10 Idea Hadiah Sempena Hari Ibu No #10 Sangat Awesome

selamat hari ibu

Hari Ibu ialah hari pengiktirafan kaum ibu, yang disambut pada hari-hari berbeza di kebanyakan tempat merata dunia. Hari Ibu sama peranannya dengan Hari Bapa yang mengiktiraf golongan bapa.  Di Malaysia hari ibu disambut ahad minggu kedua bulan Mei.

Tahun ini 2015 jatuh pada tarikh 10 Mei. Mesti ramai yang tak lepaskan peluang membelikan hadiah-hadiah untuk ibu tercinta masing-masing. Ada juga yang siap plan awal-awal dengan adik beradik lain nak buat suprise hari ibu katakan. Tiba-tiba duk bincang, blur takdak idea nak beli apa pulak dah… Dekat sini saya senarai beberapa idea hadiah yang sesuai yang pasti disukai ibu korang.

Tapi sebelum saya nak bagi idea-idea hadiah hari ibu saya nak bagi AMARAN kalau boleh jangan bagi hadiah ubat. Nanti kecik hati pula hati ibu kita.

mother-getting-gift-from-daughter

Idea Hadiah Hari Ibu

1. Baju kurung
2. Perfumes
3. Kasut
4. Handbag
5. Makeup
6. Tudung
7. Pakej percutian
8. Barang kemas
9. Kereta (bagi yang berkemampuan)
10 Makan malam bersama Dato Siti Nurhaliza sempena Hari Ibu.

Eh2! macam mana pula no 10 tu tersenarai pulak? Boleh ke nak makan malam dengan Siti Nurhaliza artis paling popular Malaysia ni.? Boleh siapa kata tak boleh? Mesti korang dah excited kan, baca sampai habis macam mana cara nak makan dengan Dato Siti.

Mother’s Day Miracle Night with Dato’ Siti Nurhaliza

Peluang buat peminat-peminat Dato Siti makan malam bersama sempena hari ibu pada bulan 15 May 2015 nanti anjuran OMG Fest bertempat di Kristal Hall TM Convention Center, Kuala Lumpur jam 8 malam. Makan malam ini peminat akan dihiburkan sendiri oleh Dato Siti selama lebih dari 45 minit dengan seleksi lagu-lagu popular beliau bersama artis jemputan. So ini hadiah yang paling sesuai untuk mak-mak korang yang minat sangat dengan Dato Siti bawa mereka datang makan malam ni mesti dia akan  happy punya.

Mother's Day with Dato Siti

Saya diberitahu masa press conference haritu, majlis makan malam ni tidak akan menjemu para tetamu yang hadir kerana adanya aktiviti-aktiviti menarik seperti demo masak daripada Dato Siti, pertunjukkan fesyen dan juga cabutan bertuah. Semua yang hadir tidak pulang dengan tangan kosong, goodies bag istimewa Simplysiti diberikan.

Makan malam ini yang dianjurkan oleh OMGFest Ventures disamping penaja bersama Simplysiti akan meraikan lebih 600 orang peminat Dato Siti Nurhaliza bersama para ibu masing-masing. Makan malam kali ini lebih istimewa kerana para ibu yang hadir akan berkongsi kasih sayang bersama sama 20 orang anak-anak yatim yang dijemput dari Pusat Jagaan Budaya Harapan sesuai dengan tema “Mother’s Enduring Love” yang menekan aspek kasih ibu sepanjang hayat.

Peminat-peminat yang ingin turut serta makan malam bersama Dato Siti Nurhaliza sempena hari ibu, perlu dapatkan tiket masuk bermula RM399, RM599, RM799 dan RM999. Seisi bertemu peminat secara ekslusif juga turut diadakan buat pemengang tidak ekslusif. Sebahagian daripada kutipan jualan meja ini akan disumbangkan kepada anak-anak yatim Pusat Jagaan Budaya Harapan.

dinner with siti nurhaliza

Mother’s Day Miracle Night with Dato Siti Nurhaliza
Date : Friday, 15 May 2015
Time : 8 :00 PM
Venue : Kristal Hall TM Convention Centre, TM Tower Bangsar,
Kuala Lumpur

Tier 1 : RM 9,990/Table of 10 Person or RM 999/Person
*Meet & Greet private session with Dato Siti Nurhaliza
Tier 2 : RM 7,990/Table of 10 Person or RM 799/Person
Tier 3 : RM 5,990/Table of 10 Person or RM 599/Person
Tier 4 : RM 3,990/Table of 10 Person or RM 399/Person

**Dinner & Special doorgift from Simplysiti

Call us at 03-8957 3348 / 011 2626 1656 / 019 279 6275
Email : Booking@omgfest.my / enquiry.omgfest@gmail.com

Good News!

Buat para blogger yang berminat nak buat coverage event ini, sila emailkan ke contact@haiblogger.com

Nama, Link Blog, Email, No HP, Facebook dan Instagram. Satu meja (10 orang) dikhaskan kepada blogger yang terpilih. ** Terdapat tugasan dan terma syarat.

(79)

3,963 total views, 1 views today

Koleksi Baru Alfio Raldo Sempena Hari Raya
Aerobic Session bersama 2 orang ikon hebat ini

1 Comment on "10 Idea Hadiah Sempena Hari Ibu No #10 Sangat Awesome"

  1. Wowww..bestnya…harap2 sis antara yg terpilih.
    Dah email dah..hehhee
    hanny abdullah recently posted…Nikmati Sup Merah Dan Bubur Nasi Di Gerai FaiqaMy Profile

Leave a comment

Your email address will not be published.


*


CommentLuv badge

Pin It on Pinterest

Kongsi Di Social Media Anda

Share this post with your friends!