Pak John Steamboat Halal Ke?

pak john halal ke

Setiap minggu, acapkali korang mesti perasan yang saya selalu makan di Pak John Steamboat. Bersama-sama rakan blogger yang dijemput untuk sesi food review. Persoalan nya adakah Pak John Stemboat ni halal? Setiap kali soalan ini ditanya. Saya tiada jawapan khusus yang boleh jawab. Kini saya boleh bernafas lega! kerana semua persoalan diminda anda telah terjawap. Terus kan membaca sampai habis.

Pak John Steamboat & BBQ selepas setahun beroperasi kini mereka sudah mendapatkan pengesahan sijil Jakim. Semua sedia maklum untuk mendapatkan sijil halal memakan masa yang lama bertujuan pihak jakim memeriksa adakah Pak John Steamboat & BBQ layak mendapat sijil halal. Selepas pemeriksaan demi pemeriksaan, akhirnya Jakim dapat mengesahkan semua makanan di Pak John Steamboat & BBQ di cawangan eCurve telah disahkan halal dengan rujukan nombor MS 1500:2008 2 071-11/2013 .

Jadi buat pembaca blog saya, fellow blogger dan orang ramai diluar sana jangan ragu-ragu untuk menikmati best steamboat in PJPak John Steamboat & BBQ. Dibawah saya lampirkan bersama sijil halal Jakim.

sijil halal jakim
pak john steamboat halal

Sijil halal jakim ini dikeluarkan hanya pada cawangan eCurve Mall. Cawangan Pak John di Wangsa Walk masih dalam permohonan. Tetapi jangan bimbang pengeluar bahan mentah Pak John sendiri sudah mempunyai halal jakim. Syarikat pengeluar makanan sejuk beku oleh CB Frozen Food Sdn Bhd.

Rujukan Halal CB Frozen & Pak John Steamboat & Yong Tau Foo Lihat Sini

Pada kotak carian maklumat cari CB Frozen Food dan Pak John Steamboat & Yong Tao Foo

Minggu lepas saya telah menjemput blogger Amir Nawawi buat food review, kami makan non stop tanpa henti. Gila kau! Makan.. makan.. makan.. Makan jenis-jenis daging je, daging perapan kopi,  daging itik, daging kambing New Zealand, daging Australia. Lepastu bedal dimsum, teppanyaki dan ikan Salmon gila berbaloi dengan harga terkini Pak John.

Isnin – Khamis (RM46++) & Jumaat – Ahad (RM49++)

dim sum halal in pj
20 Jenis Dimsum yang boleh pilih!
teppanyaki halal atau tidak
Teppanyaki Sotong & Ayam
Top Blogger Malaysia
Tangan kidal rupanya bro Amir Nawawi kita ni..
Pak John Review Halal
3 Lelaki Teruna Bahagia Lepas Kenyang Perut..

Jom baca food review Amir Nawawi sendiri >> Pak John Steamboat & BBQ Memang Menarik!

**Korang nak buat food review pak john juga macam bro Amir Nawawi? Boleh PM saya di facebook untuk reserve table.

6,380 total views, 1 views today

Ayamas Perkenal Menu Citarasa Jepun - Oishii Roaster
Jeruk Mangga Asamboi Homemade

10 Replies to “Pak John Steamboat Halal Ke?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge