang telah ditutup
Mengupas Alam Ghaib - Pengalaman Mahal

6 Replies to “Aktiviti Paranormal di Mimaland”

  1. haha .. i yg dok area situ pun xtau psl ni .. tu pun my sis yg cite bru i tau .. i igt tmn biase je .. upenye tmpt plg popular zmn dlu .. tpy time tu i xwujud lgy ????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge