Kemeriahan Majlis Iftar Ramadhan eWana fm, PakJohn Steamboat BBQ dan Blogger

Majlis Iftar Ramadhan eWana fm, PakJohn Steamboat BBQ dan Blogger

Detik-detik bersejarah 10 Julai 2014 mengadakan Majlis Iftar Blogger 2014, boleh dikata kan ini majlis pertama aku uruskan bersama Ewana fm dan program ini berjaya mengumpul seramai 300 tetamu termasuk 70 orang blogger, 15 orang artis, 25 anak yatim serta para undagan khas yang membuat kan restaurant Pak John Steamboat BBQ di cawangan eCurve Mutiara Damansara sebesar 4600 sqft  “full house” berjaya memuatkan lebih kurang 300 orang dalam satu masa.

Blogger2 hebat
Rakan-rakan blogger berpuas hati dengan hidangan Steamboat
Emas Putih dan Nadia Johari
Nadia Johari dan Emas Putih
Tengku Fatin
Fatin Fadzil Vlogger kata ” Pak John Steamboat ” Best!!!

 

Gambar Badrulzaman Hanif
Gambar Badrulzaman Hanif

Menghargai Blogger dan Media

Siapa yang datang awal, dapat dengar aku buat ucapan. So buat yang tak sempat nak dengar itu, aku ulang dengar semula disini 😀

Sedang Memberi Ucapan ala-ala YB
Sedang Memberi Ucapan ala-ala YB

Alhamdulillah buat julung-julung kali nya diadakan Majlis Iftar Ramadhan 2014 anjuran  eWana fm bersama Pak John Steamboat & BBQ. Jika kita lihat di dalam majlis penuh bermakna ini kita akan dapati kehadiran para-pra blogger, para-para  pengamal media, para-para artis dan paling kita raikan iaitu adik-adik dari Rumah Kanak-kanak Tengku Budriah, Cheras. Berikan tepukan gemuruh kepada meraka.. (Semua orang tepuk tangan). Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian kita sedia maklum kekuatan yang ada pada bloggers yang merupakan boleh dikatakan sebagai Pengamal Media Alternatif di dalam media sosial. Oleh itu di dalam meghala tujukan blogger-blogger ini, maka diwujudkan sebuah Komuniti Sosial Blogger iaitu Hai Blogger! Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan sekalian saya adalah merupakan pengasas Hai Blogger!  dan saya telah diberi peluang oleh En Wan Salam selaku pengasas eWana fm bekerjasama dengan ip radio ewana.fm menubuhkan segmen Hai Blogger! Di dalam segmen Hai Blogger! kami memberi peluang kepada blogger-blogger merasai pengalaman menjadi penyampai radio, mereka boleh berkongsi dan bercerita tentang aktiviti-aktiviti blog mereka di konti ewana.fm. eWana.fm satu-satunya ip radio memberi peluang kepada blogger. Selain dari blogger-blogger di dalam Malaysia kami juga akan bersama blogger-blogger di Indonesia, Singapura, Brunei dan seluruh Nusantara. Dengann usaha dan kerjasama ini kami yakin boleh bergerak lebih kreativ dan berdaya maju menjadi sebuah kumpulan blogger yang kukuh. Akhir kata blogger-blogger ini tidak akan diabaikan banyak lagi program-program menarik yang kami sedang merancang untuk mereka.

Meraikan Anak-anak yatim

Dalam kemeriahan kita berbuka puasa di Pak John Steamboat & BBQ kami semua bersama-sama meraikan anak-anak yatim dari Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras. Kanak-kanak ini juga turut diberi sumbangan sebanyak RM3000 dari Pak John Steamboat & BBQ disampaikan sendiri oleh Managing Director Mr David Chong dan GM Pak John Steamboat & BBQ Ms. Jackie Tan.

Sumbangan kepada Anak-anak yatim - Gambar oleh Eddy Ahmad
Gambar oleh Eddy Ahmad

 

Penyampaian Sijil Penghargaan  Blogger Pilihan  Hai Blogger!

Selama segmen Hai Blogger! bersiaran masuk minggu ke- Sepuluh, untuk menghargai blogger-blogger di dalam majlis iftar ini kami telah memilih seramai 5 orang blogger pilihan terbaik. Kami nilai dari segi kepetahan mereka bercakap dan cara penyampaian mereka yang menarik dan boleh menarik ramai pendengar mendengar www.ewana.fm serta Sijil Penghargaan ini disahkan sendiri oleh Pengarah Urusan eWana fm En. Wan Abdu’s Salam Blogger-blogger Pilihan Segmen Hai Blogger! 1.  Halim Brothers – Minggu 1 www.halimbrothers.com 2. Tengku Fating Fadzil – Minggu 3 http://www.youtube.com/ftnfdzl 3. Maha Mahu – Minggu 4 www.mahamahu.com 4. Asepar – Minggu 9 http://www.youtube.com/Azfar82Production 5. Poeh – Minggu 9 http://www.youtube.com/Azfar82Production

 Contest Majlis Iftar eWana fm dan Food Review Pak John Steamboat BBQ

Bertuah kepada blogger-blogger yang hadir pada majlis iftar ini, Pak John Steamboat & BBQ menyediakan wang tunai sebanyak RM3000 untuk direbut. Tuah ayam nampak di kaki, tuah kali ini siapa dapat penulisan terbaik dan 5 gambar steamboat terbaik menang :

Hadiah Utama RM1500
Hadiah Kedua RM1000
Hadiah Ketiga RM500

Sila mendaftar di sini —> http://haiblogger.com/contestiftarpakjohnsteamboat/

Terima Kasih semua..

Terima Kasih Semua!
Terima Kasih Semua!

Saya dan tim eWana fm mengucap ribuaan terima kasih kerana sudi datang menjayakan majlis iftar ini dan sama-sama berkumpul berbuka puasa bersama blogger dan meraikan Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras.  Terima kasih kepada Penaja Utama Pak John Steamboat & BBQ kerana telah menyediakan  steamboat yang sedap-sedap untuk kami berbuka puasa beramai-ramai, kami berpuas hati layanan yang diberikan. Tak lupa juga terima kasih kepada Penaja-penaja bersama.

  1. Chewy Choc Cubes
  2. D’rumiee Jelly Drink
  3. Majalah Santai Travel
  4. Team Power Tupperware
  5. D’ jerMix Global sound system
  6. Chetakki Omey
  7. Nanorecords Malaysia
  8. Cekal Istiqamah
  9. Kos Serani
  10. Creativcolor

Dan yang paling awesome Kaio Studio membantu merakam Majlis Iftar ini

10,150 total views, 1 views today

Terima Kasih Semua nya, Sebuah Penghargaan Buat Anda.
Syukur Majlis Iftar Ramadhan 2014 eWana fm bersama Pak John Steamboat BBQ dan Blogger!

11 Replies to “Kemeriahan Majlis Iftar Ramadhan eWana fm, PakJohn Steamboat BBQ dan Blogger”

    1. Terima kasih Kak Hanny, Contest jangan tak join pulak… Ok mesti tak lupa punya invite sis 😀

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge