HaiBlogger! Chatting Apps Blogger Satu Langkah Ke Depan

HaiBlogger! Chatting Apps

HaiBlogger! Satu impian aku untuk mengetengahkan jenama ini di mata blogger-blogger Malaysia, panjang lagi perjalananan untuk aku membawa jenama ini kepada tahap yang memuaskan. Oleh itu aku mula dengan pendekatan sebuah chatting apps blogger untuk bersembang.  Buat masa ini apps mobile ini tersedia untuk pengguna telefon android. Aku pasti ramai blogger-blogger yang menggunakan telefon android boleh la download HaiBlogger! di play store dulu. Ramai juga yang tanya platform IOS, jangan risau untuk pengguna telefon IOS  akan ada nanti. Cuma buat masa ini aku tangguh kan dulu ke tahap yang memuaskan baru aku upgrade ke IOS dan dimasukkan ke app store ok! 🙂

Apa yang menarik nya hari ini,  satu papan tanda ” Cover facebook ” telah dinaikkan menandakan HaiBlogger! Satu Langkah  kedepan memajukan industri blogger. 

Cover FB Hai Blogger
Cover FB Hai Blogger

Amacam cantik tak model cover facebook Hai Blogger, haha nasib baik ada yang baik hati pinjam gambar 😀 Cer teka siapa model yang cun meletop ini? Ehem.. aku nampak tu, kau orang tengah pegangg handphone kan? Apa duk tunggu lagi? Download la cepat, buka playstore kau orang dan search HaiBlogger! dan mula chit-chat sampai lembammm…. 😀 Aku sentiasa ada 24jam, kalau aku takdak pun ada blogger2 lain boleh balas. Jangan kecik hati nahhh.. hehe

 

7,019 total views, 1 views today

Pengalaman pertama kali jadi Dj Radio eWana fm
6 Hari Chatting Apps HaiBlogger! Sebelum #SBB2014

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge