2 Tempat Dituju Satu yang sampai!

Akhirnya dapat juga aku berjumpa bro Wan Salam  yang merupakan Founder @ eWana.fm selepas beliau datang menyinggah dalam chatting apps HaiBlogger!. Lokasi di Wangsa Delima 5, Wangsa Maju.

haiblogger ewana

Lama juga itu bertangguh2 nak jumpa. Berjodoh juga nak berjumpa. Itu la hari selasa berjodoh juga berjumpa beberapa orang kuat ewana.fm, saywho, elly raja lawak dan dj2 ewana.fm. Macam biasa la gambar tarak! haha. Tunggu orang tangkap gambar baru ada, kalau takdak orang tangkap gambar jawapan nya kenangan tu simpan dalam memory otak je la selagi mampu 😀

Kami berjumpa di TFC restoran, kita orang borak-borak kosong, berkenalan sikit-sikit, minum-minum dan kemudian ada sesuatu yang menarik bro Wan Salam meng “offer” aku untuk memulakan Segmen Blogger Berbicara. Dan semalam buat pertama kali aku masuk ke konti ewana.fm wow! besar juga.. Ohh macam ini rupanya suasana dalam konti Ewana.fm. Hahaha

Jam 9malam masa itu siaran segmen Dj Kozz – Wah.. boleh bah kalau kau. Kalau belum kenal, nah gambar aku cilok dari twitter Dj Kozz  Ini la dia Dj Kozz import dari Sabah ini 😀

Dj Kozz Serani

Boleh Bah Kalau Kau!

Pertama kali masuk konti rasa gayat sungguh nah! Dapat duduk sebelah Dj Kozz depan pula ada artis jemputan.

Sebelum itu ada isi borang, isi nama untuk segmen blogger berbicara akan dimulakan dengan segmen Hai Blogger! Hari jumaat ini datang semula ke konti Ewana.fm untuk mula berlatih. Hari isnin dah boleh record teaser harapnya semua berjalan lancar la ye. Jom esok, siapa nak ikut?

Berbalik pada tajuk entri di atas  ” 2 Tempat Dituju Satu yang sampai! ” . Selepas berjumpa bro Wan Salam aku nak ke Rawang Burger Bakar ada open invite makan-makan untuk geng STP. Tapi aku macam kurang gemar open invite ini. Aduh tak selesa! Tak selesa bukan apa, tuan rumah nya macam tak menjemput, layan-layan diri ini yang aku malu. Lagi-lagi pula tak ada geng! Lastnya aku blah!

Tapi sebelum ini ada juga open invite makan-makan m2cafe tu pun aku main redah masuk buat muka selamber je! Nasib baik Mr. Jocko menjemput la juga. So lepas ini kalau ada open invite sekurang-kurang mesti ada geng atau komunikasi dengan tuan rumah. Kalau tarak, tak ada nya aku nak datang, bukan nya sombong tapi risau buang masa tak ada hasil.

(312)

6,796 total views, 1 views today

Elly Raja Lawak - Kalut Pagi Ewana FM
Pasangan Hidup Saya mesti lah cacat Otot pada bahagian Pipi

Be the first to comment on "2 Tempat Dituju Satu yang sampai!"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!