SHARE

Kebersihan muka? Tak kira perempuan atau lelaki, kebersihan muka mesti la dijaga dan diutamakan. Aku sebagai lelaki tentang muka ini aku tak berapa nak kisah sangat. Tapi akhir-akhir ini aku dapat kesedaran yang kebersihan muka ini penting. Apa yang buat aku tak kisah sangat pasal muka sebabnya aku tak tahu apa produk yang aku harus pakai untuk membersihkan muka.

Kalau lihat di muka aku di bahagian pipi ada parut dan jerawat-jerawat kecil. Bagi aku biasalah tu lelaki ada parut2 kan? Kalau perempuan yela tak sesuai ada parut.. Aku lelaki ada parut nampak rockkk! Kalau licin pula orang kata jambu… Tak nak! Tak nak!

Muka berparut
Wow! zoom dekat menakutkan
muka berjerawat
Seramnya…

Sebelum ini aku cuba pakai Biore Men’s Deep Clean Extra Cool yang berfungsi membuang bintik hitam dan mengelupas sel-sel kulit mati untuk bersih, kulit dan sihat bebas minyak. Yang aku suka pembersih muka ini, rasa sejuk sangat layan, tapi bahaya kalau kena mata, pedih mata dibuatnya.. Jadinya aku pakai sehari sekali shj.

Kebetulan minggu lepas aku nak ke Low Yat, depan Sg. Wang, guardian buat promosi produk Vaseline. Jurujual Vaseline beri sample percuma. Alang-alang tu aku tanya lah, yang mana satu sesuai untuk kulit muka aku yang berparut + jerawat dan berminyak. Dia cadangkan aku cuba Vaseline MENface Antispot Whitening face wash + Spot Removal yang mengandungi vitamin B3 dan Activated Carbon fungsinya membersihkan mengurangi bekas/cela  jerawat, kulit kusam yang disebabkan oleh kotoran dan minyak, bintik gelap dan sel-sel kulit mati pada wajah. Sesuai la kan dengan kulit muka aku yang kau orang tengok kat atas tu?

Vaseline facewash spot removal
Vaseline facewash spot removal

Sebelum ini aku macam tak kisah sangat benda-benda ini semua, tapi bila difikir2kan aku kena buat sesuatu untuk kulit muka aku supaya lebih baik. Sekarang ini aku sentiasa cari informasi macam mana nak jaga kebersihan muka.

Baca3 Pilihan Ubat Hilangkan Parut #1 Paling Dicadang Pakai

Rupanya, selepas kita dah pakai pencuci muka, kulit kita akan kering dan kena la pakai pelembab / Moisturiser selepas tu. Untuk moisturiser pun aku pakai jenama Vaseline yang  jenis Oil Control  khusus untuk kulit berminyak membantu menyimbangkan pengeluaran minyak di muka.

Vaseline Men Face Anti-Spot Whitening Oil Control Moisturiser
Vaseline Men Face Anti-Spot Whitening Oil Control Moisturiser

Dan mengikut pembacaan aku, untuk nak tahu kita sesuai atau berkesan sesuatu produk kita kena uji cuba selama 3 bulan. Tapi bagi aku kalau ada tanda-2 negatif atau tak bagus cepat-cepat berhenti pakai.

Untuk next entri kita tengok macam mana berkesan ke tidak produk Vaseline ini dan lepas aku dah pro cara pakai Moisturiser tu aku tunjuk cara kat kau orang pulak,, huhu

OK Jumpa lagi..

19,157 total views, 5 views today

Incoming search terms:

  • pencuci muka vaseline
  • pencuci muka lelaki
  • pencuci muka untuk kulit berminyak dan berjerawat untuk lelaki
  • pencuci muka untuk lelaki
  • pencuci muka untuk lelaki berjerawat
  • pencuci muka untuk kulit berminyak dan jerawat untuk lelaki
ZARRA Sinar Puteri Lancar Produk 4 dalam 1

6 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

CommentLuv badge