Aerobic Session bersama 2 orang ikon hebat ini

Siapa tidak kenal dua orang wanita hebat ini, Puan Sri Sharifa Sabrina dan Dr Niki Shuhada. Dimana kedua-dua wanita hebat ini pernah mengadakan event bersama blogger. Korang boleh baca entri bekenaan di Blogger Gathering di Tanah Aina Cafe dan Bijak Wang Dr Niki Shuhada Shukor.

Siapa Puan Sri Sharifa Sabrina?

Kita recap sikit ya buat siapa yang belum mengenali Puan Sri Sharifa Sabrina. Beliau adalah Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Malaysia (PEKA). Seorang pencinta alam dan pejuang hutan di Malaysia. Mempunyai 5 eco resort yang terletak di Pahang dan salah satunya di Johor. Tanah Aina Fahad Resort saya dah pernah datang, memang best dan menenangkan ibarat tinggal di hotel 5 star sambil menghirup udara segar alam semula jadi. Sekarang Puan Sri sedang sibuk dengan program ”Save Our Rainforest Race” (SORR) bagi tahun 2015 akan diadakan. Sementara itu Puan Sri mengusahakan sebuah cafe bersama anak perempuanya Farhana yang diberi nama Tanah Aina Cafe dan Pusat Senaman Zumba di Wisma Tanah Aina Shah Alam.

Mengenai Dr Niki Shuhada Shukor.

Jom berkenalan dengan Dr Niki pula. Dr Niki Shuhada Shukor Pakar Motivasi dan Perunding Kewangan No 1 di Malaysia. Jika korang ada masalah berkaitan uruskan duit dan ingin gandakan duit dengan cara yang betul serta sah di sisi undang-undang boleh la berjumpa dengan Dr Niki. Kalau korang malu-malu nak jumpa Dr Niki boleh dengar segmen Bijak Wang Dr Niki di radio Bernama24 setiap hari Rabu jam 12.15pm.

Aerobic Session bersama 2 orang ikon hebat ini.

Hey! ladies beauty blogger yang sedang membaca blog saya ini pasti korang sangat menitikberat kan kesihatan badan selain daripada kecantikan wajah kan?

Ini la peluang untuk korang merasakan senaman zumba bersama 2 ikon hebat ini yang akan diadakan pada 27 March 2015 dan bayaran cukup murah cuma RM20 sahaja. Tarikh dan lokasi lihat pada gambar di bawah.

aerobik zumba

Haip2! terbuka untuk blogger wanita sahaja tau, blogger lelaki tak boleh.. hihihi

Jika korang blogger wanita berminat untuk sertai senaman zumba ini bersama Puan Sri Sabrina dan Dr Niki boleh hubungi saya di facebook. Tempat adalah terhad. Jangan lepaskan peluang ini..!

(7)

1,490 total views, 2 views today

10 Idea Hadiah Sempena Hari Ibu No #10 Sangat Awesome
ZARRA Sinar Puteri Lancar Produk 4 dalam 1

Be the first to comment on "Aerobic Session bersama 2 orang ikon hebat ini"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!