100 Tahun Peperangan Pulau Pinang

Old-Protestant-Cemetery
Buat pengetahuan anda, 28 Oktober 2014 merupakan tahun ke-100 Peperangan Pulau Pinang yang berlaku semasa Perang Dunia Pertama. Pada tarikh yang sama 100 tahun lalu, kapal Rusia Zhemchug dan kapal Perancis Mousquet telah dibedil dengan serangan bom oleh kapal milik Tentera Jerman, Emden di Pelabuhan Pulau Pinang. Malah, serpihan kapal Zhemchug masih boleh ditemui di dasar laut Pulau Pinang hingga ke hari ini.
Semasa peristiwa bersejarah ini berlaku, 88 askar Rusia dan 47 askar Perancis gugur dalam peperangan berikutan serangan bom oleh kapal Emden pada kira-kira pukul 4.30 pagi. Mereka yang tercedera pula (121 askar Rusia dan 36 askar Perancis) telah diselamatkan oleh nelayan tempatan yang sudah pun berada di perairan pada waktu tersebut. Kejadian ini merupakan titik permulaan perhubungan kemanusiaan antara Malaysia dan Rusia serta Perancis lama sebelum hubungan diplomatik menerusi penubuhan kedutaan dijalinkan.
12 dari askar Rusia yang terkorban selamat dikebumikan di Pulau Pinang (Tanah Perkuburan Western Road dan Pulau Jerejak). Kedutaan Persekutuan Rusia di Malaysia menganjurkan majlis penghormatan dua kali setahun sebagaimana yang ditekankan oleh Presiden Vladimir Putin dalam lawatan rasminya pada tahun 2003.
Oleh itu selama 3 hari 27 – 29 October saya akan outstation mengikut trip ke Pulau Pinang dan akan berada disekitar┬áTanah Perkuburan Western Road yang merupakan tanah perkuburan orang Kristian untuk membuat liputan sejarah sahaja. Jika anda berminat untuk tahu perkembangan terkini boleh tengok di facebook atau instagram saya nanti.
Majlis Penghormatan Ulangtahun ke-100 Peperangan Pulau Pinang

(192)

7,146 total views, 1 views today

Kisah di sebalik tragedi Zhemchug semasa Perang Pulau Pinang
Jom Menyusuri Melaka River Cruise

5 Replies to “100 Tahun Peperangan Pulau Pinang”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge