Run Kedua, Shokubutsu Shower Run 2016

 

shokubutsu-shower-run-2016

Yeahhhh! Run kali kedua… First run haritu yang AK Ballon run lari terkedek-kedek kena bawa belon. hahaha. Second run ni pulak Shokubutsu Shower Run. Tengok lokasi bapak gila jauh. Fuh nasib baik ada iena yang sudi carpool kita orang. Baik hati betul hati iena ni. Kalau tak, tak tau macam mana kitaorang nak pergi dekat Bandar Rimbayu, Kota Kemuning tu, yang jauh ke dalam dah nak ke Klang. Pagi-pagi buta gerak dari KL Sentral.

Run kedua acah-acah buat persediaan sikit. Survey kasut-kasut running, pergi sportdirect kat Sunway Putra Mall lepas tu tanya Neyra yang mana ok? Neyra cakap ambik paling murah sebab nak run sekali je. Nak murah ada satu kedai dekat kedai apa nama entah, Neyra cakap kat Time Square ada, aku ada pergi TS tapi boleh terlupa pulak, aduh.

Alamak alamak lupa nak buat sepanduk Welcome Back To Malaysia. Kahkah

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Masa tunggu Neyra dekat KLIA2 masa dia balik dari bercuti ke Jogja kita orang sempat masuk satu kedai ni cawangan KLIA2 punya. Clear stock kasut. Tapi aku tak berkenan design lama-lama.

Ok dah jom siap Shokubutsu Shower Run. #shokubutsu #shokubutsushowerrun #showerrun #nike #nikeair #sportdirect

A photo posted by Halim Brothers (@halimbrothers) on

Padahal dekat sportdirect dah nampak Nike Air punya pasal hahah. Nasib ada sale RM209 je.. RM209 je.. aihh puasa la aku bulan ni. Mulai sekarang saya nak istihar kan sebagai pengguna Nike. Dah boleh la hire jadi influencer ambassador. hehehe.

Shokubutsu Run ni 5km je. Alhamdulillah aku dapat habis kan run 5km dalam masa 45 minit macam tu lari sampai ke garisan penamat walaupun dah tak larat gila, stamina memang out. Masa dah last-last terjumpa Sizzling Suzaii, so kita orang pun apa lagi sama-sama lari pecut ke garisan penamat. Last checkpoint memang lecun kena air ada shower.. hahahaha. baru la betul shower run. Duk tunggu je mana shower run nya. Rupanya dekat garisan penamat baru ada shower menyimbah2. memang basah lecun.

shokubutsu-shower-run

Iena dengan Iskandar menang best dress, kitaorang tak menang lucky draw nasib tak kena. Kalau kena tak tau macam mana nak bawak balik semua hadiah-hadiah Shokubutsu ni.

Bapak banyak gila bawa balik barang-barang Shokutbusu. Penuh la satu kereta Iena, tu pun Iskandar tolong atur-aturkan bagi semua barang muat.

Habis event kita orang gerak pergi rumah bro nak food review Street Churros One Utama.

Baca – Jom Churros.

437 total views, 1 views today

Kembara Media Felcra 2016 Disambut Meriah
AK Ballon Run 3.0 First Run

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge