Ada Masalah Rambut Rosak Dapatkan Rawatan Segera

Tahu tak lelaki pun ada satu masalah masa nak bersiap keluar, nak tahu apa masalah tu? Baju kah? Seluar kah atau apa? ia nya adalah masalah rambut! Tension juga dengan rambut ni nak kena sikat bagi stylo apalagi belajar-belajar pakai pomade. Pomade ni bagus pakai bagi rambut rapi dan nampak berkilat. Dah 3 jenis pomade aku pakai harga pula bukan murah-murah. First beli harga RM50, dah habis cuba yang lain harga RM40, kali ketiga beli yang harga RM55. Nak stylo punya pasal, sanggup belanjakan demi rambut.

Pakai pomade sedap pakai masa rambut panjang, tapi satu problem sejak aku pakai pomade tengok kat sikat mak ai rambut gugur terlalu banyak, gila la! Dah mula takut da. Cuak punya pasal dah kurangkan pakai pomade, time-time nak pergi event baru pakai. Tak sanggup kang tak pasal-pasal rambut jadi botak.

Pakar Anti-Penuan dan Estetik

Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, Kalau tak diberi kesedaran penting untuk kita menjaga kesihatan rambut pasti kita akan abaikan. Doktor Perubatan, Doktor Wan Julia Sham Dato Ariffin Pakar Anti-Penuan dan Estetik berkata hormon manusia mempengaruhi kesihatan dan cara hidup seharian sekaligus boleh menyebabkan keguguran rambut. Kata Doktor Wan Julai berkata punca rambut gugur salah satu sebab nya adalah daripada soya. Maka elakkan makan atau minum soya.

Hair Rich

Hair Rich World Integrated Trichology Center adalah cawangan Cityskin Medispa pakar rawatan rambut. Walaupun dari segi luaran kita nampak rambut macam ok sihat tapi hakikatnya tidak. Nak tahu kondisi rambut kena buat diagnosis terlebih dahulu tahap kesihatan rambut. Jika rambut anda memerlukan rawatan, saya sarankan segera ke Hair Rich World Integrated Trichology Center yang berada di Wisma Life Care, Bangsar South.

punca rambut rosak

Pertama, sesi rawatan bermula dengan beberapa nasihat daripada pakar. Kemudian rambut anda akan dianalisis terlebih dahulu. Apabila sudah kenalpasti masalah rambut yang anda hadapi, rambut anda dirawat mengikut kesesuaian yang diperlukan.Hasilnya! rambut anda lebih kelihatan segar, bersih dan sihat. Kepada pembaca blog Halim Brothers yang menghadapi masalah rambut serta memerlukan rawatan, ini alamat saya sertakan dibawah.

Hair Rich World Integrated Tricology Centre
2-09, Level 2, Wisma Life Care
5 Jalan Kerinchi
Bangsar South
59200 Kuala Lumpur
Tel: 03-22420880
Refferal code saya : Halim Brothers.
Website City Skin Biz | Facebook | Instagram <—–Ikuti mereka di facebook dan instagram tentang tips-tips menjaga kesihatan rambut.
——
kredit gambar : Ahmad Termizi

 

(2)

5,020 total views, 1 views today

Khasiat dan Manfaat Sarang Burung Walit
Vapefest Untuk Badan Amal Bakal Diadakan di Shah Alam Convention Centre

2 Replies to “Ada Masalah Rambut Rosak Dapatkan Rawatan Segera”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge